Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Namimah (Mengadu Domba)

Namimah (Mengadu Domba)

Written By Unknown on Senin, 01 Januari 2018 | Januari 01, 2018


Namimah (mengadu domba) atau Nammami (bahasa Arab: النمیمه) adalah salah satu daripada dosa besar yang ertinya adalah menyebutkan perkataan seseorang pada orang lain dengan maksud untuk merusak hubungan persahabatan keduanya. Namimah adalah termasuk di antara dosa lisan yang sangat dicela dalam AlQuran dan hadis.

Perbuatan ini kebanyakannya bersamaan dengan akhlak buruk lainnya seperti ghibah, fitnah dan hasud. Dijelaskan, terjadinya pembunuhan, keterhinaan dan terbongkarnya aib di antara kesannya di dunia dan dijauhkan dari syurga di antara kesannya di akhirat.


Defenisi

Namimah ertinya menyebutkan perkataan seseorang kepada orang lain dengan maksud untuk merusak hubungan persahabatan keduanya. Namun namimah tidak terbatas hanya dengan ucapan saja, malah mencakup penyampaian berupa tulisan dan isyarat. Mengungkapkan beberapa masalah yang orang tidak ingin orang lain ketahui juga disebut namimah. [1] Orang yang bermaksud menghancurkan persahabatan seseorang, dengan menyebutkan perkataan seseorang pada orang lain dengan cara menghasut, disebut nammam. Dalam banyak keadaan, namimah sering disertai dengan mengungkapkan rahsia, fitnah, kemunafikan, hasud, pembohongan dan ghibah. [2] Namimah dalam bahasa Melayu biasa disebut dengan adu domba, bergosip, ucapan kebencian dan menyebar fitnah.


Perbezaan dengan Si’ayah

Si’ayah adalah salah satu bentuk namimah. Menyebutkan kata-kata seseorang kepada orang lain yang ia takuti (seperti raja) disebut si’ayah. [3] Al-Naraqi menganggap si’ayah sebagai namima terburuk dan menganggap kesalahannya lebih besar daripada jenis namima lainnya. Ia percaya bahawa si’ayah berasal daripada keserakahan dan iri hati. [4]


Dalam Alquran dan Riwayat

Kata “namim” yang ertinya pelaku namimah disebutkan sekali dalam Al-Quran. Dalam Surah Al-Qalam disampaikan larangan untuk mengikuti namim (penghasut). [5] Disebutkan bahawa kata “humazah” dalam ayat pertama Surah Al-Humazah adalah juga namim. [6] Demikian pula sebahagian daripada mufassir ketika menafsirkan “hammalat al-khatab” tentang isteri Abu Lahab mengacu pada tindakan namimah. [7]

Sebahagian daripada ulama akhlak menyebut namim adalah diantara mereka yang dicela dalam surah Al-Baqarah ayat 27 [Note 1], dan Al-Syura ayat 42. [Note 2][8]

Namimah dalam hadis disebut sebagai salah satu bentuk keburukan moral dan termasuk dosa besar. Al-Kulaini dalam al-Kafi menukil tiga hadis dalam bab al-namimah. Dalam riwayat tersebut namim disebut sebagai orang yang paling buruk dan diharamkan syurga untuknya. [9] Sebahagian riwayat lainnya menyebut namimah adalah salah satu penyebab seseorang akan mendapat azab kubur. [10] Disebutkan pula pada sejumlah hadis, kecenderungan untuk melakukan namimah adalah salah satu bentuk kemunafikan. [11]


Dalam Fekah dan Akhlak

Dalam kitab-kitab akhlak, namimah dijelaskan sebagai salah satu kerosakan akhlak dan termasuk dosa lisan. [12] Demikian pula dalam kitab-kitab fekah, namimah dibahas dalam perbahasan hudud dan ta’zirat [13] dan makasib al-muharramah. [14]


Aturan dalam Fekah

Namimah adalah salah satu dosa besar dan diharamkan. [15] Dailami dalam kitab Irsyad al-Qulub menyebutkan namimah sebagai dosa yang lebih besar dari ghibah. [16] Allamah Hilli mengatakan bahawa seorang komandan perang tidak boleh mengikut sertakan seorang namim dalam perang dan jika seorang namim ikut dalam pasukan perang, ia tidak diperbolehkan mendapatkan bahagian daripada rampasan perang. [17]

Dalam pandangan fukaha Syiah, mendapatkan harta melalui namimah atau dengan cara mengadu domba haram hukumnya. [18] Demikian pula, seseorang yang mengaitkan namimah kepada orang lain akan mendapat hukuman. [19]


Pengecualian

Dalam beberapa keadaan, namimah diperbolehkan; seperti melakukan namimah di antara pasukan musuh untuk membuat perpecahan di antara mereka. [20]


Sumber dan Faktor Penyebab

Al-Naraqi menyebut sumber namimah adalah amarah dan nafsu. [21] Dalam sebahagian kitab-kitab akhlak, disebutkan alasan atau motif seseorang cenderung melakukan namimah adalah sebagai berikut:

Ingin merugikan seseorang yang kata-katanya diperkatakan

Gembira jika ada orang menyampaikan perkataan orang lain padanya

Sebagai hiburan dan kesenangan

Gemar pada cakap kosong [22]

Bermaksud memecah-belah

Kedengkian


Pengaruh dan Akibat

Dalam riwayat disebutkan akibat buruk namimah, di antaranya sebagai berikut:

1. Azab kubur:
Ibnu Abbas meriwayatkan 1/3 dari azab kubur berkaitan dengan namimah. [23]

2. Dijauhkan dari syurga:
Diriwayatkan daripada Imam Baqir as, namim adalah di antara orang yang diharamkan memasuki syurga. [24]

3. Tidak terkabulnya doa:
Disebutkan oleh Ka’ab al-Ahbar, suatu ketika Bani Israel dilanda kemarau. Nabi Musa as berkali-kali memohon kepada Allah swt agar diturunkan hujan, namun permintaan tersebut tidak dikabulkan Allah swt. Allah swt mewahyukan kepada Nabi Musa as, “Dikalangan kalian ada seorang yang gemar mengadu domba, selama orang tersebut masih ada, Aku tidak akan mengabulkan permintaanmu.” Nabi Musa as kemudian meminta agar Allah memberitahu siapa orangnya. Allah swt berfirman, “Aku melarangmu untuk namimah, bagaimana mungkin Aku sendiri akan melakukannya?” [25]

4. Kehinaan dan terbongkarnya aib: 
Disebutkan namimah akan selalu disertai dengan pembohongan, hasud dan nifak dan ini adalah pemanggang yang dengan api mengobarkan kehinaan dan aib. [26]

5. Melahirkan kebencian dan perpecahan: 
Diriwayatkan dari Imam Ali as, “Jauhilah namimah, kerana ia menabur benih permusuhan dan dapat menjauhkan antara Tuhan dengan manusia.” [27]


Terapi

Terapi penyembuhan namimah adalah dengan cara meninggalkan pemicunya, seperti hasad (dengki) dan dendam. Begitu juga dengan mengingati akibat buruk namimah di dunia dan akhirat yang telah dijelaskan dalam riwayat-riwayat yang ada, dapat dijadikan jalan penyelesaian untuk sembuh daripada kebiasaan melakukan namimah. Faidh Kasyani memberikan nasihat hal-hal yang harus dilakukan ketika berhadapan dengan pelaku namimah:

Tidak membenarkan atau tidak setuju dengan penyampaian pelaku namimah

Mencegah dan melarangnya daripada perbuatan namimah

Tidak mempunyai andaian buruk mengenai orang lain setelah mendengarkan penyampaian namim

Tidak menyelidik mengenai benar atau tidaknya penyampaian namim

Tidak menyampaikan atau menyebarkan ucapan namim

Menjadikan namim sebagai musuh [28]


Catatan Kaki:

1.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 277; Naraqi, Jami’ al-Sa’adat, jld. 2, hlm. 274

2.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 278

3.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 279

4.Naraqi, Jami’ al-Sa’adat, jld. 2, hlm. 279

5.Qs. Al-Qalam: 11

6.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 275

7.Syaikh Thusi, al-Tibyan fi Tafsir Al-Qur’an, jld. 10, hlm. 428

8.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 279

9.Kulaini, al-Kafi, jld. 2, hlm. 369

10.Ibnu Syu’bah Harani, Tahf al-‘Uqul, hlm. 14

11.Imam Shadiq (dinisbatkan), Mishbah al-Syari’ah, hlm. 145

12.Lih. Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 275-280

13.Allamah Hilli, Qawa’id al-Ahkam, jld. 3, hlm. 549

14.Najafi, Jawahir al-Kalam, jld. 22, hlm. 73

15.Najafi, Jawahir al-Kalam, jld. 13, hlm. 310

16.Dailami, jld. 1, Irsyad al-Qulub, hlm. 118

17.Allamah Hilli, Tadzkirah al-Fuqaha, jld. 9, hlm. 51

18.Najafi, Jawahir al-Kalam, jld. 22, hlm.73

19.Allamah Hilli, Qawa’id al-Ahkam, jld. 3, hlm. 549

20.Najafi, Jawahir al-Kalam, jld. 22, hlm. 73

21.Naraqi, Jami’ al-Sa’adat, jld. 2, hlm. 274-280

22.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 277; Naraqi, Jami’ al-Sa’adat, jld. 2, hlm. 274-275

23.Allamah Majlisi, Bihar al-Anwar, jld. 6, hlm. 245

24.Al-Kulaini, al-Kafi, jld. 2, hlm. 369

25.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 276

6.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 279

27.Tamimi Amadi, Ghurur al-Hukm, hlm. 167

28.Faidh Kasyani, al-Mahajjah al-Baidha, jld. 5, hlm. 277-278


Catatan Nota:

1. 
الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّـهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

2.

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْ‌ضِ بِغَيْرِ‌ الْحَقِّ ۚ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Islam-Muhammadi/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: