Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 3

Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 3

Written By Unknown on Kamis, 01 Maret 2018 | Maret 01, 2018


SURAT 21

KERAGUAN TIMBUL MENGENAI KESAHIHAN HADITH
Thul-Hijjah 10, 1329 H.

Penentang kamu dengan kuat meragui kesahihan hadith ini. Yang pertamanya, kerana kedua Shaykh tidak menuliskan kedalam buku sahih mereka, dan tidak juga pengarang-pengarang buku sahih yang lain. Saya tidak fikir hadith ini telah disampaikan oleh mana-mana perawi hadith sunni yang dipercayai, dan saya tidak fikir juga bahawa kamu menganggapnya sahih, dan keamanan bersama kamu.


Yang Ikhlas,

‘S’


SURAT 22

1] MEMBUKTIKAN SAHIHNYA TEKS
2] MENGAPA KEDUA SHAYKH TIDAK MENYAMPAIKANNYA
3] SESIAPA YANG MENGENALI KEDUA SHAYKH INI TAHU MENGAPA
Thul-Hijjah 12, 1329

1] Jika saya tidak pasti ianya diterima oleh sunni, saya tentu tidak menyebutnya kepada kamu. Bahkan Ibn Jarir dan Imam Abu Ja`fer al-Iskafi telah menerimanya sebagai sahih.[1] Beberapa pengkritik yang lain juga telah menganggapnya sebagai sahih. Adalah mencukupi pada membuktikan terhadap kesahihannya kepada fakta bahawa ianya telah disampaikan oleh perawi yang dipercayai terhadap ketepatannya, dan pengarang buku-buku sahih tidak pernah meragui mereka. Rujuk kepada muka surat 111, Vol. 1, dari Ahmed's: Musnad, dimana kamu akan membaca hadith ini seperti yang disampaikan oleh Aswad ibn `Amir[2] dari Sharik,[3] al-A`mash,[4] Minhal,[5] `Abbad ibn `Abdullah al-Asadi,[6] dari `Ali (as) secara tertibnya [kronologi]. Setiap seorang dari mereka di dalam rantaian penyampai tersebut adalah seorang perawi dengan sendirinya, dan mereka semua adalah trdisionis yang dipercayai menurut testimoni dari para pengarang buku sahih, dan tidak dipertikaikan. Al-Qaysarani telah menyebut mereka di dalam bukunya Al-Jami` Bayna Rijal al-Sahihain. Tidak ada keraguan bahawa hadith ini adalah sahih, dan perawinya telah menyampaikan dari beberapa cara, setiap satu darinya menyokong yang lain.

2] Sebab mengapa kedua Shaykh [Bukhari dan Muslim], dan yang serupa dengan mereka, tidak menyebutkan hadith ini adalah disebabkan kepada fakta bahawa ianya tidak sealiran dengan pandangan peribadi mereka, mengenai isu pengganti. Ini lah sebabnya maka mereka telah menolak banyak teks-teks yang sahih, kerana dikhuatiri Shi’a akan menggunakannya sebagai hujah; dari itu mereka menyembunyikan kebenaran dengan penuh pengetahuan. Terdapat banyak shaykh-shaykh sunni, semoga Allah mengampunkan mereka, yang telah menyembunyikan teks yang sedemikian, dan mereka mempunyai cara tersendiri untuk menyembunyikan teks sejarah yang telah diketahui umum, ini telah dituliskan oleh al-Hafiz ibn Hajar di dalam bukunya Fath Al-Barari. Al-Bukhari telah menyediakan satu Bab khas untuk tajuk ini, pada penghujung bab mengenai ilmu "Al-`Ilm," di dalam Vol. 1, muka surat 25, dari sahihnya, subtajuk "Bab terhadap mereka yang menerima pengetahuan dari sekelompok manusia dan tidak dari sekelompok yang lainnya."

3) Sesiapa yang mengetahui cara al-Bukhari berfikir, atitiut nya terhadap Amirul Mukminin [as], dan terhadap Ahl al-Bayt, akan mengetahui bahawa pena Bukhari akan terhenti pada menulis teks-teks yang menyebutkan kemuliaan mereka, dan dakwatnya akan kering sebelum dapat menyebut semula sifat-sifat mereka. Tidaklah memeranjatkan untuk melihat dia menolak hadith ini, begitu juga yang lainnya yang sama seperti dirinya, dari itu kami berlindung dengan Allah awj, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


[1] Rujuk kepada hadith 6045 dari hadith yang dijumlahkan di dalam Kanz al-`Ummal, muka surat 396, Vol. 6, dimana kamu akan dapati rujukan yang dibuat kepada Ibn Jarir, pengesahan kepada hadith ini. Jika kamu rujuk kepada Muntakhab al-Kanz, pada permulaan nota kaki dimuka surat 44, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad, kamu akan dapati rujukan kepada Ibn Jarir, pengesahan terhadap hadith ini. Mengenai Abu Ja`fer al-Iskafi, dia telah menilai dengan teliti ketepatan hadith ini di dalam bukunya Naqd al-`Uthmaniyya; maka rujuklah kepada teks dimuka surat 263, Vol. 3 dari Sharh Nahjul Balaghah oleh al-Hadid, edisi Mesir.

[2] Kedua al-Bukhari dan Muslim telah bergantung kepada beliau di dalam sahih mereka. Mereka berdua telah mempelajari hadith dari Shu`bah, dan Bukhari telah mempelajarinya dari `Abdul-`Aziz ibn Abu Salamah, sedang Muslim telah belajar hadith dari Zuhayr ibn Mu`awiyah dan Hammad ibn Salamah. Hadith beliau telah disampaikan di dalam Bukhari oleh Muhammad ibn Hatim ibn Bazi`. Di dalam sahih Muslim beliau telah disebutkan oleh Harun ibn `Abdullah seorang ahli kritik, dan oleh Abu Shaybah and Zuhayr.

[3] Muslim telah bergantung kepada penyampaiannya di dalam sahihnya, seperti kami terangkan apabila kita bincangkan beliau di dalam surat 16.

[4] Kedua Bukhari dan Muslim bergantung kepada penyampaian beliau di dalam sahih mereka, seperti kami sebutkan dalam surat 16.

[5] Al-Bukhari telah bergantung kepada beliau, seperti kami sebutkan dalam surat 16..

[6] Nama penuh beliau adalah `Abbad ibn `Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-Awwam al-Qarashi al-Asadi. Al-Bukhari and Muslim bergantung kepada penyampaian beliau di dalam sahih mereka. Dia telah mendengar hadith dari Asma' dan `Ayesha anak perempuan Abu Bakr. Dia telah disebutkan di dalam kedua sahih oleh Ibn Abu Malka, Muhammad ibn Ja`fer ibn al-Zubayr, dan Hisham ibn `Umer.


SURAT 23

1] YAKIN AKAN KESAHIHAN HADITH
2] DIRAGUKAN, BERASAS PADA TIADA TURUTAN PENYAMPAI
3] RUJUKAN PADA PENGGANTIAN TERHAD
4] PENOLAKKANNYA
Thul-Hijjah 14, 1329 H.

1) Sebenarnya saya telah membaca hadith itu pada muka surat 111 dari jilid 1 dalam Ahmed: Musnad dan memastikan ianya dari punca yang diterima dan saya dapati mereka adalah penyampai hadith yang amat dipercayai. Kemudian saya menyelidik dari mana beliau menyampaikan hadith ini, dan saya dapati ianya berturutan: setiap seorang dari mereka menyokong pada yang lain, dari itu saya telah berpuas hati untuk mempercayai isi kandungannya.

2) Kamu tidak boleh bergantung pada hadith yang sahih di dalam perkara yang menyentuh isu penggantian, melainkan jika ianya telah disampaikan secara berulang [mutawatir], kerana penggantian, menurut dari filosofi Shi’a, adalah satu dari asas agama, dan hadith ini tidak boleh dianggap sebagai "mutawatir" (disampaikan secara turutan) dan, dari itu tidak boleh diterima.

3) Ianya bolehlah dikatakan bahawa `Ali adalah pengganti Rasul [sawas] dikalangan ahli rumahnya sahaja; dari itu manakah teks [nas] yang mengatakan terhadap penggantiannya kepada manusia umum?

4) Hadith ini boleh juga dibatalkan, kerana Rasul [sawas] tidak mendedahkan kepada umum pada menyokong isi kandungannya. Disebabkan ini, maka para sahabat tidak mendapati sebarang sebab untuk tidak memberikan bai’ah kepada tiga khalifa yang benar [khalifa rashidin], semoga Allah merasa senang dengan mereka.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 24

1] MENGAPA BERGANTUNG KEPADA HADITH INI
2] PENGGANTIAN TERHAD DITOLAK SEBULAT SUARA [IJMAK]
3] PEMBATALAN ADALAH MUSTAHIL
Thul-Hijjah 15, 1329 H.

1) Sunnis telah bergantung pada setiap hadith yang betul untuk memperbolehkan konsep mereka terhadap penggantian, sama ada ianya mutawatir ataupun tidak. Kami bergantung kepada kesahihan hadith ini di dalam hujah kami terhadap mereka, hanya kerana mereka sendiri telah mengesahkan kesahihan hadith ini, dari itu, telah mengikatkan diri mereka kepada apa yang mereka anggap sebagai perlu diikat. Pembuktian kami mengenai penggantian, dari sudut pandangan kami bergantung kepada turutannya dari punca kami sendiri, sebagaimana semuanya telah mengetahui.

2) Tuntutan bahawa `Ali adalah pengganti Rasul [sawas] hanya kepada ahli rumahnya adalah ditolak, disebabkan kepada fakta bahawa sesiapa yang mempercayai bahawa `Ali adalah pengganti Rasul Allah [sawas] di dalam rumahnya, juga telah mempercayai bahawa beliau adalah pengganti dikalangan manusia umum, dan sesiapa yang menafikan penggantiannya terhadap manusia umum juga telah menafikan beliau sebagai pengganti di dalam ahli keluarganya. Tidak ada cara untuk memisahkan satu dengan yang lainnya; jadi mengapa menimbulkan filosofi yang jalannya bertentangan dengan ijmak semua Muslim?

3) Saya tidak boleh mengabaikan kenyataan kamu bahawa hadith ini telah dibatalkan, itu adalah bertentangan dengan logik [alasan] dan juga syariah, oleh kerana untuk membatalkan sesuatu, satu kenyataan hendaklah dibuat sebelum kesan bagi perlaksanaannya menjadi nyata, sebagaimana telah jelas bagi setiap orang. Satu-satunya alasan untuk membatalkannya disini adalah kenyataan bahawa Rasul [sawas] kononnya dengan sengaja telah menahan diri dari menjelaskan kepada manusia umum akan intisari maksud hadith ini. Sedangkan Hadith ini dengan sendirinya telah membuktikan bahawa baginda [sawas] tidak menahan diri dari menyatakannya; bahkan teks pada maksud yang sama telah disampaikan secara berulangkali, dan ianya telah menyokong satu dengan yang lainnya. Jika kita katakan bahawa tidak ada teks dengan maksud yang sama selepas hadith ini, jadi bagaimana ianya dibuktikan bahawa Rasul [sawas] telah mengubah fikiran atau menahan dari ianya dilaksanakan? ‘Mereka tidak mengikuti selain dari kehendak dan nafsu mereka, setelah petunjuk dari Tuhan telah sampai kepada mereka’ [53:23]," dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


SURAT 25

1] KEPERCAYAANNYA KEPADA TEKS
2] MEMINTA LEBIH BANYAK TEKS
Thul-Hijjah 16, 1329 H.

1) Saya percaya kepada Yang Esa yang telah menjadikankan kamu untuk menghapuskan kegelapan [kejahilan], menjelaskan kepada yang disangsikan, serta telah menjadikan kamu satu dari tanda dan lambang pada kewujudanNya.

2) Semoga Allah merahmati bapa kamu, berilah kepada kami lebih banyak lagi dari teks yang sedemikian, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 26

1] TEKS YANG JELAS MENYATAKAN 10 KEUTAMAAN YANG DIMILIKKI OLEH ALI SAHAJA
2] MENGAPA BERGANTUNG KEPADANYA
Thul-Hijjah 17, 1329 H.

1) Mencukupi bagi kamu, selain dari hadith ‘Ahli Rumah’, apa yang Imam Ahmed telah nyatakan di dalam Vol. 1 dari bukunya Al-Mustadrak, dan al-Thahbi di dalam Ringkasannya, bahawa keduanya telah mengesahkan kesahihannya, begitu juga pengarang sunan yang lain telah menerimanya secara umum. Mereka semuanya menyebutkan `Umer ibn Maymun sebagai berkata: "Saya sedang duduk di dalam kumpulan Ibn `Abbas apabila 9 orang datang kepada dia dan berkata `Wahai Ibn `Abbas! Sama ada kamu kemari dan berdebat dengan kami atau katakan kepada manusia ini bahawa kamu mahukan perdebatan secara sulit.’ Penglihatan dia masih belum hilang lagi diketika itu. Dia berkata: `Biarlah saya pergi berdebat dengan kamu.' Maka mereka mula bercakap, tetapi saya tidak pasti apa yang mereka perkatakan. Kemudian dia bangun, dengan marah dia berkata: `Mereka sedang berdebat mengenai seorang yang mempunyai 10 keutamaan yang tidak dimilikki oleh sesiapa yang lain. Mereka sedang berbalah mengenai seorang yang mana Rasul [sawas] telah berkata, ‘Saya akan menghantar seorang yang Allah tidak akan hinakan, seorang yang mencintai Allah dan Rasulnya [sawas], dan yang telah dicintai oleh keduanya,' maka setiap seorang dari mereka membayangkan bahawa penghormatan itu adalah milik mereka. Rasul [sawas] bertanya mengenai `Ali. Apabila beliau [as] sampai kepada baginda [sawas] dengan mata yang bengkak kerana sakit mata, baginda [sawas] meniup kepada matanya, mengibarkan panji-panji sebanyak tiga kali dan kemudian memberikan kepada beliau [as]. ‘’Ali kembali dengan membawa kemenangan bersama dengan Safiyya bint Huyay [al-Akhtab] diantara tawanannya.'" Ibn `Abbas meneruskan kata-katanya, "Kemudian Rasul Allah [sawas] menghantar sesaorang dengan Surah al-Tawbah, tetapi baginda terpaksa menghantar `Ali mendapatkan orang itu dan untuk melaksanakan tanggong jawab tersebut, dengan berkata: `Tiada siapa yang boleh melaksanakannya melainkan seorang yang dari saya, dan saya darinya.'" Ibn `Abbas juga berkata, "Rasul Allah [sawas], dengan `Ali duduk disebelah baginda, bertanya kepada sepupu-sepupunya: Siapakan diantara kamu memilih untuk menjadi wali saya di dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang?' Mereka semua menolak, tetapi Ali berkata: `Saya suka untuk menjadi wali kamu di dalam kehidupan ini dan juga kehidupan yang akan datang,' dimana baginda [sawas] bertindak dengan berkata: `Sebenarnya kamulah wali ku di dunia ini dan juga diakhirat.'" Ibn `Abbas terus berkata bahawa `Ali adalah manusia pertama yang menerima Islam selepas khadijah, dan bahawa Rasul Allah [sawas] mengambil jubahnya dan menyelimuti `Ali, Fatima, Hasan dan Husayn, kemudian membaca ayat yang berbunyi: "Allah berhajat untuk mengeluarkan kekotoran dari kamu, wahai Ahl al-Bayt [Ahli Rumah saya] dan mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna (33:33)." Dia juga berkata: "`Ali menjual jiwanya. Beliau memakai pakaian Rasul Allah [sawas] dan tidur diatas katil baginda ketika kaum musyirik cuba untuk membunuh baginda," sehingga dia berkata: "Rasul Allah [sawas] pergi ke Tabuk pada satu ekspedisi bersama ramai manusia. `Ali bertanya kepada baginda: `Bolehkah saya bersama kamu?' Rasul Allah [sawas] telah menolak, penolakkan ini telah membuat `Ali menangis. Rasul [sawas] kemudian bertanya kepada beliau [as]: `Tidakkah ianya mengembirakan kamu, bahawa kedudukan kamu kepada saya adalah sama seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi selepas saya? Adalah tidak wajar bagi saya untuk meninggalkan tempat ini sebelum melantik wazir saya. Rasul Allah [sawas] juga telah mengatakan yang berikut ini kepada beliau: `Kamu adalah wali bagi setiap lelaki dan wanita beriman.'

Ibn `Abbas telah berkata: "Rasul Allah telah menutupkan semua pintu yang menuju ke masjid baginda melainkan pintu rumah ‘Ali, yang akan masuk ke masjid ketika hendak keluar dari rumahnya walaupun di dalam keadaan janaba. Rasul Allah [sawas] juga telah berkata: `Sesiapa yang menerima saya sebagai wali, hendaklah mereka mengambil `Ali sebagai wali juga' Yang sebenarnya al-Hakim telah menyatakan punca dari mana dia menyebutkan hadith ini, komennya dengan berkata, "Ini adalah hadith yang sahih menurut dari isnad, tetapi kedua shaykhs tidak menyampaikan hadith berbentuk ini." Al-Thahbi telah menyebutkan di dalam bukunya Talkhis dan menerangkan, ini adalah hadith yang sahih.

2) Jelas dan bukti yang tidak boleh disangkal, telah menunjukkan kepada fakta bahawa ‘Ali adalah wazir Rasul [sawas]. Tidak terlihatkah oleh kamu bagaimana Rasul [sawas] telah menamakan beliau sebagai wali didunia ini dan juga diakhirat, dari itu baginda telah mengutamakan beliau dari saudara-saudaranya yang lain, dan bagaimana beginda menganggap kedudukan beliau sama seperti status Harun kepada Musa, tanpa sebarang pengecualian selain dari keNabian, suatu pengecualian yang telah membayangkannya secara umum?

Kamu juga tahu bahawa apa yang membezakan Harun dari Musa adalah beliau selalunya menjadi wazir kepada Musa, beliau terlibat sama dengan pengkhabaran saudaranya, sebagai penggantinya, dan penguatkuasaan Musa kepada orang-orangnya supaya patuh kepada Harun, seperti kenyataannya, yang mana rujukannya terdapat di dalam al-Quran [20:29-31] yang dengan jelas telah mengatakan: ‘Dan jadikan saudara saya Harun, dari diantara ahl al-bayt saya, menjadi wazir saya, untuk menyokong saya dan menggambil bahagian di dalam urusan saya,’ dan kenyataannya: ‘Menjadi wakil diantara ummah saya, memperbaikki mereka, dan tidak mengikuti jalan mereka yang zalim [7:142],’ dan Allah menjawab: ‘Wahai Musa! Doa kamu telah dikabulkan [20:36]." Menurut dari teks ini, `Ali adalah wazir Rasul [sawas] diantara ummahnya, wazirnya diantara kerabatnya, sekutunya di dalam segala tugas – tidak di dalam ke Rasulan – penggantinya, yang terbaik diantara ummahnya, dan yang paling berharga terhadap kepimpinan ketika hidup mahu pun mati. Manusia hendaklah patuh kepada beliau ketika era Rasul sebagai wazirnya, sama seperti orang-orang Harun, hendaklah patuh kepada Harun ketika hidupnya Musa.

Sesiapa yang memahami hadith mengenai status kedudukan akan terus mempertimbangkan pengertiannya yang mendalam dengan tidak memberikan sedikitpun keraguan pada isi maksud teksnya. Rasul Allah [sawas] telah menjadikannya amat jelas apabila baginda berkata: "Adalah tidak wajar untuk saya meninggalkan tempat ini sebelum saya melantik kamu sebagai wazir saya." Ini adalah teks yang jelas mengenai penggantian baginda; malah, ianya juga telah menyatakan bahawa jika Rasul [sawas] telah pergi dengan tidak melaksanakannya, baginda telah melakukan sesuatu yang tidak patut baginda lakukan. Ini hanyalah kerana baginda telah diarahkan oleh Yang Maha Berkuasa untuk melantik beliau sebagai penggantinnya menurut kepada maksud ayat "Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diwahyukan kepada kamu dari Tuhan mu, dan jika kamu tidak melakukannya maka kamu tidak menyampaikan pengkhabaranNya sama sekali (5:67)." Sesiapa yang meneliti rangkap ayat ini "Maka kamu tidak menyampaikan pengkhabaranNya sama sekali," kemudian teliti pula kenyataan Rasul: "Adalah tidak wajar untuk saya meninggalkan tempat ini sebelum saya melantik kamu sebagai wazir saya," akan mendapati keduanya menuju kepada matlamat yang sama, seperti yang kita boleh lihat. Kita juga janganlah lupa hadith nabi yang mengatakan: "Kamu adalah wali bagi setiap yang beriman selepas saya." Ini adalah rujukan yang jelas kepada fakta bahawa beliau adalah wali Rasul [sawas] dan yang akan menggambil tempat baginda, seperti al-Kumait, semoga Allah merahmati ruhnya, telah menegaskan apabila dia berkata: "Seorang wazir, yang paling wara, dan seorang pengajar!" Dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


SURAT 27

MENIMBULKAN KERAGUAN MENGENAI STATUS HADITH
Thul-Hijjah 18, 1329 H.

"Status hadith" adalah sahih dan amat terkenal, tetapi al-Amidi, yang mengesah dan memastikan hadith-hadith, dan juga yang dianggap sebagai seorang sarjana sains usul, telah meragui punca dan perawi hadith tersebut. Penentang kamu mungkin memegang pada pandangan al-Amidi; dari itu bagaimana kamu hendak membuktikannya salah? Dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 28

1] STATUS HADITH BERDIRI DIATAS TAPAK YANG KUKUH
2] BUKTI YANG MEMPERKUKUH
3] PENYAMPAINYA ADALAH SUNNI
4] MENGAPA AL-AMIDI MERAGUINYA
Thul-Hijjah 19, 1329 H.

1) Al-Amidi telah tidak menzalimi sesiapa melainkan kepada dirinya sendiri dengan mengadakan keraguan mengenai kesahihan hadith ini, kerana ianya adalah sunan yang paling tepat, tradisi yang paling utuh.

2) Tidak ada siapa yang pernah meragukan ketepatannya, tidak juga terdapat sesiapa yang berani berhujah mengenai asasnya. Bahkan al-Thahbi, penyampai yang amat perjudis, telah mengakui ketepatannya di dalam bukunya Talkhis Al-Mustadrak.[1] Ibn Hajar al-Haithami, walaupun dengan pandangannya yang amat bertentangan, ini telah termaktub di dalam Al-Sawa`iq al-Muhriqa, telah menyebutkan hadith ini di dalam Bab mengenai "Al-Shubuhat," dengan kenyataan dari penyampai hadith yang terawal pada mengesahkan tepatnya hadith ini; maka rujuklah kepada buku itu. Jika hadith ini tidak tepat, al-Bukhari tentu tidak memasukkan ke dalam bukunya, walaupun beliau seorang yang perjudis apabila hendak menyebutkan tentang kemuliaan ‘Ali atau mereka dari Ahl al-Bayt [as]

Mu`awiyah adalah ketua kumpulan mereka yang zalim. Dia amat memusuhi Amirul Mukminin [as], menentang beliau, mengutuk beliau dari atas mimbar ummah Islam dan mengarahkan manusia untuk melakukan yang sedemikian. Bahkan dengan permusuhannya yang begitu keji, dia tidak pernah meragui hadith terhadap status kedudukan. Tidak juga Sa`d ibn Abu Waqqas telah berlebih-lebihan apabila dia, menurut dari Muslim, telah ditanyakan oleh Mu`awiyah, mengapa dia keberatan untuk menolak "Abu Turab;" dia menjawab kepadanya dengan berkata:[2] "Saya teringat 3 hadith Rasul Allah [sawas] yang mana saya sendiri telah mendengarnya, disebabkannya saya tidak akan mengutuk beliau. Jika saya milikki satu dari kemuliaan beliau yang ekslusif ini, ianya amatlah berharga bagi saya dari sekumpulan ternakan unta merah yang pilihan. Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas], diketika itu bersama beberapa orang yang telah melibatkan diri di dalam kempen ekspedisi baginda, berkata kepada `Ali: `Tidakkah kamu gembira bahawa kedudukan kamu kepada saya adalah sama seperti kedudukan Harun kepada Musa, melainkan tiada Nabi selepas saya?"[3] Mu`awiyah telah terdiam, dan dia tidak boleh mengatakan apa-apa untuk memaksa Sa`d.

Sebagai tambahan kepada itu semua, Mu`awiyah sendiri telah menyampaikan hadith yang sama. Ibn Hajar berkata di dalam bukunya Al-Sawa`iq Al-Muhriqa:[4] "Ahmed telah berkata bahawa seorang telah bertanya kepada Mu`awiyah, dan jawapannya adalah: `Ajukan soalan kamu kepada `Ali kerana beliau lebih berpengetahuan.' Bahkan orang itu berkata: `Jawapan kamu kepada perkara ini lebih berharga kepada saya dari jawapan `Ali.' Mu`awiyah menjadi marah, dan dia berkata: `Kenyataan yang amat keji yang kamu telah lafazkan! Kamu membenci seorang yang Rasul Allah [sawas] pernah lantakkan [suap] dengan pengetahuan? Bahkan Muawiyah juga memberitahu dia bahawa status beliau [as] kepada baginda [sawas] adalah seperti kedudukan Harun kepada Musa melainkan tidak ada Nabi selepas baginda? Setiap kali `Umer meragui mengenai sesuatu perkara, dia akan meminta nasihat `Ali ....'"[5] Secara ringkas, hadith status kedudukan telah dianggap, menurut dari ijmak semua Muslim, tidak kira dari mana-mana golongan dan kecenderongan, adalah sahih.

3) Kedua pengarang Al-Jami` Baynal Sihah Al-Sitta dan Al-Jami` Bayna Rijal al-Sahihain telah menyebutkan, dan ianya telah di masukkan kedalam sahih Bukhari, Bab: Peperangan Tabuk. Di dalam sahih Muslim pada Bab: Kemuliaan `Ali's; di dalam Bab mengenai sifat-sifat sahabat rasul di dalam sunan Ibn Majah; dan di dalam Bab: Kemuliaan `Ali di dalam Hakim; Al-Mustadrak. Imam Ahmed Ibn Hanbal telah menyebutkan di dalam buku Musnad dari beberapa perawi. Ibn `Abbas, Asma' bint `Amis, Abu Sa`d al-Khudri, Mu`awiyah ibn Abu Sufyan,[6] dan ramai lagi para sahabat, semuanya telah menyampaikan seperti yang dirakamkan di dalam musnad. Al-Tabrani telah menyebutnya seperti yang disampaikan oleh Asma' bint `Amis, Umm Salamah, Habis ibn Janadah, Ibn `Umer, `Ali ibn Abu Talib (as),[7] dan ramai lagi. Al-Bazzaz telah menulisnya di dalam buku Musnad,[8] dan begitu juga al-Tirmithi di dalam buku Sahih[9] bergantung dari penyampaian Abu Sa`id al-Khudri. Di dalam Al-Isti`ab, pada Bab mengenai `Ali, pengarang menyebutkan Ibn `Abdul Birr sebagai berkata, kemudian dia memberi komen: "Ini adalah satu dari hadith yang amat tepat dan dipercayai yang menyebutkan mengenai Rasul [sawas] oleh Sa`d ibn Abu Waqqas." Rujukan Sa`d adalah banyak dan telah diperhitungkan satu persatu oleh Abu Khayth`amah dan yang lainnya. Ibn `Abbas, Abu Sa`id al-Khudri, Umm Salamah, Asma' bint Amis, Jabir ibn `Abdullah, dan beberapa ahli tradisionis yang lain telah menyampaikannya. "Yang sebenarnya, sesiapa yang menyelidik Peperangan Tabuk dan merujuk kepada buku tradisi dan biografi akan menjumpai mereka menyebut hadith ini. Mereka yang telah menulis biografi `Ali, diantara senarai pengarang-pengarang lama dan moden, tidak kira dari mana-mana kecenderongan dan golongan, semuanya telah menyebutkan hadith ini. Ianya juga telah disebutkan oleh sesiapa yang menulis mengenai kemuliaan Ahl al Bayt, para-para Imam diantara para sahabat Rasul [sawas] seperti Ahmed ibn Hanbal, dan yang lainnya, yang sebelum dan selepas waktu hidupnya. Hadith ini telah diterima oleh semua generasi Muslim terdahulu.

4) Tidak ada sebab untuk mempelajari keraguan yang disebarkan oleh al-Amidi mengenai hadith ini di dalam buku Musnad nya, oleh kerana dia tidak tahu apa-apa mengenai sains tradisi, dan pengetahuannya mengenai musnads dan perawi adalah umpama pengetahuan manusia awam yang tidak berpelajaran, yang tidak memahami maksud hadith. Bahkan yang sebenarnya, pengetahuan dia yang mendalam di dalam sains usul adalah penyebabnya dia telah jatuh ke dalam dilemma yang sedemikian. Menurut kepada keperluan usul, dia telah melihat bahawa hadith itu betul yang mana dia tidak dapat untuk menyisihkan melainkan dengan meragui Isnadnya, dengan ini pada fikirannya adalah mungkin. Yang sebenarnya itu adalah kehendaknya yang tidak tercapai, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


[1] Surat No. 26 mengandungi penerimaan kesahihannya.

[2] Ini berlaku di dalam seksen mengenai dengan kemuliaan `Ali di permulaan muka surat 324, Vol. 2, dari buku Sahih nya.

[3] Al-Hakim, juga menyebut pada permulaan muka surat 109, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak, mengesahkan kesahihannya disebabkan telah diterima oleh Muslim.

[4] Ini berlaku di dalam maqsad kelima dari buku Al-Maqasid apabila pengarang membincangkan ayat 14 di dalam seksen 11, muka surat 107, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa.

[5] Dia mengatakan bahawa yang lain juga telah menyebutnya, dan bahawa sebahagian telah menambah kepadanya ‘Bangun; semoga Allah tidak mengizinkan kamu untuk berdiri, ‘ dan namanya telah dihapuskan dari dalam diwan, sehingga keakhir sebutan pada muka surat 107 dari bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ini membuktikan bahawa sekumpulan dari trdisionis yang terakhir selain dari Ahmed telah menyebutkan hadith status kedudukan dari Mu`awiyah.

[6] Seperti yang kami sebutkan pada permulaan surat ini, menyebutkan maqsad kelima dari Maqasid pada ayat

14 dari ayat-ayat yang dibincangkan di dalam Bab 11, Al-Sawa`iq al-Muhriqa, muka surat 107.

[7] Seperti yang Ibn Hajar terangkan di dalam hadith pertama dari 40 hadith yang dia bincangkan di dalam seksen dua Bab: 9 muka surat 72 dari buku Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Al-Sayyuti telah menyebut yang berikut ketika membincangkan `Ali (as) di dalam bab khalifatul rashidin: "Al-Tabrani telah menyebutkan hadith ini dari semua perawi tersebut, menambah kepadanya Asma' bint Qays."

[8] Al-Sayyuti menunjukan ketika membincangkan `Ali (as) di dalam Bab: Para khalifa pada muka surat 65.

[9] Seperti tertulis pada hadith 2504 dari hadith-hadith Kanz al-`Ummal, muka surat 152, jilid 6.


SURAT 29

1] PERCAYA TERHADAP HUJAH MENGENAI SANAD HADITH
2] MERAGUI KEGUNAANNYA PADA UMUM
3] MERAGUI HADITH SEBAGAI YANG MEMPERKUKUHKAN.
Thul-Hijjah 20, 1329 H.

1) Segala yang kamu telah nyatakan mengenai kesahihan kedudukan hadith status tidak disangsikan. Al-Amidi telah terjerumus kearah yang telah membuktikan betapa jauhnya dia dari sains hadith dan ahli-ahli tradisionis. Saya telah menyusahkan kamu dengan menyebutkan pandangannya di dalam menjelaskan apa yang telah pun jelas. Ini adalah kesalahan saya yang mana saya meminta kemaafan, yang mana amat mudah untuk kamu berikan.

2) Saya kini mendapat tahu bahawa terdapat yang lain, selain dari al-Amidi diantara penentang yang telah mengatakan bahawa tidak terdapat bukti bahawa hadith status kedudukan mempunyai sifat kegunaan secara umum, dan bahawa ianya terhad kepada konteknya tersendiri. Mereka menyokong pandangan ini dengan teks hadith itu sendiri, yang mengatakan bahawa kenyataan Rasul [sawas] adalah disebabkan pada kontek masa, iaitu, apabila beliau ditinggalkan di Madina ketika Peperangan Tabuk. Imam [as] bertanya baginda: "Mengapa kamu tinggal saya bersama wanita dan kanak-kanak?" Jawapan baginda [sawas] adalah: "Tidakkah kamu gembira bahawa status kamu kepada saya adalah sama seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi selepas saya?" seakan-akan baginda [sawas] menjelaskan bahawa kedudukan beliau [as] kepada baginda [sawas] adalah seperti Harun kepada Musa ketika Musa meninggalkan Harun untuk mewakilinya diantara ummahnya apabila dia meninggalkan mereka untuk pergi ke Gunung Tur [Gunung Sinai]. Intipati kenyataan Rasul [sawas] adalah seumpama: "Kamu kepada saya, semasa Peperangan Tabuk ini, adalah seperti Harun kepada Musa yang harus pergi untuk berkomunikasi dengan Tuhannya.’

3) Para penentang mungkin juga akan berkata bahawa hadith ini bukan satu bukti yang memperkukuhkan, walaupun jika dimengertikan sebagai umum, kerana hadith terhad tidak boleh digunakan untuk pengertian umum dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 30

1] ARAB MENGANGGAPNYA UMUM
2] MENOLAK KENYATAAN IANYA TERHAD
3] MENOLAK APLIKASI [KEGUNAANNYA] YANG IANYA TIDAK MENGUKUHKAN.
Thul-Hijjah 22, 1329 H.

1] Kami ingin merujuk hujah mereka yang mengatakan hadith ini kurang bersifat umum kepada orang-orang Arab yang mahir dengan bahasa dan nahu bahasa mereka sendiri. Kamu juga adalah seorang penguasa Arab, yang mana pandangan kamu adalah mutlak dan tidak dipertikaikan. Adakah kamu lihat umat Arab meragui pengertian sifat umum pada hadith status kedudukan ini? Saya tidak fikir begitu. Kamu lebih tinggi dari itu. Orang yang berkedudukan seperti kamu tentu tidak meragui maksud umum pada penambahan golongan jenis dalam tatabahasa dan pada cara pengertian dan pemakaiannya. Jika kamu sebagai contoh, berkata: "Saya telah berikan kepada kamu kuasa kehakiman saya," adakah kuasa kamu hanya terhad kepada beberapa perkara sahaja atau bahkan yang sebaliknya? Atau kenyataan kamu bermaksud umum iaitu pengertian termasuk segalanya? Kepujian bagi Allah! Kamu tentu tidak melihatnya selain dari yang umum, dan pengertiannya merangkumi semua! Jika seorang pemimpin Muslim berkata kepada seorang dari rakyatnya: "Saya telah melantik kamu sebagai wazir saya diatas semua manusia," atau "memberi kamu status saya, atau kedudukan diatas mereka, atau memberi kamu harta saya," adakah terfikir di minda kamu sesuatu yang lain dari pengertian umum dari kenyataan yang sedemikian? Atau adakah penyampainya bermaksud untuk memilih satu perkara dari perkara-perkara yang lain? Jika dia berkata kepada seorang menterinya: "Kamu boleh menikmati semasa hidup saya kedudukan yang Umer nikmati semasa hidupnya Abu Bakr, tetapi kamu bukan sahabat saya," adakah kenyataan ini dilihat, menurut kaedah umum, telah menunjukkan kepada beberapa keadaan tertentu sahaja tetapi tidak kepada semua keadaan? Saya tidak melihat kamu akan mengatakan penerimaan maksud yang lain dari maksudnya yang umum, dan saya tidak ragu bahawa kamu akan menterjemahkan kenyataan Rasul [sawas]: "Status kamu kepada saya adalah sama seperti Harun kepada Musa" kepada petunjuk bersifat umum pada penggunaan, dengan mengikuti garis tunjuk teks yang sama di dalam bahasa Arab dan norma percakapannya, terutama apabila dikatakan ‘melainkan ke Nabian’, maka dengan itu telah menjadikannya termasuk kepada pengertian yang lebih menjelaskan. Kamu dikelilingi oleh orang-orang Arab, tanyalah mereka jika kamu berhajat.

2) Mengenai dengan kenyataan penentang yang mengatakan bahawa hadith ini terhad kepada konteksnya [keadaan tertentu] telah ditolak atas dua sebab:

Pertama, hadith itu sendiri bersifat umum sebagaimana yang kamu ketahui. Andaikan ‘jika kita kata yang ianya bersifat tertentu’ ianya tidak juga menafikan sifatnya yang umum, kerana sesiapa yang membuat andaian tentu tidak menghadkan andaiannya kepada satu kemungkinan sahaja. Katakan, jika seorang itu di dalam keadaan najasa (berhadas) memegang Surah al-Kursi sebagai contoh, dan kamu katakan kepadanya: "Sesiapa di dalam keadaan najasa [berhadas] tidak boleh memegang al-Quran," adakah kenyataan kamu terhad kepada Surah al-Kursi sahaja, atau ianya bersifat umum mengenai keseluruhan al-Quran? Saya tidak dapat membayangkan bahawa sesaorang akan memahami yang ianya terhad khusus kepada Surah al-Kursi sahaja. Jika seorang doktor melihat pesakitnya makan buah kurma dan telah melarangnya dari makan segala yang manis, adakah larangan hanya dikatakan kepada buah kurma sahaja atau ianya bersifat umum iaitu termasuk semua yang manis? Saya tidak menganggap mereka yang mengatakan maksud hadith itu adalah terhad sebagai seorang yang patuh kepada konsep umum kepada asas bahasa, bahkan dia adalah terjauh dari nahunya, jauh dari penerimaan akal [logik], dan makhluk yang asing dari dunia kita ini. Begitulah juga dengan orang yang mengatakan hadith status kedudukan hanya digunakan khas ketika Peperangan Tabuk sahaja, tidak ada perbezaan bagi kedua kes itu.

Kedua, hadith ini telah tidak diperjelaskan oleh Rasul [sawas] ketika meninggalkan ‘Ali [as] sebagai wakilnya di Madina semasa Peperangan Tabuk, jika tidak, pasti penentang mempunyai hujah untuk mengatakan tentang penggunaannya yang terhad. Buku sahih kami adalah berturutan melalui para Imam dari keturunan Rasul [as] yang telah membuktikan bahawa hadith ini telah diperkatakan pada keadaan yang lain yang mana para penyelidik boleh rujuk. Sunan dari sunni menjadi saksi kepada fakta ini, seperti yang diketahui oleh para penyelidik. Kami katakan bahawa kata-kata dari hadith ini telah mengesahkan kepada fakta bahawa tuntutan yang mengatakan yang ianya telah dikatakan hanya pada ketika Peperangan Tabuk adalah tidak berasas, seperti yang telah diketahui.

3) Mereka katakan bahawa sifat umum yang tertentu tidak boleh memperkukuhkan yang lain adalah suatu kesilapan yang nyata dan kesalahan yang serius. Tiada siapa yang mengatakan sedemikian, melainkan seperti seorang yang menghadapi sesuatu duduk perkara yang seumpama dia menunggang binatang yang buta dimalam yang gelap. Kami berlindung dengan Allah dari kejahilan, dan kami bersyukur kepadaNya diatas kesihatan diri. Mengkhususkan pada yang umum tidak mengenepikannya dari dipergunakan sebagai kenyataan kepada yang lain selagi perkara yang khusus itu tidak umum, terutama jika ianya berkaitan dengan hadith ini. Jika seorang tuan memberitahu orang suruhannya: "Layanlah dengan baik setiap orang yang datang melawat saya kecuali Zayd." Jika orang suruhan itu hanya melayani Zayd sahaja dengan baik, dia bukan sahaja telah melanggar perintah tuannya dan telah membuat kesalahan, malah menurut dari pengadilan bagi semua orang yang berakal, dia juga perlu diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Orang yang berakal tentu tidak akan mendengar sebarang alasan darinya, jika dia memberinya; pasti tidak, bahkan alasan yang diberi itu kelihatan pada mereka lebih hina dari kesalahan itu sendiri. Kerana telah jelas pengertiannya secara umum, dan juga yang dikhususkan, dan mengenai yang lain juga, sebagaimana yang telah diketahui.

Kamu lebih arif, bahawa Muslims telah selalu menggunakan sebagai bukti pengkhususan yang umum tanpa sebarang pengecualian. Mereka yang terdahulu diantara para sahabat dan tabi’in, begitu juga mereka yang mengikuti yang terkemudiannya dan begitulah seterusnya sehingga kehari ini, terutama para Imam dari keturunan Rasul [as] dan juga para-para Imam yang lainnya dikalangan Muslim telah melakukan yang sama juga. Ini adalah suatu perkara yang tidak perlu pada menimbulkan sebarang keraguan. Mencukupi sebagai bukti apa yang keempat Imam dan para Mujtahid telah katakan di dalam bab pada memahami cabang-cabang perundangan agama sebagai bukti kepada setiap penjelasan beliau. Roda pengetahuan telah berputar dengan mengambil fakta dari penjelasan yang umum. Tidak terdapat sesuatu yang umum yang tidak mempunyai ruang untuk yang khusus. Jika sifat umum ini diketepikan maka akan bergegarlah pintu pengetahuan. Kami meminta perlindungan dengan Allah, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’

(Dokumen ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: