Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 4

Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 4

Written By Unknown on Kamis, 01 Maret 2018 | Maret 01, 2018


SURAT 31

MEMINTA PUNCA HADITH INI
Thul-Hijjah 22, 1329 H.

Kamu tidak memberikan sebarang bukti yang menunjukkan kepada hadith ini telah dikatakan pada ketika yang lain dari Tabuk. Saya sangat berharap dapat dimaklumkan dengan punca asalnya; dari itu tolonglah bawa saya kesana, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 32

1] DIANTARA PUNCANYA: LAWATAN RASUL KEPADA UMM SALIM
2] KES ANAK PEREMPUAN HAMZAH
3] BERSANDAR KEPADA ‘ALI
4] PERSAUDARAAN PERTAMA
5] PERSAUDARAAN KEDUA
6] PENUTUPAN PINTU
7] RASUL MEMBANDINGKAN ‘ALI DAN HARUN KEPADA DUA BINTANG
Thul-Hijjah 24, 1329 H.

1) Satu dari puncanya adalah perbualan Rasul [sawas] dengan Umm Salim,[1] seorang wanita yang mempunyai banyak pencapaian, seorang wanita yang bijak yang telah dapat menikmati status yang utama dengan Rasul Allah [sawas], disebabkan beliau adalah diantara orang yang mula-mula memeluk Islam, dan juga keikhlasan beliau, serta khidmat dan pengorbanan beliau untuk Islam. Rasul [sawas] selalu menziarahi beliau dan berkata-kata dengan beliau dirumahnya. Suatu hari, baginda [sawas] berkata kepadanya: "Wahai Umm Salim (ibu kepada Salim)! Daging `Ali adalah daging saya, dan darah beliau adalah darah saya; beliau kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa."[2] Telah nyata bahawa hadith ini adalah sebahagian dari hadith yang panjang yang telah diperkatakan untuk tujuan pada menyampaikan perkara yang benar dan nasihat, demi kerana Allah, supaya dengannya dapat menerangkan status wazir baginda, orang yang akan mengambil tempat baginda [tanggong jawab] apabila baginda [sawas] telah pergi [wafat]; dan ini tidak boleh dihadkan pada Peperangan Tabuk.

2) Hadith yang sama telah diperkatakan di dalam kes anak perempuan Hamzah yang mana mengenainya `Ali, Ja`fer dan Zayd perebutkan [untuk memelihara]. Rasul Allah [sawas] kemudian berkata: "Wahai ‘Ali! Kamu kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa, dst."

3) Satu lagi insiden berlaku apabila Abu Bakr, `Umer, dan Abu `Ubaydah ibn al-Jarrah berada di dalam kumpulan Rasul [sawas] yang sedang bersandar kepada `Ali. Rasul [sawas] menepuk-nepuk bahu `Ali dan berkata: "Wahai `Ali! Kamu adalah yang paling kuat diantara Mukmin di dalam beriman, yang pertama memeluk Islam, dan status kamu kepada saya adalah sama seperti Harun kepada Musa."[3]

4) Hadith yang disampaikan ketika persaudaraan pertama juga telah memuatkan teks ini. Ianya telah dilakukan di Makah sebelum penghijrahan, apabila Rasul Allah [sawas] menyempurnakan ikatan persaudaraan diantara Muhajirin khususnya.

5) Pada peristiwa persaudaraan kedua, ketika di Madina, lima bulan selepas penghijrahan, Rasul [sawas] telah menyempurnakan ikatan persaudaraan diantara Muhajirin dan Ansar. Di dalam kedua-dua kejadian, Baginda [sawas] memilih ‘Ali sebagai saudaranya,[4] dengan itu telah mengutamakan beliau dari yang lain, dengan berkata kepada beliau: "Kamu kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa melainkan tidak ada Nabi selepas saya." Sebutan seumpama ini telah disampaikan berturutan. Rujuk kepada apa yang dikatakan oleh yang lain mengenai Persaudaraan Pertama seperti hadith yang disampaikan oleh Zayd ibn Abu `Awfah. Imam Ahmed ibn Hanbal telah menuliskan di dalam bukunya Manaqib `Ali, Ibn `Asakir di dalam bukunya Tarikh,[5] al-Baghwi dan al-Tabrani di dalam buku mereka Mujma`s, al-Barudi di dalam bukunya Al-Ma`rifa, oleh Ibn `Adi[6] dan lainnya.

Hadith yang sedang diperkatakan ini panjang juga, dan ia menggandongi garis panduan bagaimana hendak menyempurnakan persaudaraan. Ianya berakhir dengan: "`Ali berkata: `Wahai Rasul Allah! Jiwa saya telah mati, dan tulang belakang saya telah patah, setelah melihat apa yang telah kamu lakukan kepada para sahabat kamu, sedangkan saya ditinggalkan sendirian. Jika ini adalah tanda kemarahan kamu dengan saya, maka saya mengadu hanya kepada kamu dan kepada kamu saya meminta maaf.' Rasul Allah berkata: `Saya bersumpah dengan Dia, yang telah menghantar saya untuk menyampaikan yang benar mengenai diriNya, saya tidak meninggalkan kamu melainkan khas untuk diri saya. Kamu kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi selepas saya. Kamu adalah saudara, perwaris dan juga sahabat saya.' `Ali (as) bertanya kepada baginda: `Apa yang saya warisi dari kamu?' Baginda [sawas] menjawab: `Apa sahaja Nabi yang sebelum saya tinggalkan untuk mereka yang mewarisinya: Kitab dari Tuhan mereka, dan sunnah dari Nabi mereka. Kamu akan menjadi sahabat saya di dalam rumah saya di syurga bersama dengan anak perempuan saya Fatima. Kamu adalah saudara dan juga sahabat saya.' Kemudian baginda [sawas] membacakan ayat ini: `Mereka adalah bersaudara, duduk bersenang-senang, berhadap-hadapan… ‘ [15:47] merujuk kepada persaudaraan, yang mana hati mereka telah dicantumkan di dalam kecintaan dan saling berpandangan dengan kasih sayang dan keikhlasan.

Rujuk juga kepada peristiwa Persaudaraan Kedua. Al-Tabrani, di dalam buku Al-Tafsir Al-Kabir, menyebutkan dari Ibn `Abbas menyampaikan satu hadith yang mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] berkata kepada `Ali (as): "Adakah kamu marah kerana saya telah mengadakan persaudaraan diantara Ansar dan Muhajirin dan tidak memilihkan untuk kamu seorang saudara diantara mereka? Tidakkah kamu gembira bahawa status kamu kepada saya sama seperti kedudukan Harun kepada Musa melainkan tidak ada Nabi selepas saya?"[7]

6) Hadith yang sama juga telah diperkatakan apabila pintu rumah para sahabat yang mengadap ke masjid Nabi di Madina telah diarahkan supaya ditutup melainkan pintu rumah ‘Ali. Jabir ibn `Abdullah menyebut bahawa Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "Wahai `Ali! Adalah dibolehkan untuk kamu melakukan di dalam masjid ini apa sahaja yang di bolehkan kepada saya, dan kamu kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi selepas saya." Huthayfah ibn `Asid al-Ghifari telah berkata bahawa Rasul [sawas], suatu ketika telah memberi khutbah pada peristiwa menutup pintu-pintu tersebut yang mana baginda [sawas] telah berkata: "Terdapat sebahagian manusia yang merasa tidak senang kerana saya keluarkan mereka dari masjid tetapi mengekalkan ‘Ali. Allah awj, mengilhamkan kepada Musa dan saudaranya untuk kekal bersama ummahnya di Mesir dan jadikan tempat kediaman mereka qibla dan tempat berdoa serta ibadah," sehinggalah, beginda berkata: "`Ali kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa. Dia adalah saudara saya, dan tiada seorang pun yang dibenarkan bersetubuh disini selain dari dia."

Punca hadith ini amatlah banyak, dan semuanya tidak dapat disebutkan di dalam surat yang ringkas seperti ini, malah saya harap apa yang saya telah katakan disini mencukupi untuk membatalkan kenyataan yang mengatakan hadith status kedudukan ini khusus hanya ketika Peperangan Tabuk sahaja. Sebanyak manakah tuntutan yang begini boleh diterima dengan terdapat banyaknya punca hadith ini?

7) Sesiapa yang faham dengan biografi Rasul [sawas] akan mendapati baginda mengibaratkan `Ali dan Harun seperti dua bintang yang terang yang telah disusun sama, tiada yang satu berlainan dengan yang lainnya. Ini dengan sendirinya adalah kenyataan kepada umumnya status hadith ini, walaupun begitu umumnya bagi status adalah sesuatu yang datang kepada fikiran tidak kira apa juga alasannya, seperti yang kami telah terangkan diatas, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,,

‘Sh’

[1] Dia adalah anak perempuan Milhan ibn Khalid al-Ansari dan adik Haram ibn Milhan. Bapa dan saudaranya telah syahid di dalam kumpulan Rasul [sawas]. Dia mempunyai banyak pencampaian dan bijaksana. Dia telah menyampaikan beberapa hadith dari Rasul [sawas], dan dia telah disebutkan oleh anaknya Anas, sebagai tambahan kepada Ibn `Abbas, Zayd ibn Thabit, Abu Salamah ibn `Abdul-Rahman, dan oleh yang lainnya. Dia telah dianggap di dalam barisan hadapan dari mereka yang menerima dan menyokong agama Islam, dan dia sendiri adalah seorang penyeru kepada Islam. Semasa dizaman jahiliyya, dia telah menyintai Malik ibn al-Nadar dan darinya dia miliki seorang anak lelaki Anas ibn Malik. Pada permulaan Islam, dia diantara yang mula-mula memeluk Islam, dan mengajak suaminya Malik kepada mempercayai Allah dan RasulNya, tetapi suaminya menolak; maka dia telah meninggalkan suaminya, dan suaminya dengan perasaan marah telah berpindah ke Syria dan mati disana sebagai seorang kafir. Dia menasihati anaknya, yang berusia 10 tahun supaya berkhidmat kepada Rasul [sawas], dan Rasul [sawas] menerima dia untuk berkhidmat supaya dapat mengembirakan ibunya. Ramai lelaki Arab yang berketurunan tinggi telah melamar beliau, tetapi beliau selalu mengatakan, ‘Saya tidak akan berkahwin melainkan apabila Anas mencapai dewasa,‘ maka, Anas selalu berkata: "Semoga Allah merahmati ibu saya, yang telah menjaga saya dengan baik." Disebabkan pengaruh dari beliau, Abu Talhah al-Ansari menjadi Muslim. Dia melamar beliau sedang dia masih kafir, tetapi beliau menolak lamarannya melainkan dia memeluk Islam; maka dia menerima ajakan kepada memeluk kepercayaan yang baru, dan hantarannya kepada beliau adalah menerima Islam. Beliau mendapat seorang anak darinya, tetapi anak itu jatuh sakit dan meninggal; maka beliau berkata: "Tiada siapa yang boleh menyebutkan kematian anak itu kepada bapanya sebelum saya." Apabila suaminya pulang dan bertanyakan anaknya, beliau menjawab: "Dia di dalam keadaan amat baik;" maka dia menyangka bahawa beliau maksudkan yang anaknya sedang tidur. Beliau menghidangkan makam malam, kemudian mengenakan pakaian yang terindah dengan wangi-wangian, dan dia tidur bersama beliau. Pada keesokkan hari beliau berkata kepada suaminya: ‘Doakanlah untuk ruh anak kamu.’ Abu Talha sampaikan cerita ini kepada Rasul Allah [sawas] yang berkata kepadanya: "Allah telah merahmati kamu malam tadi." Beliau meneruskan dengan mengatakan bahawa baginda [sawas] berdoa kepada Allah untuk memberikan kepada beliau apa yang beliau minta dan bahkan lebih lagi. Pada malam tersebut beliau mengandongkan `Abdullah ibn Abu Talha yang diatasnya Allah telah hujani dengan rahmat. Beliau adalah bapa kepada Ishaq ibn `Abdullah ibn Abu Talha, seorang faqih, dan 10 orang dari saudaranya; setiap mereka adalah orang yang berilmu. Umm Salim pernah mengambil bahagian di dalam kempen ketenteraan Rasul [sawas]. Pada hari peperngan Uhud, beliau mempunyai pedang untuk menikam mana-mana musuh yang menghampiri beliau. Beliau telah memberi kepada Islam khidmat yang banyak, dan saya tidak tahu mana-mana wanita selain beliau yang mana Rasul [sawas] datang berziarah kerumah mereka dan beliau akan memberikan baginda [sawas] hadiah. Beliau sedar akan status kedudukan keterunan baginda [as], mengakui akan hak-hak mereka [as]… Semoga Allah menghujani rahmat pilihanNya keatas beliau.

[2] Hadith ini, maksud saya Umm Salim, adalah bernomber 2554 di dalam Kanz al-`Ummal seperti yang disampaikan pada muka surat 154 dari jilid 6. Ianya juga terdapat di dalam Muntakhab al-Kanz; maka rujuklah kepada barisan yang akhir di nota kaki pada muka surat 31 pada jilid 5 dari Ahmed: Musnad, dimana kamu akan menjumpai disebutkan kata demi kata.

[3] Ini disebutkan oleh al-Hasan ibn Badr, al-Hakim di dalam bab kunyat, al-Shirazi di dalam bab nama keluarga, jilid 6, dan oleh Ibn al-Najjar. Ianya adalah hadith 6029 dan juga 6032 yang diberi no di dalam Kanz al-`Ummal, muka surat 395.

[4] Membincangkan biografi `Ali (as) di dalam bukunya Isti`ab, Ibn `Abd al-Birr menerangkan beliau sebagai: "Dia dijadikan saudara dengan Rasul Allah [sawas] diantara Muhajirin, kemudian diantara Muhajirin dengan Ansar. Di dalam setiap peristiwa ini, baginda [sawas] berkata kepada `Ali (as): `Kamu adalah saudara saya di kehidupan ini dan dikehidupan akhirat,' kemudian beginda menjadikan persaudaraan diantara dirinya dan `Ali (as)." Peristiwa ini secara khusus ada di dalam buku tradisi dan sejarah. Untuk secara khusus pada Persaudaraan Pertama, rujuk kepada muka surat 26, Vol. 2, dari Al-Sira al-Halabiyya, dan di Persaudaraan Kedua pada muka surat 120, Vol. 2, juga dari Al-Sira al-Halabiyya, di mana kamu akan dapati bagaimana Rasul [sawas] telah mengutamakan `Ali (as) diantara yang lain di dalam kedua-dua peristiwa itu. Di dalam Al-Sira al-Dahlaniyya, secara khusus keadaan persaudaraan pertama dan juga yang kedua adalah sama dengan apa yang diterbitkan di dalam Al-Sira al-Halabiyya. Pengarang juga mengatakan bahawa persaudaraan kedua berlaku lima bulan selepas penghijrahan

[5] Ini telah disebutkan dari Ahmed dan Ibn `Asakir oleh sekumpulan perawi yang dipercayai seperti al-Muttaqi al-Hindi; maka rujuklah kepada hadith 918 dari buku Kanz al-`Ummal pada permulaan muka surat 40 dari jilid 5. Ianya juga disebutkan pada muka surat 390, Vol. 6, dari buku Ahmed: Manaqib `Ali, hadith no 4972.

[6] Ini disebutkan dari Imam tersebut oleh sekumpulan penyampai yang dipercayai seperti al-Muttaqi al-Hindi pada permulaan muka surat 41, Vol. 5, dari buku Kanz al-`Ummal, nomber hadith 919.

[7] Ini telah disebutkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal dan Al-Muntakhab; maka rujuklah kepada Muntakhab di nota kaki pada muka surat 31dari jilid 5 mengenai Ahmed: Musnad, dan kamu akan menjumpai seperti mana yang telah diperkatakan, sebagaimana yang kami telah sebutkan disini. Ianya tidak susah untuk memesongkan intisari rangkap ‘Kamu telah memarahkan ‘Ali [as] [membuat ‘Ali marah] dan memahami maksud persahabatan, belas kasihan, dan cinta kepada kasih sayang dan bapa yang baik kepada anaknya. Jika kamu hairan bagaimana `Ali boleh mempunyai sedikit keraguan pada kali kedua dia telah ditinggalkan, walaupun pada kali pertama beliau mempunyai keraguan juga, kemudian dia mengerti bahawa Rasul [sawas] telah meninggalkan beliau untuk dirinya dan mengapa dia tidak menganggap insiden kedua dengan cahaya [sama seperti] dari yang pertama. Jawapannya adalah insiden kedua tidak boleh dibandingkan dengan insiden pertama, kerana yang pertama adalah mengenai Muhajirin khususnya, maka perbandingannya tidak menghalang Rasul [sawas] dari menjadikan persaudaraannya dengan ‘Ali [as], sebaliknya di dalam persaudaraan kedua adalah diantara Muhajirin dan Ansar. Seorang Muhajirin di dalam keadaan kedua akan disatukan dalam persaudaraan kepada Ansar dan begitulah sebaliknya. Oleh kerana Rasul [sawas] dan juga wasi adalah Muhajirin, maka penerimaannya pada keadaan kedua adalah bahawa mereka tidak akan menjadi saudara; maka pada sangka `Ali bahawa saudaranya adalah seorang Ansar juga, sama seperti yang lain pada cara perbandingan. Apabila Rasul Allah [sawas] tidak mengikatkan persaudaraan diantara beliau dengan Ansar, keraguan telah bermain difikiran beliau, tetapi Allah dan RasulNya telah menekankan keutamaan kepada beliau, dan begitulah jadinya; beliau dan Rasul Allah [sawas] menjadi saudara, bertentangan dengan norma yang biasa diantara semua Muhajirin dan Ansar pada masa dan tempat itu


SURAT 33

BILAKAN ‘ALI DAN HARUN DIIBARATKAN SEPERTI DUA BINTANG?
Thul-Hijjah 25, 1329 H.

Ianya belum diperjelaskan lagi apa yang kamu katakan bahawa baginda [sawas] pernah mengibaratkan `Ali dan Harun seperti dua bintang yang sama; bilakah baginda [sawas] melakukannya?


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 34

1] PADA PERISTIWA SHABAR, SHUBAYT DAN MUSHBIR
2] PADA PERISTIWA PERSAUDARAAN
3] PADA PERISTIWA PENUTUPAN PINTU
Thul-Hijjah 27, 1329 H.

Selidiklah biografi Rasul [sawas] dan kamu akan dapati baginda mengibaratkan `Ali and Harun seperti dua bintang ditengah-tengah dada langit, kedudukan mata pada muka, tiada perbezaan pada diri mereka di dalam umat masing-masing.

1) Adakah kamu lihat bagaimana baginda [sawas], telah menekankan bahawa `Ali hendaklah menamakan anak-anaknya sama seperti yang dilakukan oleh Harun, memanggil mereka Hasan, Husayn, dan Muhsin? Beliau (as) telah berkata: "Saya telah menamakan mereka seperti anak-anak Harun: Shabar, Shubayr, dan Mushbir,"[1] bertujuan untuk menunjukkan persamaan diantara diri beliau dengan Harun iaitu persamaan yang menyeluruh di dalam semua segi dan aspek

2) Atas sebab yang sama, `Ali telah memuliakan saudaranya dan mengutamakan baginda dari semua yang lain, maka telah tercapai matlamat persamaan umum bagi kedua-dua Harun; kepada saudara masing-masing, dengan mempastikan tiada perbezaan diantara mereka. Baginda [sawas] mengujudkan persaudaraan diantara para sahabatnya, seperti yang tersebut diatas, menjadikan pada insiden pertama Abu Bakr bersaudara kepada `Umer, dan `Uthman bersaudara kepada `Abdul-Rahman ibn `Awf. Di dalam persaudaraan kedua, Abu Bakr menjadi saudara kepada Kharijah ibn Zayd, dan `Umer adalah saudara kepada `Atban ibn Malik. Bahkan pada kedua-dua peristiwa, `Ali telah dijadikan saudara oleh Rasul Allah [sawas] seperti mana yang kamu telah ketahui.

Tidak terdapat ruang untuk menyebutkan semua teks yang telah disahkan, yang telah disebutkan oleh Ibn `Abbas, Ibn `Umer, Zayd ibn Arqam, Zayd ibn Abu `Awfah, Anas ibn Malik, Huthayfah ibn al-Yemani, Makhduj ibn Yazid, `Umer ibn al-Khattab, al-Bara' ibn `Azib, `Ali ibn Abu Talib, dan lainnya yang telah menyampaikan hadith ini seperti yang disebutkan. Rasul Allah [sawas] juga telah berkata kepada ‘Ali: "Kamu adalah saudara saya di dalam kehidupan ini dan dikehidupan akhirat."[2] Di dalam surat no. 20 kami telah menyatakan bagaimana baginda [sawas] telah memegang ‘Ali pada lehernya dengan berkata: "Ini adalah saudara, wazir dan pengganti saya diantara kamu dari itu dengarkan kata-katanya dan patuhlah kepadanya." Baginda [sawas] keluar untuk berjumpa dengan para sahabatnya dengan senyum yang lebar pada wajahnya. `Abdul-Rahman ibn `Awf bertanya kepada baginda; apa yang mengembirakan baginda sangat. Baginda menjawab: "Ianya disebabkan oleh satu berita baik yang saya baru terima dari Tuhan saya mengenai saudara dan juga sepupu saya, dan juga mengenai anak perempuan saya. Yang Maha Berkuasa telah memilih `Ali sebagai suami kepada Fatima." Apabila ketua semua wanita di dunia ini telah dikahwinkan kepada ketua keturunan Rasul [as], Rasul [sawas] berkata: "Wahai Umm Ayman! Bawakan saudara saya." Umm Ayman bertanya: "Beliau adalah saudara kamu, dan kamu masih juga mahu mengahwinkan beliau kepada anak perempuan kamu?!" Baginda berkata: "Ya, begitulah sebenarnya, Umm Ayman." Dia memanggil `Ali masuk[3]

Kerap juga, Rasul [sawas] menunjukkan kepada `Ali dan berkata: "Ini adalah saudara, sepupu, anak menantu dan bapa kepada keturunan saya."[4] Suatu ketika baginda berkata kepada beliau: "Kamu adalah saudara dan sahabat saya." Dalam peristiwa yang lain, baginda berkata kepada beliau: "Kamu adalah saudara, sahabat dan teman saya disyurga." Baginda pada suatu ketika berkata kepada beliau mengenai perkara diantara beliau, saudaranya Ja`fer, dan Zayd ibn Harithah, dengan berkata: "Wahai `Ali! Kamu sebenarnya adalah saudara dan bapa kepada keturunan saya. Kamu adalah daripada saya dan saya daripada kamu."[5] Baginda telah membuat perjanjian dengan beliau suatu ketika dengan berkata: "Kamu adalah saudara, dan wazir saya, kamu cukupkan agama saya, memenuhi janji-janji saya, membayar hutang bagi pihak saya dan memberi ketenangan pada fikiran saya."[6] Apabila kematian menghampiri baginda, semoga kedua ibu bapa saya di korbankan untuk baginda, baginda berkata: "Bawakan saudara saya." Mereka memanggil `Ali masuk. Baginda berkata kepada beliau: "rapat kepada saya." `Ali (as) melakukannya. Baginda terus membisik kedalam telinga beliau sehingga ruhnya yang suci meninggalkan jasadnya. Bahkan `Ali dapat menampung sedikit dari air liur baginda.[7]

Rasul Allah [sawas] telah juga berkata: "Telah tertulis di pintu syurga: `Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, `Ali adalah saudara Rasul Allah.'"[8] Apabila Rasul meninggalkan `Ali tidur dikatilnya sedang musuh diluar merancang untuk membunuh baginda, Allah awj telah berkata kepada Jibril dan Mikail, kataNya: "Aku telah jadikan ikatan persaudaraan diantara kamu berdua dan telah menjadikan jangka hayat seorang dari kamu lebih panjang dari yang lain. Siapakah diantara kamu yang berhasrat untuk menjadikan jangka hayat yang seorang itu lebih panjang dari dirinya? Setiap mereka memegang pada hayatnya sebagai yang amat berharga. Allah awj berkata: "Mengapa kamu tidak boleh menjadi seperti `Ali ibn Abu Talib, diantara beliau dengan Muhammad (sawas) Aku telah adakan ikatan persaudaraan, dan beliau telah memilih untuk tidur di katil Muhammad, menawarkan diri untuk dikorbankan sebagai ganti diri saudaranya? Pergi turun kebumi dan selamatkan beliau dari musuhnya." Mereka berdua turun. Jibril berada dibahagian kepala `Ali sedang Mikail berada dibahagian kakinya. Jibril berkata: "Tahniah! Tahniah! Siapakah yang boleh menjadi seperti kamu, Wahai anak Abu Talib? Bahkan Allah merasa bangga mengenai kamu kepada para MalaikatNya!" Mengenai insiden itu, ayat "Dan terdapat diantara manusia yang telah menjualkan nyawa mereka untuk kesenangan Allah (Qur'an, 2:207)" telah diwahyukan.[9]

`Ali sendiri telah disebutkan sebagai berkata: "Saya adalah hamba Allah dan saudara kepada RasulNya. Saya yang amat kuat pada mempercayai Rasul. Tiada siapa yang boleh mengatakan begitu, melainkan dia pendusta."[10] Beliau juga telah berkata: "Demi Allah! Saya adalah saudara dan juga walinya, sepupu dan juga pewaris bagi pengetahuannya; siapakah yang lebih mulia dari saya?"[11] Pada hari Syura, beliau berkata kepada `Uthman, `Abdul-Rahman, Sa`d, dan al-Zubayr: "Adakah kamu tahu sesiapa diantara umat Muslim selain dari diri saya yang mana Rasul Allah telah mengujudkan persaudaraan?" Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi, tiada."[12] Apabila `Ali berdiri untuk bertarung dengan al-Walid semasa peperangan Badr, al-Walid bertanya kepada beliau: "Siapakah kamu?" `Ali menjawab: "Saya adalah hamba Allah dan saudara kepada RasulNya."[13] Apabila `Umer menjadi khalifa `Ali bertanya kepadanya:[14] "Katakan jika beberapa orang Israel datang kepada kamu dan seorang dari mereka mengatakan kepada kamu bahawa dia adalah sepupu Musa, adalah dia menerima layanan yang lebih baik dari yang lain?" `Umer menjawab: "Ya, sebenarnya." `Ali berkata: "Saya, demi Allah, adalah saudara kepada Rasul Allah dan juga sepupunya." `Umer membuka selendangnya dan membentangkannya untuk `Ali duduk, dengan berkata: "Demi Allah, kamu janganlah duduk dimana-mana selain dari diatas selendang saya sehinggalah seorang dari kita berlalu pergi." `Ali lakukan itu sedang `Umer merasa gembira dapat melakukan kehormatan untuk saudara dan sepupu Rasul Allah selama mereka ada bersama.

3) Wah, nampaknya saya telah tidak dapat mengawal pena saya. Rasul [sawas] mengarahkan semua pintu rumah para sahabat yang menghala kemasjid hendaklah ditutup terus, sebagai satu langkah untuk mengekalkan kesucian masjid dari janaba atau najasa, tetapi baginda membenarkan pintu rumah `Ali terus dibuka, membenarkan beliau melintasi masjid walaupun di dalam keadaan janaba, sama seperti yang dilakukan oleh Harun, maka telah memberikan satu lagi bukti pada kedudukan yang sama bagi kedua manusia ini, di dalam agama dan umat masing-masing. Ibn `Abbas telah berkata: "Rasul Allah [sawas] telah mengarahkan semua pintu rumah para sahabat ditutup melainkan pintu rumah `Ali, yang biasa masuk ke masjid walau sedang di dalam keadaan janaba, kerana tiada jalan lain untuk keluar."[15] `Umer ibn al-Khattab telah menyampaikan sebuah hadith yang sahih yang mana telah dihasilkan semula di dalam kedua buku sahih yang mana dia berkata:[16] "`Ali ibn Abu Talib telah dianugerahkan dengan 3 tanda kemuliaan, jika saya dapat satu darinya, ianya amat berharga bagi saya dari semua unta merah [dijajahan Arab]: Isteri beliau Fatima anak perempuan Rasul Allah, kediaman beliau di masjid, jiran kepada Rasul Allah dan merasa aman di dalamnya, dan pembawa panji-panji semasa Peperangan Khayber."

Sa`id ibn Malik, telah disebutkan di dalam hadith yang sahih, pernah menyatakan beberapa kemuliaan ‘Ali yang unik, seperti katanya: "Rasul Allah telah mengeluarkan semua orang dari masjid, termasuk bapa saudaranya al-`Abbas dan lainnya. Al-`Abbas bertanya baginda: `Mengapa kamu mengeluarkan kami dan mengekalkan `Ali?' Baginda [sawas] menjawab: `Bukan saya yang mengeluarkan kamu dan mengekalkan `Ali. Ianya adalah Allah yang telah mengeluarkan kamu dan mengekalkan beliau.'"[17] Zayd ibn Arqam telah berkata: "Beberapa para sahabat Rasul Allah [sawas] pernah mempunyai pintu rumah mereka menghala ke masjid. Rasul Allah [sawas] kemudian berkata: `Tutup semua pintu ini melainkan pintu `Ali.' Sebahagian manusia tidak menyukainya, dan mereka telah memperkatakannya. Maka, Rasul Allah [sawas] berdiri pada suatu hari, setelah memuji Allah kemudian berkata: `Saya telah mengarahkan pintu-pintu ini supaya ditutup melainkan pintu ‘Ali, dan sebahagian dari kamu tidak menyukainya. Saya tidak menutup atau membuka pintu, tidak juga memberikan arahan, melainkan setelah diarahkan oleh Tuhan saya untuk melakukannya.'"[18] Menyebutkan dari Ibn `Abbas, Al-Tabrani telah mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] berdiri dan berkata: "Saya tidak mengeluarkan kamu dari tindakkan keinginan saya sendiri, tidak juga saya membenarkan pintu untuk dibuka diatas pilihan saya. Saya hanya mengikuti apa yang disampaikan dari Tuhan saya."[19] Dan Rasul Allah berkata kepada Ali (as): "Wahai`Ali! Tidak dibolehkan untuk sesiapa selain dari diri kamu untuk berada di dalam masjid sedang di dalam keadaan janaba."[20] Sa`d ibn Abu Waqqas, al-Bara' ibn `Azib, Ibn `Abbas, Ibn `Umer, dan Huthayfah ibn al-Yemani, semuanya telah katakan: "Rasul Allah [sawas] suatu ketika telah keluar ke masjid dan berkata: `Allah telah mengilhamkan kepada NabiNya Musa untuk mendirikan sebuah masjid yang suci yang mana tiada siapa melainkan Musa dan Harun tinggal di dalamnya. Allah telah mewahyukan kepada saya untuk mendirikan sebuah masjid yang suci dimana hanya saya dan saudara saya ‘Ali dibenarkan tidur di dalamnya.'"[21]

Tidak ada ruang disini untuk menyatakan semua teks yang telah disahkan, dan yang telah disampaikan oleh Ibn `Abbas, Abu Sa`id al-Khudri, Zayd ibn Arqam, sahabat dari kaum Khath`am, Asma' bint `Amis, Umm Salamah, Huthayfah ibn Asid, Sa`d ibn Abu Waqqas, al-Bara' ibn `Azib, `Ali ibn Abu Talib, `Umer, `Abdullah ibn `Umer, Abu Tharr al-Ghifari, Abul Tufail, Buraydah al-Aslami, Abu Rafi`, hamba Rasul Allah yang dibebaskan, Jabir ibn `Abdullah al-Ansari, dan lainnya, semua mereka telah menyampaikan hadith yang sama. Telah diketahui umum bahawa Rasul Allah [sawas] telah berdoa kepada Allah dengan berkata: "Wahai Tuhan! Saudara saya Musa telah memohon kepada Mu dengan berkata: `Tuhan! Lapangkanlah dada ku, lepaskanlah ikatan pada lidah ku, supaya manusia dapat memahami percakapan ku, dan jadikan saudara saya Harun sebagai wazir saya dari diantara ahli rumah saya untuk menyokong dan membantu di dalam tugas-tugas saya,’ dan Kamu, Tuhan, telah menjawab: ‘Kami akan menyokong kamu melalui saudara kamu dan berikan keatas kamu penguasaan yang besar (28:35).' Tuhan! Saya adalah hamba Mu, Muhammad; dari itu, saya bermohon kepada Mu untuk melapangkan dada saya, untuk menjadikan kefahaman kepada saya mudah hendak dilaksanakan dan untuk menjadikan ‘Ali saudara saya, dari diantara ahli rumah saya."[22]

Begitu juga Al-Bazzaz telah menunjukkan bahawa Rasul Allah [sawas] mengambil tangan Ali dan berkata: "Musa telah meminta kepada Tuhan untuk mensucikan masjidnya melalui Harun, dan saya telah meminta kepada Tuhan untuk mensucikan masjid saya melalui kamu." Baginda kemudian menghantar seorang pesuruh kepada Abu Bakr mengarahnya supaya menutup pintu rumahnya yang menghala ke masjid, dan Abu Bakr melaksanakannya tanda hormat terhadap perintah Rasul. Kemudian baginda menghantar pesuruh yang lain kepada `Umer untuk melakukan yang sama, dan yang lain lagi kepada al-`Abbas dengan maksud tujuan yang sama. Kemudian baginda [sawas] berkata: "Bukanlah saya yang menutupkan pintu rumah kamu, tidak juga saya yang membiarkan pintu rumah ‘Ali terbuka dengan kehendak saya, bahkan ianya adalah Allah yang telah membuka pintu beliau dan menutup pintu kamu."

Sebanyak ini telah mencukupi untuk membuktikan persamaan diantara ‘Ali dan Harun di dalam semua segi dan keadaan, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’

[1] Ini telah disebutkan oleh tradisionis menurut dari punca kesahihan tradisi Rasul Allah [sawas]. Rujuk kepada muka surat 265 dan 168, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, dan kamu akan dapati teks hadith ini dikatakan sebagai sahih menurut pengesahan dari kedua shaykh. Imam Ahmed juga telah menyebutkan dari hadith `Ali pada muka surat 98, Vol. 1, dari Musnad. Ibn `Abdel-Birr, juga menyebut biografi cucu Rasul, al-Hasan (as) dari Isti`ab, dan bahkan al-Thahbi menyebutkannya di dalam Talkhis, mengatakannya sebagai sahih, walaupun dia yang begitu sangat fanatik dan telah menyimpang dari Harun umat ini, dan dari Shabar dan Shubayrnya. Ianya juga telah disebut oleh al-Baghwi di dalam Mu`jam, dan `Abdul-Ghani dari Idah, seperti juga yang dirakamkan pada muka surat 115 dari Al-Sawaiq al-Muhriqa, dari Salman yang mana teksnya hampir sama, dan juga dari Ibn `Asakir.

[2] Al-Hakim telah menyebutnya pada muka surat 14, Vol. 3, dari Al-Mustadrak seperti yang disampaikan oleh Ibn `Umer dari dua punca yang sahih dan disahkan oleh kedua shaykh. Al-Thahbi juga telah menyebutnya di dalam Talkhis, mengatakannya sebagai sahih. Al-Tirmithi, juga telah menyebutnya sama seperti yang disebutkan oleh Ibn Hajar pada muka surat 72 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa; maka rujuklah kepada hadith ke 7 dari yang disebutkan pada seksen 2 Bab 9 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Semua yang telah membincangkan hadith persaudaraan diantara para penulis tradisi dan rekod sejarah telah menerimanya tanpa sebarang penghujahan

[3] Ini telah disebutkan oleh al-Hakim pada muka surat 159, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Al-Thahbi, juga telah menyebutnya di dalam Talkhis, dan menerimanya sebagai sahih. Ibn Hajar menyalinnya di dalam bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Semua mereka yang menulis mengenai perkahwinan al-Zahra' (as) telah menyebutnya tanpa pengecualian.

[4] Ini telah dimasukkan oleh al-Shirazi di dalam Bab nama keluarga, dan oleh Ibn al-Najjar yang menyebutnya dari Ibn `Umer. Al-Muttaqi al-Hindi telah menyampaikannya di dalam Kanz al-`Ummal dan Al-Muntakhab yang mana dia telah lampirkan kepada notakaki dari buku Musnad; maka rujuklah kepada baris 2 pada notakaki pada muka surat 32 dari jilid 5.

[5] Al-Hakim menyebutnya pada muka surat 217, Vol. 3, dari Mustadrak, kesahihan bagi penyampainya telah disahkan oleh Muslim. Al-Thahbi telah mengatakan yang sama di dalam Talkhis.

[6] Al-Tabrani telah menyebutnya di dalam Al-Kabir dari Ibn `Umer, dan ianya telah disampaikan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal begitu juga di dalam Al-Muntakhab; maka rujuklah kepada Al-Muntakhab untuk melihat apa yang tertulis pada nota kaki di muka surat 32, Vol. 5, dari Musnad.

[7] Ini telah disebutkan oleh Ibn Sa`d pada muka surat 51, Bahagian 2, Vol. 2, dari Tabaqat, dan juga pada muka surat 55, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal.

[8] Ini telah disebutkan oleh al-Tabrani di dalam Al-Awsat, oleh al-Khatib di dalam Al-Muttafaq wal-Muftaraq, dan ianya disampaikan oleh pengarang Kanz al-`Ummal; maka rujuklah pada Al-Muntakhab dan lihat pada kandongan notakaki di muka surat 35, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad. Ianya juga telah disampaikan oleh Ibn `Asakir di dalam notakaki di muka surat 46.

[9] Ini telah disebutkan oleh pengarang buku-buku tradisi di dalam hasil kerja mereka, dan telah dirujuk secara ringkas oleh Imam Fakhrul-Din al-Razi ketika dia menghuraikan ayat Surah al-Baqara, pada muka surat 189, Vol. 2, dari Al-Tafsir al-Kabir.

[10] Ini telah disebutkan oleh al-Nisa'i di dalam Al-Khasa'is al-`Alawiyya, dan oleh al-Hakim pada permulaan muka surat 112, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, oleh Abu Shaybah dan Ibn Abu `Asim di dalam Al-Sunnah, dan oleh Abu Na`im di dalam Al-Ma`rifa. Ianya juga disampaikan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal dan Muntakhab al-Kanz. Rujuk kepada Al-Muntakhab dan baca apa Ahmed telah tuliskan di dalam notakaki di muka surat 40, Vol. 5, dari Musnad.

[11] Rujuk pada muka surat 126, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Ianya disebutkan oleh al-Thahbi di dalam Talkhis, dimana pengarangnya tidak mempertikaikan kesahihannya sama sekali

[12] Ini telah disebutkan oleh Ibn `Abdl al-Birr di dalam biografi ‘Ali di dalam Isti`ab, sebagai tambahan kepada banyak penyampai lain yang dipercayai.

[13] Ini telah disebutkan oleh Ibn Sa`d ketika membincangkan kempen ketenteraan Badr di dalam Tabaqat, muka surat 15, bahagian 1, Vol. 2.

[14] Seperti Dar Qutni menyebut di dalam maqsad ke lima dari Maqasid pada ayat yang menyuruh melakukan kebaikan kepada kerabat Rasul, dan di dalam ayat 14 dari yang dijumlahkan oleh Ibn Hajar di dalam bahagian 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa; maka rujuklah pada muka surat 107 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa.

[15] Hadith ini agak panjang, dan ia menggandongi 10 kemuliaan ‘Ali yang ekslusif, dan kami telah menyebutnya di dalam surat No. 26.

[16] Ianya terdapat pada muka surat 125, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Ia telah disebutkan oleh Abu Ya`li, seperti yang dinyatakan di dalam bahagian 3, Bab 9, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa; maka rujuklah kepada muka surat 76 dari buku itu. Ianya telah disebutkan dalam pengertian ini dengan perkataan yang hampir sama oleh Ahmed ibn Hanbal ketika menyebutkan hadith oleh `Umer dan anaknya `Abdullah, dan oleh ramai lagi tradisionis yang dipercayai melalui beberapa punca.

[17] Seperti yang dinyatakan pada permulaan muka surat 17, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Hadith ini telah dimasukkan dalam buku tradisi sunni, dan ianya telah disebutkan oleh penyampai sunni yang dipercayai.

[18] Seperti yang disebutkan mengenainya oleh Ahmed pada muka surat 369, Vol. 4, dari Musnad. Ianya juga disebutkan oleh al-Diya seperti yang dinyatakan di dalam Kanz al-`Ummal dan di dalam Muntakhab; maka rujuklah pada Al-Muntakhab untuk melihat kandungannya di dalam notakaki di muka surat 29 dari jilid 5 di dalam Musnad.

[19] Sebagaimana dia disebutkan oleh al-Muttaqi al-Hindi pada penghujung notakaki dimuka surat yang dirujuk diatas

[20] Seperti yang disebutkan oleh al-Tirmithi di dalam sahihnya dan disebutkan semula oleh al-Muttaqi al-Hindi seperti yang kami telah katakan ketika merujuk kepada bukunya Muntakhab. Ianya juga disebutkan oleh al-Bazzaz dari Sa`d, seperti yang dinyatakan di dalam hadith 13 dari hadith-hadith yang Hajar sebutkan di dalam seksen 2, Bab 9, dari bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa; maka rujuklah pada muka surat 73.

[21] Seperti yang disebutkan oleh `Ali ibn Muhammad al-Khatib, seorang faqih Shafi`i yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Maghazli, di dalam bukunya Al-Manaqib dari beberapa punca, dan disampaikan oleh penyelidik yang dipercayai al-Balkhi di dalam bab 17 dari buku Yanabi` al-Mawaddah.

[22] Ini telah disebutkan oleh Imam Abu Ishaq al-Tha`labi dari Abu Tharr al-Ghifari di dalam penterjemahannya pada ayat Surah al-Ma'ida: "Sesungguhnya, wali kamu adalah Allah, RasulNya, dan yang Beriman," di dalam Al-Tafsir al-Kabir, sama seperti yang disampaikan dari Imam Ahmed: Musnad oleh para penyelidik Balkhi.


SURAT 35

MEMINTA TEKS YANG SELEBIHNYA
Thul-Hijjah 27, 1329 H.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada bapa kamu! Betapa lancar dan meyakinkan hujah-hujah kamu! Tolonglah teruskan di dalam menyatakan teks yang selebihnya, teks yang jelas telah disampaikan secara turutan (mutawatir), Wassalamo Alaikom.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 36

1] HADITH OLEH IBN ABBAS
2] HADITH ‘UMRAN
3] HADITH BURAYDAH
4] HADITH PADA MENYEBUT 10 SIFAT EKSLUSIF [UNTUK ‘ALI]
5] HADITH ‘ALI
6] HADITH WAHAB
7] HADITH IBN ABU ‘ASIM
Thul-Hijjah 29, 1329 H.

1) Rujuk kepada apa Abu Dawud al-Tayalisi telah sampaikan, seperti mana yang tercatit di dalam Bab membincangkan 'Ali dari buku Isti`ab melalui penyampaian dari Ibn `Abbas yang disebutkan sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas] telah berkata kepada ‘Ali ibn Abu Talib: Kamulah sahaja selepas saya sebagai wali bagi setiap Mukmin.'"[1]

2) Hadith sahih yang lain telah disampaikan oleh `Umran ibn Hasin yang berkata: "Rasul Allah [sawas] telah mengerahkan satu pasukan tentera dibawah pemerintahan `Ali ibn Abu Talib yang telah memilih, bahagian khumnya, seorang hamba wanita untuk dirinya, dan manusia telah mengkritik beliau. Empat orang telah bersumpah hendak mengadu mengenainya kepada Rasul Allah [sawas]. Apabila mereka sampai kepada Nabi, seorang dari mereka bangun dan berkata: `Wahai Rasul Allah! Telahkah kamu lihat bagaimana ‘Ali telah melakukan begini dan begini?' Nabi [sawas] telah memalingkan muka darinya. Yang kedua berdiri dan mengatakan yang sama, dan Nabi [sawas] tidak mengindahkannya juga. Yang ketiga berdiri dan mengulangi apa yang diperkatakan oleh rakannya yang terdahulu, dan dia juga telah tidak dihiraukan. Orang yang keempat berdiri dan mengatakan yang sama seperti dikatakan oleh rakannya. Di kala itulah baru Rasul Allah [sawas] berpaling mengadap mereka dengan kemarahan terpancar dimata baginda dan berkata: ‘Apa yang kamu mahu dari ‘Ali? ‘Ali adalah dari saya dan saya dari beliau, dan selepas saya hanya beliau mawla terhadap semua yang beriman.'"[2]

3) Juga rujuk kepada hadith Buraydah yang disebutkan perkataan demi perkataan pada muka surat 356 dari jilid 5 di dalam Musnad Ahmed. Dia berkata: Rasul Allah menghantar dua pasukan tentera ke Yemen. Satu darinya dipimpin oleh `Ali ibn Abu Talib (as), dan yang lain oleh Khalid ibn al-Walid. Baginda mengarahkan kepada mereka bahawa: `Apabila pasukan kamu disatukan, maka ‘Ali menjadi ketua keseluruhannya.[3] Tetapi apabila kamu berpisah, maka setiap kamu adalah ketua bagi pasukan kamu.’ Maka kami berperang dengan Banu Zubayda, dan `Ali memilih dari tawanan, seorang hamba wanita untuk dirinya, maka Khalid dan saya mengutus surat kepada Rasul Allah [sawas] untuk memberitahu baginda insiden ini. Apabila saya sampai kepada Rasul Allah [sawas] dan surat itu dibacakan kepada baginda, saya melihat kemarahan dimata baginda; dari itu, saya merayu kepada baginda dengan berkata: `Inilah tempat bagi orang yang mencari perlindungan; kamu telah menghantar saya bersama seorang pemimpin dan mengarahkan saya untuk patuh kepadanya, dan hanya itu yang saya telah lakukan.' Rasul Allah [sawas] berkata: `Jangan sekali-kali berkomplot menentang ‘Ali, kerana beliau adalah dari saya, dan saya dari beliau dan beliau adalah wali kamu selepas saya.'"[4]

Al-Nisa'i telah menyebutkan kata-kata Rasul [sawas] secara tepat pada muka surat 17 dari bukunya Al-Khasa'is al-`Alawiyyah: "Wahai Buraydah! Janganlah cuba untuk membuat saya membenci ‘Ali, kerana ‘Ali dari saya, dan saya dari beliau, dan beliau adalah wali kamu selepas saya." Jarir, juga menyebut kenyataan Buraydah dengan tepat iaitu: "Muka Rasul menjadi merah kerana marah, dan baginda berkata: `Kepada sesiapa sahaja saya adalah mawla, `Ali adalah mawla dia;' dari itu, saya telah melupakan kemarahan saya terhadap ‘Ali dan saya mengatakan bahawa saya tidak akan berkata-kata yang tidak baik terhadap ‘Ali lagi."[5] Al-Tabrani, juga telah menyebutkan hadith ini secara mendalam. Diantara apa yang dia sampaikan adalah bahawa apabila Buraydah kembali dari Yemen dan memasuki masjid, dia dapati sekumpulan manusia berdiri berhampiran bilik Rasul [sawas]. Apabila terlihat dia, mereka datang memberikan ucapan kepadanya, dan bertanya apakah berita yang dibawakan untuk mereka. Dia berkata: "Berita baik. Allah telah memberikan kemenangan keatas Muslims." Mereka bertanya kepada dia: "Dari itu apa yang membawa kamu kemari?" Dia menjawab: "Satu insiden, seorang hamba wanita yang ‘Ali pilih sebagai bahagian dari khumnya, dan saya datang kemari untuk memberitahu kepada Rasul mengenainya." Mereka berkata: "Beritahu baginda mengenainya, ya beritahu baginda, supaya baginda akan berubah hati mengenai ‘Ali," sedang baginda Rasul [sawas] berdiri mendengarkan perbualan mereka dari dalam biliknya. Baginda, dengan itu telah keluar dan berkata dengan perasaan marah: "Apakah halnya dengan mereka yang mempunyai perasaan dengki terhadap ‘Ali? Sesiapa yang membenci ‘Ali telah membenci saya juga, dan sesiapa yang menolak ‘Ali menolak saya. ‘Ali adalah dari saya dan saya dari beliau; beliau telah dijadikan dari acuan saya, dan acuan saya adalah acuan Ibrahim, malah saya lebih utama dari Ibrahim,[6] dari satu keturunan kesatu keturunan yang lain, dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Buraydah! Tidakkah kamu mengetahui bahawa bahagian ‘Ali adalah lebih banyak lagi dari hanya seorang hamba wanita yang diambilnya, dan bahawa beliau adalah wali kamu selepas saya"[7] – Tidak terdapat sebarang keraguan mengenai kesahihan hadith ini, dan penyampainya banyak, dan semuanya dipercayai.

4) Sama seperti yang telah disampaikan, adalah apa yang dikatakan oleh al-Hakim dan disampaikan dari Ibn `Abbas yang mengatakan satu hadith khas yang mempunyai pengaruh dan amat bererti. Di dalamnya dia menyatakan 10 sifat khusus bagi ‘Ali, dan dia menyebutkan Rasul Allah [sawas] berkata kepada ‘Ali: "Kamu adalah wali bagi setiap yang beriman selepas saya."[8]

5) Begitu juga di dalam hadith yang lain, baginda [sawas] telah berkata, "Wahai `Ali! Saya telah berdoa kepada Allah untuk memberikan kepada saya 5 perkara mengenai kamu, dan Dia telah memberikan 4 dan menolak yang kelima." Baginda meneruskan berkata: "Dia telah memberikan kepada saya bahawa kamu adalah wali bagi yang beriman selepas saya."[9]

6) Hadith yang sama telah disampaikan oleh Ibn al-Sakan dari Wahab ibn Hamzah dan telah disebutkan di dalam biografi Wahab di dalam buku Isti`ab iaitu: "Saya berjalan satu ketika bersama ‘Ali dan saya dapati beliau begitu dingin terhadap saya; dari itu saya bercadang untuk mengadu mengenai beliau kepada Rasul apabila kami pulang. Maka saya menyatakan mengenai beliau kepada Rasul Allah [sawas] dan saya katakan yang buruk mengenainya, dimana baginda [sawas] berkata: `Jangan katakan yang begitu mengenai ‘Ali, kerana beliau adalah wali kamu selepas saya.'" Al-Tabrani, di dalam bukunya Al-Mujma` al-Kabir, menyebutkan kenyataan Wahab dengan sedikit perubahan pada perkataannya iaitu: "Jangan mengatakan itu mengenai ‘Ali, kerana beliau adalah pemimpin kamu yang paling layak selepas saya."[10]

7) Ibn Abu `Asim telah menyebut hadith `Ali dari Rasul melalui rantaian penyampai iaitu: "Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa diatas yang beriman dari diri mereka sendiri?" Manusia menjawab demgan positif. Rasul [sawas] kemudian berkata: "Kepada sesiapa saya adalah walinya, `Ali adalah walinya;"[11] dan buku sahih kami dalam perkara ini adalah mutawatir dari para Imam keturunan yang suci(as).

Sebanyak ini telah mencukupi untuk membuktikan maksud kami, walaupun ayat al-wilayat sahaja telah mencukupi untuk menyokong tuntutan kami, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Wassalamo Alaikom.


Yang ikhlas,

‘Sh’

[1] Ini telah disebutkan oleh Abu Dawud dan pengarang buku tradisi yang lain dari Abu `Awanah al-Waddah ibn `Abdullah al-Yashkuri melalui rantaian penyampai: Abu Balj Yahya ibn Salim al-Fizari, `Amr ibn Maymun al-`Awdi, berakhir dengan Ibn `Abbas. Mereka yang menyampaikan tradision ini adalah semuanya penyampai dengan sendirinya, dan kedua shaykh bergantung pada penyampaian mereka di dalam sahih masing-masing dengan pengecualian Yahya ibn Salim yang mana mereka tidak sebutkan, malah pengkritik dan penilai yang asal semuanya telah mengatakan beliau adalah dipercayai dan bahawa beliau terlalu kerap menyebutkan nama Allah. Al-Thahbi, ketika menyebut biografi beliau di dalam Al-Mizan, menyebut Ibn Ma`in, al-Nisa'i, Dar Qutni, Muhammad ibn Sa`id, Abu Hatim, dan ramai yang lain semuanya mengesahkan kepada fakta bahawa beliau adalah penyampai yang dipercayai.

[2] Ini telah disebutkan oleh ramai pengarang buku tradisi seperti Imam al-Nisa'i di dalam Al-Khasa'is al-`Alawiyya, Ahmed ibn Hanbal (semasa menyebut hadith `Umran pada permulaan muka surat 438, Vol. 4, dari Musnad), al-Hakim pada muka surat 111, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, al-Thahbi di dalam Talkhis al-Mustadrak, percaya kesahihannya sebab telah disahkan oleh Muslim. Ianya telah disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah dan Ibn Jarir, dan hadith yang keduanya sebutkan, telah disahkan oleh al-Muttaqi al-Hindi pada permulaan muka surat 400, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Ianya juga disebut oleh al-Tirmithi dari punca yang dipercayai seperti yang disebut oleh al-`Asqalani ketika membincangkan biografi `Ali di dalam buku Al-Isabah. Ulama Mu`tazilite telah menyebutkan pada muka surat 450, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah, ulasannya: "Ini telah disampaikan oleh Abu `Abdullah Ahmed [ibn Hanbal] di dalam buku Musnad pada lebih dari satu tempat." Dia juga menyampaikannya di dalam buku Fada'il `Ali [`kemuliaan Ali ], dan ianya juga telah disampaikan oleh kebanyakkan tradisionis.

[3] Rasul Allah [sawas] semasa hayat baginda, tidak pernah meminta sesiapa mengeluarkan arahan kepada ‘Ali; sebaliknya, baginda memberikan kepada beliau tanggong jawab pada mengarahkan manusia yang lain. Abu Bakr dan Umer adalah askar biasa di dalam pasukan Usamah, berkhidmat di bawah panji-panji yang diikatkan untuknya oleh Rasul Allah [sawas] yang mengarahnya untuk memerintah ekspedisi Mu'ta. Baginda sendiri senaraikan kedua mereka [Abu Bakr dan Umer], menurut ijmak penulis tarikh sejarah, dan baginda juga menjadikan mereka askar dibawah pemerintahan Ibn al-`As. Fakta ini telah dinyatakan oleh al-Hakim pada muka surat 43, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, dan telah dikatakan oleh al-Thahbi di dalam Talkhis al-Mustadrak, dan percaya pada kesahihan hadith ini. Mengenai `Ali sendiri, beliau tidak pernah menerima arahan, tidak juga menjadi orang bawahan sesiapa selain dari Rasul sendiri semenjak dari permulaan penyampaian baginda sehinggalah wafatnya.

[4] Ini telah disebutkan oleh Ahmed pada muka surat 356 dari `Abdullah ibn Buraydah yang menyebutkan dari bapanya. Pada muka surat 347, Vol. 5, dari Musnad, bergantung pada rantaian penyampai, termasuk Sa`id ibn Jubayr dan Ibn `Abbas, dia menyebut Buraydah sebagai berkata: "Saya mengambil bahagian di dalam kempen ‘Ali menentang Yemen, dan saya rasakan bahawa attitiut beliau terhadap saya adalah dingin. Apabila saya berjumpa dengan Rasul Allah dan menyebut mengenai 'Ali, saya memperkecilkan beliau. Setelah melakukan itu, saya melihat wajah Rasul Allah [sawas] bertukar warna, dan baginda berkata kepada saya: `Wahai Buraydah! Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa diatas diri mereka yang beriman dari diri mereka sendiri?' Saya menjawab: `Ya sebenarnya Rasul Allah.' Dia berkata: `Kepada sesiapa saya adalah mawlanya, `Ali adalah juga mawlanya.'" Ini telah disebutkan oleh al-Hakim pada muka surat 110, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, sebagai tambahan kepada banyak lagi tradisionis. Ianya sebagaimana yang kamu boleh lihat amat jelas pada pengertiannya kerana apabila ianya dimulakan dengan satu soalan "Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa pada diri mereka yang beriman dari diri mereka sendiri?" baginda menjadi saksi pada pengertian "mawla" di dalam hadith ini yang bermaksud "orang yang awla, i.e. paling berhak untuk memerintah" mereka, seperti yang diketahui. Yang sama kepada hadith ini adalah apa yang disebutkan oleh ramai tradisionis seperti Imam Ahmed pada penghujung muka surat 483, Vol. 3, dari Musnad, dari `Amr ibn Shas al-Aslami, seorang dari mereka yang hadir di Hudaybiya, yang menyebutkan hadith yang sama dengan tambahan: "Saya bersama `Ali ke Yemen, dan beliau begitu dingin terhadap saya semasa diperjalanan, sehinggakan saya menyembunyikan perasaan marah saya kepada beliau. Apabila saya telah pulang, saya mengadu mengenainya di masjid sehingga berita itu sampai kepengetahuan Rasul Allah [sawas]. Saya memasuki masjid satu petang, dan Rasul Allah [sawas] ada disana bersama ramai para sahabat. Sebaik sahaja baginda melihat saya, baginda terus merenong saya sehingga saya duduk. Baginda berkata kepada saya: `Wahai `Amr! Demi Allah kamu telah melukakan saya.' Saya berkata: `Saya berlindung dengan Allah dari melukakan kamu, Wahai Rasul Allah!' Baginda berkata: `Ya; sesiapa yang melukakan `Ali melukakan saya juga.'"

[5] Seperti yang dia disebutkan oleh al-Muttaqi al-Hindi pada muka surat 398, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Dia juga disebutkan di dalam Muntakhab al-Kanz.

[6] Apabila baginda memberitahu bahawa `Ali telah dijadikan dari acuan baginda [sawas], maka dengan itu telah menjadikan baginda lebih utama dari beliau, baginda bekata: "Dan saya telah dijadikan dari acuan Ibrahim," janganlah tersalah fikir bahawa Ibrahim lebih utama dari baginda, yang mana bertentangan dengan perkara sebenar.

[7] Ibn Jarir telah menyebut hadith ini dari al-Tabrani yang telah menulisnya pada muka surat 103 dari buku Al-Sawa`iq al-Muhriqa ketika membincangkan maqsad kedua dari ayat 14 yang dia bincangkan di dalam bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Tetapi apabila dia sampai kepada kenyataan "Tidakkah kamu mengetahui bahawa bahagian `Ali adalah lebih dari seorang hamba wanita sahaja?" penanya telah terhenti, dan dia tidak berdaya untuk menyudahkan hadith itu keseluruhannya! Ini tidaklah dihairankan, datang dari dirinya dan yang serupa dengannya, dan kepujian bagi Allah diatas kesihatan kita.

[8] Ini telah disebutkan oleh al-Hakim pada permulaan muka surat 134, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, al-Thahbi di dalam Talkhis al-Mustadrak, dan percaya akan kesahihannya, al-Nisa'i pada muka surat 6 dari Al-Khasa'is al-`Alawiyya, dan Imam Ahmed pada muka surat 331, Vol. 1, dari Musnad. Kami telah sebutkan pada permulaan surat 26.

[9] Hadith ini bernomber 6048 diantara yang disebutkan di dalam Kanz al-`Ummal, di muka surat 396, Vol. 6.

[10] Hadith ini bernomber 2579 diantara yang disebutkan di dalam Kanz al-`Ummal, di muka surat 155, Vol. 6.

[11] Ini telah disampaikan oleh al-Muttaqi al-Hindi dari Ibn Abu `Asim pada muka surat 397, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal.


SURAT 37

‘WALI’ ADALAH BAHASA BAGI MELAMBANGKAN, JADI DIMANAKAH TEKS NYA?
Thul-Hijjah 29, 1329 H.

Perkataan "wali" adalah lambang yang sama diantara penyokong dan rakan, yang dikasehi dan saudara ipar, pengikut, sekutu dan jiran tetangga. Sesiapa yang berkuasa pada mengurus perkara tersebut adalah "wali." Hadith yang kamu telah sebutkan mungkin bererti: `Ali adalah penyokong kamu, atau rakan, atau yang dikasehi, selepas Nabi, maka manakah teks yang kamu katakan?


Yang ikhlas,

S


SURAT 38

1] MENERANGKAN PENGERTIAN ‘WALI’
2] MEMBUKTIKAN PENGERTIAN YANG SEBALIKNYA
Thul-Hijjah 30, 1329 H.

1) Kamu telah menunjukkan, ketika menerangkan maksud perkataan "wali," bahawa sesiapa yang berkuasa kepada orang lain telah menjadi wali bagi orang tersebut. Inilah, yang sebenarnya, pengertian bagi ‘wali’ sejauh mana yang dimaksudkan oleh hadith-hadith ini. Begitulah juga yang dapat difahamkan oleh minda. Pengertiannya adalah sama dengan mengatakan "Wali kepada kanak-kanak adalah keduanya, bapa dan datuk sebelah bapa, dari itu dia telah diberikan kebawah penjagaan salah seorang dari mereka, dengannya dia dibawah penjagaan pentadbir yang sah." Ini menunjukkan bahawa orang-orang inilah yang berkuasa diatas penjagaannya dan mentadbir urusan dia bagi pihak dirinya.

2) Bukti-bukti yang menerangkan kepada maksud pengertian di dalam perkataan yang dilindungi bagi mereka yang berhati-hati. Kenyataan baginda [sawas], ‘Dan beliau adalah ‘wali’ kamu selepas saya’ dengan jelas menghadkan ‘wilayat’ kepada beliau dan beliau sahaja. Ini telah memberi mandat supaya menggunakan maksud yang kita telah berikan kepada perkataan ini, iaitu pengertian yang tidak sealiran dengan interpretasi yang selain darinya. Penyokong, dikasehi, persahabatan dan yang seumpamanya tidak terhad kepada satu orang, ‘dan yang beriman lelaki dan perempuan adalah ‘wali’ diantara satu sama lain.’ Apakah keutamaan yang ada, selain dari apa yang kami telah tunjukkan, bolehkan Rasul [sawas] telah menekankan di dalam hadith ini mengenai saudaranya dan juga ‘wali’, jika sekiranya kita katakan maksud perkataan ‘wali’ adalah sesuatu yang lain, berbeza dari apa yang kami tunjukkan diatas? Apakah perkara tersembunyi yang Rasul [sawas] berhasrat hendak mendedahkan melalui perantaraan hadith yang sedemikian ini jika maksud perkataan ‘wali’ adalah penyokong, dikasihi atau yang serupa dengannya? Rasul Allah [sawas] lebih tinggi dari menjelaskan sesuatu yang telah jelas atau menunjukkan kepada sesuatu yang semua mereka telah tahu. Kebijaksanaan baginda amatlah luas, baginda adalah yang ma’sum, pengkhabaran baginda adalah muktamad dan adalah ianya lebih dari apa yang difikirkan oleh sebahagian manusia. Bahkan hadith ini juga, jelas pada mengatakan bahawa ‘wilayat’ telah diberikan kepada ‘Ali selepas Rasul Allah [sawas]. Ini juga memerlukan kepada menggunakan maksud yang sama seperti yang kami telah utarakan. Ianya tidak dapat memberikan maksud kepada penyokong, yang dikasihi dsb, oleh kerana tidak diragukan bahawa `Ali telah diketahui disokong, dikasihi dan juga rakan oleh semua Muslim; disebabkan kerana beliau telah dibesarkan dipangkuan Rasul, terhadap sumbangan beliau di dalam membantu menyampaikan pengkhabaran sehinggalah baginda wafat. Dari itu menyokong, kaseh dan rakan terhadap Muslim tidaklah terhad kepada ‘Ali seorang sahaja selepas Rasul Allah [sawas] sebagaimana yang kita telah ketahui.

Mencukupi buat kamu pengakuan kepada pengertian ini, apa Imam Ahmed telah katakan pada muka surat 347 dari Vol. 5 dari Musnadnya melalui laluan penyampai yang betul yang menyebutkan dari Sa`id ibn Jubayr yang menyebutkan dari Ibn `Abbas yang mengatakan Buraydah sebagai berkata: "Saya mengambil bahagian di dalam serangan ‘Ali terhadap Yemen, dan saya dapati beliau begitu dingin terhadap saya; maka apabila saya berjumpa dengan Rasul Allah [sawas], saya menyebutkan mengenai ‘Ali dan memperkecilkan beliau; yang mana saya lihat wajah Rasul berubah warna, dan baginda tanya kepada saya: `Wahai Buraydah! Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa diatas mereka yang beriman dari diri mereka sendiri?' Saya menjawab: `Ya, sesungguhnya, Wahai Rasul Allah'. Baginda [sawas] kemudian berkata: `Kepada sesiapa yang saya adalah mawlanya, `Ali, juga adalah mawlanya." Hadith ini juga telah disebutkan oleh al-Hakim pada muka surat 110, Vol. 3, dari bukunya Mustadrak, di mana dia menganggapnya sebagai sahih bergantung diatas pengesahan Muslim. Al-Thahbi telah menyebutnya di dalam buku Talkhis, menganggapnya sebagai sahih diatas sebab yang sama iaitu Muslim juga telah menganggapnya sebagai sahih. Kamu sendiri tahu intipati pada soalan pengenalan "Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa keatas diri mereka yang beriman dari diri mereka sendiri?" telah membawa pengertian yang menyokong pada apa yang kami telah katakan. Sesiapa yang meneliti hadith-hadith ini, dan juga perkara yang bersangkutan dengannya, tentu tidak akan meragui pada apa yang kami telah katakan, dan sanjungan bagi Allah.


Yang ikhlas

Sh


SURAT 39

MEMINTA AYAT WILAYAT
Thul-Hijjah 30, 1329

Saya mengakui bahawa kamu amat yakin didalam kepercayaan kamu, ikhlas di dalam menyampaikannya, hebat dan tiada tandingan di dalam menghadapi penentangan, tidak terkalah dimedan perjuangan. Saya seorang yang mempercayai ahadith menurut pada cara yang kamu telah sampaikan. Jika tidaklah kerana wajib bagi saya untuk mempercayai para sahabat, saya tentunya telah menerima kenyataan kamu, tetapi di dalam mengikuti jejak langkah warisan kami terdahulu yang cemerlang adalah wajib untuk menerima kata-kata yang dimengertikan [difahamkan] oleh para sahabat, semoga Allah merasa senang dengan mereka.

Tetapi kamu tidak memberikan kepada kami ayat yang jelas, kepada apa yang kamu maksudkan dipenghujung surat No. 36, yang menyokong pandangan kamu mengenai penterjemahan hadith-hadith ini. Bacakanlah untuk kami supaya kami dapat memahami maksudnya dengan keizinan Allah awj, Wassalam.


Yang ikhlas,

S


SURAT 40

1] AYAT WILAYAT DAN DIWAHYUKAN PADA PENGHORMATAN ‘ALI
2] MENGAPA IANYA DIWAHYUKAN
3] MENGAPA MENGGUNAKANNYA SEBAGAI KENYATAAN
Muharram 2, 1320 H.

1) Ya, sebenarnya, saya suka untuk membacakan kepada kamu satu dari ayat Allah awj yang sempurna di dalam kitabNya yang membezakan yang benar dan yang batil. Ianya adalah ayat dari Surah al Ma'ida [1] ‘Hanya Allah wali kamu dan RasulNya dan mereka yang beriman, mereka yang mengerjakan solat dan memberi zakat ketika rukuk. Dan sesiapa mengambil Allah sebagai wali, RasulNya, dan yang beriman, mereka sesungguhnya adalah parti Allah, merekalah yang akan mendapat kemenangan.’ [5:55-56].

Tidak ada siapa yang meragui fakta ini bahawa ayat ini telah diwahyukan di dalam menghormati ‘Ali yang memberikan chin-chinnya di jalan Allah ketika beliau sedang mengerjakan solat.

2) Buku-buku sahih telah menyampaikan secara turutan, melalui penyampaian dari para Imam, diantara keturunan yang disucikan, telah mengatakan bahawa ianya telah diwahyukan di dalam penghormatan kepada ‘Ali apabila beliau, bersedekah, dengan memberikan chin-chinnya ketika rukuk di dalam solat. Rujuklah kepada apa yang telah diperkatakan dalam hal ini oleh yang lain seperti Ibn Salam yang menyebutkan hadith dari Rasul [sawas]. Rujuklah kepadanya seperti yang diterbitkan di dalam sahih Nisa’I, atau di dalam Al-Jami Bayna al-Sihah al-Sittah, di dalam bab berkaitan dengan penterjemahan pada Surah al Ma'ida. Begitu juga rujuk kepada hadith Ibn `Abbas yang telah menerangkan maksud ayat-ayat ini di dalam buku Imam al-Wahidi: Asbab al-Nuzul. Al-Khatib telah menulisnya di dalam Al-Muttafaq.[2] Juga rujuk kepada hadith `Ali di dalam musnads dari Ibn Mardawayh dan Abul-Shaykh. Jika kamu berhajat rujuklah di dalam Kanz al-`Ummal.

Ianya diwahyukan pada penghormatan `Ali adalah perkara yang telah diterima oleh ijmak para ulama penafsiran al-Quran. Penerimaan yang sedemikian telah disahkan oleh ramai ulama sunni seperti Imam al-Qawshaji di dalam bab pada Imami di dalam buku Sharh al Tajrid. Bab 18 dari Ghayat al-Maram termasuk satu hadith yang disampaikan melalui Sunnis mengatakan apa yang kami perkatakan. Jika tidaklah kerana saya hendak meringkaskannya, dan hanya sebagai tambahan kepada fakta bahawa isu ini amatlah jelas, sejelas matahari ditengah hari, saya pasti akan menyebutkan untuk kamu banyak lagi ulasan yang terdapat di dalam tarikh sejarah yang sahih, tetapi segala puji bagi Allah kerana perkara ini tidak mempunyai sebarang keraguan. Walaupun begitu, kami tidak akan membiarkan surat ini tanpa beberapa hadith yang telah disampaikan oleh majoriti Muslim.

Mencukupilah bagi kami apa Imam Abu Ishaq Ahmed ibn Ibrahim al-Nisaburi al-Tha`labi[3] telah katakan di dalam buku Al-Tafsir al-Kabir. Apabila penulisnya sampai kepada ayat ini, dia menyebutkan dari Abu Tharr al-Ghifari sebagai berkata: "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] dengan telinga ini – semoga saya menjadi pekak jika saya berdusta – dan melihat baginda dengan mata ini – semoga saya buta jika saya berbohong – berkata:: `Ali adalah ketua bagi mereka yang wara’, dan penghapus yang musyrik, sesiapa yang menyokong beliau disokong oleh Allah, dan sesiapa yang meninggalkan beliau telah ditinggalkan oleh Allah.' Sesungguhnya saya telah berdoa suatu ketika bersama di dalam kumpulan Rasul Allah [sawas] apabila seorang peminta sedekah masuk kedalam masjid dan tiada siapa memberikan kepada dia apa-apa. ‘Ali sedang mengerjakan rukuk di dalam solat apabila beliau mengisyaratkan kepadanya supaya mengambil cin-cin beliau. Sipeminta sedekah datang lalu mengambilnya dari jari ‘Ali, dimana kemudiannya Rasul Allah [sawas], memohon kepada Allah awj, dan berdoa kepadaNya bagi pihak ‘Ali dengan berkata: `Tuhan! Saudara saya Musa telah berdoa kepada Kamu dengan berkata: Tuhan! Lapangkanlah dada ku, permudahkanlah urusan ku bagi ku, dan lepaskanlah ikatan dilidah ku supaya manusia boleh memahami ku, dan berilah kepada ku seorang wazir dari kerabat ku, saudaraku Harun, untuk menyokong usaha ku dan sekutu di dalam apa yang aku laksanakan, supaya kami berdua dapat memuji Kamu dengan banyak dan menyebut nama Mu selalu; Sesungguhnya Engkau maha Melihat (Qur'an, 20:25-35);-Kemudiannya, Kamu mengilhamkan kepadanya: ‘Sesungguhnya doa kamu telah diperkenankan, Wahai Musa!’ (Qur'an, 20:36). Tuhan! Saya adalah hamba Mu dan juga Rasul; dari itu lapangkanlah dadaku, permudahkan urusan ku untuk ku, dan berilah kepada ku seorang wazir dari kerabat ku, `Ali, untuk menyokong usaha ku'. Demi Allah, Rasul Allah [sawas] belumpun selesai mengucapkan doanya, Jibril telah tiba membawa kepada beliau ayat ini: ‘Hanya Allah wali kamu dan RasulNya dan mereka yang beriman, mereka yang mengerjakan solat dan memberi zakat ketika rukuk. Dan sesiapa mengambil Allah sebagai wali, RasulNya, dan yang beriman, mereka sesungguhnya adalah parti Allah, merekalah yang akan mendapat kemenangan.’ [5:55-56]`

3) Kamu, semoga Allah menyokong yang benar melalui diri kamu, tahu akan maksud perkataan ‘wali’ di dalam konteks yang sedemikian, ‘seorang yang mempunyai keutamaan di dalam mengurus pada urusan sesaorang’ Kami katakan "Orang itu adalah wali bagi kanak-kanak itu." Pengarang kamus telah menjelaskan bahawa sesiapa yang berkuasa diatas urusan sesaorang, dia adalah wali baginya. Dari itu maksud ayat tersebut adalah umpama Allah berkata bahawa "Dia yang berkuasa di dalam urusan kamu dan bahkan mempunyai keutamaan keatas nyawa kamu di dalam berurusan dengan kamu adalah: Allah awj, RasulNya, dan `Ali," kerana di dalam diri `Ali sahaja terdapat semua kualiti ini dicantumkan: beriman, mengerjakan solat, dan memberi zakat walaupun ketika rukuk di dalam solat, dan untuk beliaulah yang ayat ini telah diwahyukan. Allah awj di dalam ayat itu telah mengkhususkan wilayat untuk Dirinya dan untuk keduanya Rasul dan wasi Nya dalam cara yang sama. Wilayat bagi Allah awj adalah umum dan termaktub. Begitu juga wilayat rasul dan juga wali nya; ia membawa maksud yang sama. Ianya tidak mungkin boleh digunakan di dalam kontek yang bererti ‘penyokong, dikasihi dsb" kerana untuk menghadkan [penggunaan] yang sedemikian adalah tidak berasas seperti apa yang jelas terlihat. Saya percaya bahawa ini adalah perkara yang agak jelas, dan pujian bagi Allah tuhan sekelian alam.


Yang ikhlas,

Sh

[1] Itulah sebabnya mengapa orang di Syria memanggil Shi’a "mutawali," disebabkan mereka mengambil Allah sebagai mawla, RasulNya, dan mereka yang benar-benar beriman, iaitu, mereka dimana penghormatan yang sama telah diberikan oleh ayat ini. Dalam bahasa "mutawali" adalah satu, dan "mutawla" adalah yang ramai. Mereka digelar demikian disebabkan mereka menerima wilayat bagi `Ali and Ahl al-Bayt (as).

[2] Ini hadith number 5991 yang disebutkan di dalam Kanz al-`Ummal pada muka surat 391, Vol. 6.

[3] Dia meninggal di dalam tahun 337. Ibn Khallikan menyebut beliau di dalam Wafiyyat al-A`yan sebagai berkata: "Beliau adalah penyampai yang unik dimasa beliau di dalam bidang sains penafsiran; dia menulis buku Al-Tafsir al-Kabir, yang mempunyai banyak kelebihan dari semua buku tafsir yang lain, dan terus mengatakan: ‘Beliau telah disebutkan oleh `Abdul-Ghafir ibn Isma`il al-Farisi di dalam bukunya Siyaq Nisabur, di mana pengarangnya telah memuji beliau sebagai ‘tepat pada menyampaikan dan dipercayai.'"

(Dokumen ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: