Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 7)

Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 7)

Written By Unknown on Rabu, 28 Februari 2018 | Februari 28, 2018


BAHAGIAN KETUJUH

Cara Rawatan Beberapa Penyakit, Peranan Hati, Jantung Dan Paru-Paru, Rawatan Penyakit Limpa, Rawatan Tali Perut, Rawatan Sakit Sendi, Rawatan Sakit Belakang Dan lain-Lain.


Cara Rawatan Beberapa Penyakit

217. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ismail bin Muslim daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mengadu kelemahan anggotanya atau sakit kepala atau kencing tidak lancar, maka hendaklah dia meletakkan tangannya di tempat yang sakit dan berkata: Diamilah kediamanmu dengan-Nyalah tenang segala yang ada pada malam dan siang. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (uskun sakinata-ka bi lladhi sakana-lahu ma fi al-Laili wa al-Nahaar wa-hua al-Sami‘u al-‘Aliim).


Peranan Hati, Jantung Dan Paru-Paru.

218. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ahmad bin Muhammad ibn Abi Nasr dan al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Abu Jamilah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kecekalan adalah di hati, kasihan belas dan kekasaran di jantung. Sementara perasaan malu di paru-paru. Di dalam hadis yang lain daripada Abu Jamilah: Akal kediamannya di hati.


Rawatan Penyakit Limpa.

219. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Ali bin al-Hasaan daripada Musa bin Bakr berkata: Seorang budak telah mengadu [kesakitannya] kepada Abu al-Hasan a.s, maka dia telah bertanya mengenainya. Ada orang berkata kepadanya: Ia ada kaitan dengan limpa, maka beliau a.s berkata: Berilah makan kepadanya bawang kucai (daun bawang) selama tiga hari, maka kami telah memberi makan kepadanya daun bawang, lalu darahnya berada di paras biasa, kemudian dia sembuh.


Rawatan Tali Perut.

220. Muhammad bin Yahya daripada beberapa orang, daripada Muhammad bin Isa daripada Muhammad ibn ‘Umru bin Ibrahim berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s dan aku telah mengadu kepadanya kelemahan tali perutku, maka beliau a.s berkata: Minumlah al-Hizaa’ dengan air sejuk, maka akupun meminumnya. Kemudian aku telah mendapati daripadanya apa yang aku suka.


Rawatan Sakit Sendi.

221. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Bakr bin Salih berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan yang pertama berkata: Daripada angin yang sejuk dan panas serta kesejukan di sendi-sendi, anda mengambil segenggam halia dan segenggam buah tin yang kering, kemudian anda masukkan air dan memasakkannya di dalam periuk yang bersih. Kemudian anda menapisnya. Setelah itu, biarkan ia sejuk. Kemudian anda meminumnya selang sehari sehingga anda menghabiskan kesemuanya.


Rawatan Sakit Belakang.

222. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali daripada Nuh bin Syu‘aib daripada golongan yang telah menyebutnya daripada Abu al-Hasan a.s berkata: Sesiapa yang merasa sakit di belakangnya, maka hendaklah dia memanfaatkan susu segar dan madu.


Membekam.

223. Al-Husain bin Muhammad daripada Mu‘alla bin Muhammad daripada Muhammad bin Jamur daripada Hamraan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Pada apakah orang ramai berselisih faham? Aku berkata: Mereka menyangka bahawa membekam (al-Hijaamah) pada hari Selasa adalah lebih baik. Beliau a.s berkata: Apakah alasan mereka? Aku berkata: Mereka menyangka ia adalah hari darah. Maka beliau a.s berkata: Mereka adalah benar. Tetapi adalah lebih baik jika mereka tidak mengeluarkan darah dengan banyak pada hari selasa. Tidakkah mereka mengetahui bahawa pada hari Selasa ada ketikanya jika seorang itu melakukannya, maka darahnya tidak mengalir dengan baik dan ia akan menyebabkan kematiannya atau apa yang dikehendaki Allah.


Membekam Pada Hari Selasa.

224. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Ya‘qub bin Yazid daripada seorang lelaki Kufah, daripada Abu ‘Urwah saudara Syu‘aib atau Syu‘aib al-‘Aqarqufi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu al-Hasan yang pertama a.s ketika beliau a.s sedang membekam pada hari Selasa di dalam tahanannya. Lalu aku berkata kepadanya: Hari ini, orang ramai berkata: Sesiapa yang membekam pada hari ini, maka dia akan ditimpa penyakit kanser. Maka beliau a.s berkata: Hanya orang yang takut mengenai perkara itu adalah orang yang dikandung oleh ibunya semasa haidhnya.


Membekam Pada Hari Jumaat.

225. Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail daripada Salih bin ‘Uqbah daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Janganlah kamu membekam pada hari Jumaat ketika tergelincir matahari. Sesiapa yang melakukannya sedemikian, maka dia akan ditimpa sesuatu. Justeru janganlah dia mencela dirinya.


Penawar Ada Empat.

226. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali daripada Abu Salmah, daripada Mu‘tab daripada Abu Abdullah a.s berkata: Penawar ada empat: Tembakau serbuk yang dimasukkan ke dalam hidung (al-Su‘uut), membekam (al-Hijaamah), batu kapur (al-Nuurah) dan suntikan di bawah kulit (huqnah atau hypodermic).


Rawatan Batuk.

227. Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada ibn Abi ‘Umair daripada ‘Umar bin Adhinah berkata: Seorang lelaki telah mengadu kepada Abu Abdullah a.s mengenai batuk ketika aku hadir bersamanya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Ambillah ketika anda beristirahat sedikit gula atau seumpamanya dan menghisapnya selama satu atau dua hari. Ibn Adhinah berkata: Aku telah berjumpa dengan lelaki itu selepas itu, maka dia berkata: Aku telah melakukannya sekali sahaja sehingga batukku hilang.


Kelembapan Tubuh.

228. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Sa‘id bin Jinah daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Musa bin Imran telah mengadu kepada Tuhannya mengenai kelembapan tubuh, lalu Allah telah memerintahkan supaya beliau a.s mengambil al-Halilaj (mycroban), al-Balilaj dan al-Amlaj. Kemudian mengisarkannya dengan madu lebah dan memakannya. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Kamu menamakannya al-Tarifal.


Rawatan Luka Dengan Api.

229. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Muhammad Khalid daripada Muhammad bin Yahya daripada saudaranya al- ‘Ala’ daripada Ismail bin al-Hasan al-Mutatabbib berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang lelaki Arab yang berpengalaman di dalam ilmu perubatan Arab, kami merawat luka dan menyelarnya dengan api? Beliau a.s berkata: Tidak mengapa. Aku berkata: Kami memberikan kepadanya racun al-Ismhiqun dan al-Ghariqun?

Beliau a.s berkata: Tidak mengapa, aku berkata: Kemungkinan dia mati? Maka beliau a.s berkata: Sekalipun dia mati, aku berkata, adakah kami memberi kepadanya al-Nabiz (arak)? Beliau a.s berkata: Tiada penawar pada perkara yang haram. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengadu (kesakitan), maka ‘Aisyah berkata kepadanya: Anda ada penyakit radang selaput paru-paru? Maka baginda s.a.w bersabda: Aku adalah lebih mulia di sisi Allah dari mengujiku dengan penyakit radang selaput paru-paru. Kemudian baginda s.a.w memerintahkan supaya diberi minum air dari kayu gaharu.


Meminum Ubat Dan Memotong Uratnya Yang Sakit.

230. Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s bahawa seorang lelaki meminum ubat dan memotong uratnya yang sakit. Kemungkinan dia memanfaatkannya atau membunuhnya? Beliau a.s berkata: Dia memotongnya dan meminumnya.


Rawatan Gusi Dan Mulut.

231. Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada Ali bin al-Hasan al-Fadhdhal, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Hamzah bin Tayyar berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s, lalu beliau a.s melihatku merintih, maka beliau a.s berkata: Apa dengan anda? Aku berkata: Gusiku, maka beliau a.s berkata: Kenapa anda tidak membekam? Maka akupun berbekam, maka gusiku menjadi tenang. Kemudian aku memberitahunya mengenainya, maka beliau a.s berkata kepadaku: Orang ramai tidak mengubati dengan sesuatu yang lebih baik daripada segumpal darah atau sesudu madu lebah (maz‘ah al-‘Asal). Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, apakah itu maz‘ah al-‘Asal ? Beliau a.s berkata: Sesudu madu lebah.


Penawar Sakit Gusi.

232. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Bakr bin Salih, daripada Sulaiman ibn Ja‘far al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Penawar penyakit gusi anda mengambil buah peria (hanzalah), anda membuang kulitnya, kemudian anda mengeluarkan minyaknya. Sekiranya gusinya berlubang, anda memasukkan beberapa titik minyak peria kedalamnya. Kemudian simpanlah beberapa titik di dalam kapas dan meletaknya di pangkal gusi. Pengidapnya hendaklah tidur telentang. Dia mengambil penawar ini selama tiga malam. Sekiranya gusinya tidak berlubang, tetapi berbau, maka dititik pada telinga yang berhadapan dengan gusinya selama tiga malam dan pada setiap malam dua titik atau tiga titik, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.

Aku telah mendengarnya berkata bagi penyakit mulut dan darah yang mengalir dari gigi serta kemerahan yang berlaku di gigi, hendaklah anda mengambil buah peria basah yang berwarna kuning. Kemudian anda mengambil tanah dan membuat lubang padanya, memasukkan pisau di dalamnya, kemudian anda membukanya dengan perlahan-lahan, lalu anda memasukkan cuka makan yang paling masam. Kemudian anda meletakkannya di atas api sehingga ia masak. Kemudian dia mengambilnya dan berkumur dengannya. Jika dia mahu meletakkan peria di dalam botol, maka dia boleh melakukannya. Dan pada setiap kali cuka itu rosak, maka kembalikannya kepada tempatnya. Dan setiap kali ia segar, maka ia adalah lebih baik baginya , insya’ Allah.


Pandangan Mengenai Ilmu Bintang-Bintang.

233. Beberapa sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Asbat daripada Abd al-Rahman bin Siyabah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, Sesungguhnya orang ramai berkata bahawa bintang-bintang adalah tidak halal melihat kepadanya sedangkan ia mengagumkan aku. Jika ia merosakkan agamaku, maka aku tidak perlu kepada sesuatu yang merosakkan agamaku. Jika ia tidak merosakkan agamaku, demi Allah, aku menyukainya dan aku suka melihatnya.

Abu Abdullah a.s berkata: Ia bukanlah seperti mereka katakan. Ia tidak akan merosakkan agamamu. Kemudian beliau a.s berkata: Kamu menunggu perkara di mana banyaknya tidak boleh dicapai dan sedikitnya tiada manfaat. Adakah kamu mengira mengenai tempat naiknya matahari? Kemudian beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara al-Musytari dan Zuhrah? Aku berkata: Tidak, demi Allah, beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara al-Musytari dan bulan? Aku berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara matahari dan tangkainya (virgonya)?

Aku berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak pernah mendengar daripada ahli bintang seperti ini. Beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara tangkainya dan Lauh Mahfuz? Aku berkata: Tidak, aku tidak pernah mendengarnya daripada ahli bintang seperti itu. Beliau a.s berkata: Di antara kedua-duanya adalah enam puluh atau tujuh puluh minit. Abd al-Rahman menjadi bingung. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Abd al-Rahman, inilah kiraan apabila seorang mengiranya dan mengetahui bilangan “ruasnya” di dalam kawasannya, bilangan di sebelah kanan, kiri, di belakang dan di hadapannya sehingga tidak tersembunyi daripadanya meskipun sebarang ruas di kawasannya.


Tiada Jangkitan, Tiada Padah (tairah), Tiada Kesusahan, Tiada Jahat Sangka.

234. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Al-Nadhar bin Qirwasy al-Jamal telah memberitahu kami berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai unta yang menghidapi penyakit kulit, adakah aku mengasingkannya daripada untaku, kerana khuatir ia menjangkitinya dan binatang yang lain.

Kemungkinan ia menjadi pucat sehingga ia meminum air? Abu Abdullah a.s berkata: Seorang Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mendapati kambing betina, lembu betina dan unta betina dengan harga yang murah, tetapi semuanya menghidapi penyakit kulit, maka aku benci membelinya kerana khuatir ia akan menjangkiti untaku dan kambingku? Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tiada jangkitan, tiada padah (tairah), tiada kesusahan, tiada jahat sangka, tiada penyakit kuning, tiada penyusuan selepas bercerai susu, tiada perasaan keakraban selepas hijrah, tiada diam sehari sehingga malam, tiada talak sebelum nikah, tiada kemerdekaan hamba sebelum milik dan tiada yatim selepas mencapai umur baligh.


Padah Terletak pada Anda.

235. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah daripada ‘Umru bin Harith berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Padah (tairah) adalah terletak pada anda. Jika anda memandang ringan terhadapnya, maka ia tidak memberi kesan kepada anda. Jika anda mengambil berat mengenainya, maka ia akan bertambah serius. Dan jika anda tidak menjadikannya sesuatu, maka tiada apa-apa baginya.


Penutupan Padah Adalah Tawakal.

236. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Nufali al-Sukuni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Penutupan padah adalah tawakal (kaffaaratu al-Tairati al-Tawakkal).


Kisah Mereka Yang Keluar Daripada Rumah Mereka Kerana Takut Mati.

237. Beberapa orang sahabat kami. Daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Yazid dan lain-lainnya, daripada sebahagian daripada mereka, daripada Abu Abdullah a.s dan sebahagian mereka daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 243 “Apakah kamu tidak memerhatikan golongan yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya), kerana takut mati; “Maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu, kemudian Allah menghidupkan mereka”. Beliau a.s berkata: Mereka adalah penghuni-penghuni salah satu bandar di Syam yang terdiri daripada tujuh puluh ribu rumah.

Penyakit taun berlaku kepada mereka pada setiap masa. Apabila merebak taun, maka golongan kaya mereka keluar dari bandar kerana kekuatan mereka. Sementara golongan miskin mereka tinggal di bandar kerana kelemahan mereka. Kematian berlaku kebanyakannya di kalangan golongan yang tinggal di bandar dan ianya kurang berlaku kepada golongan yang telah keluar bandar. Maka golongan yang telah keluar berkata: Jika kami tinggal di bandar, nescaya kematian banyak berlaku kepada kami. Sementara golongan tinggal di bandar berkata: Jika kami keluar, nescaya kematian sedikit sahaja berlaku kepada kami.

Semua mereka bersetuju bahawa jika taun berlaku pada mereka dan merebak, maka semua mereka keluar bandar dan menjauhi dari taun kerana khuatir mereka akan mati, lalu mereka bertaburan lari ke seluruh negara menurut apa yang dikehendaki Allah. Kemudian mereka melalui satu bandar rosak di mana penghuni-penghuninya telah meninggalkannya dan mereka telah dibinasakan oleh taun, maka mereka tinggal pula di bandar tersebut. Apabila perjalanan mereka berakhir dan merasai ketenangannya, maka Allah berfirman kepada mereka di dalam Surah al-Baqarah (2): 243 “Matilah kamu semua”.

Lalu semua mereka mati pada masa itu juga dan akhirnya mereka menjadi reput di jalan lalu lintas, kemudian mereka dikumpulkan pada satu tempat. Seorang nabi di kalangan Bani Israel telah melalui mereka bernama Hazqil. Apabila beliau a.s melihat kepada tulang-tulang mereka, lalu beliau a.s menangis dan berkata: Wahai Tuhanku, jika Engkau mahu, nescaya Engkau menghidupkan mereka sekarang juga sebagaimana Engkau telah mematikan mereka. Justeru mereka akan memakmurkan negara-Mu. Mereka akan melahirkan hamba-hamba-Mu. Mereka akan menyembah-Mu bersama golongan yang menyembah-Mu di kalangan makhluk-Mu.

Allah memberitahunya: Adakah kamu suka sedemikian? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Tuhanku, oleh itu hidupkanlah mereka. Kemudian Allah memberitahunya supaya berkata: Perkataan tertentu. Abu Abdullah a.s berkata: Perkataan itu adalah al-Ismu al-A‘zam. Apabila Hazqil menyebut perkataan itu, maka beliau a.s melihat kepada tulang-tulang sedang berterbangan kepada sebahagian yang lain, lalu mereka kembali hidup, melihat sesama mereka lalu bertasbih kepada Allah, bertakbir dan bertahlil kepada-Nya. Maka Hazqil a.s berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Umar bin Yazid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada mereka.


Adakah Ya‘qub A.S Mengetahui Bahawa Yusuf Masih Hidup?

238. Ibn Mahbub, daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Beritahukan kepadaku mengenai kata-kata Ya‘qub kepada anak-anaknya di dalam Surah Yusuf (12): 87 “Wahai anakku, pergilah kamu, maka carilah berita mengenai Yusuf dan saudara-saudaranya”. Adakah beliau a.s mengetahui bahawa Yusuf masih hidup sedangkan beliau a.s telah berpisah daripadanya selama dua puluh tahun. Abu Ja‘far a.s berkata: Ya, aku berkata: Bagaimana beliau a.s telah mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Nabi Ya‘qub a.s telah berdoa pada waktu sahur dan memohon kepada Allah supaya Dia menurunkan malaikat maut ke atasnya, lalu malaikat maut bernama Berial turun ke atasnya, maka Berial berkata kepadanya: Apakah hajat anda, wahai Ya‘qub? Beliau a.s berkata: Beritahu kepadaku mengenai roh-roh, adakah anda mencabutnya secara berkumpulan atau berasingan? Dia berkata: Malah, aku mencabutnya secara berasingan, roh demi roh. Maka beliau a.s berkata kepadanya: Beritahukan aku adakah roh Yusuf telah datang kepada anda? Dia berkata: Tidak, maka Ya‘qub mengetahui bahawa sesungguhnya Yusuf masih hidup. Maka ketika itu, beliau a.s berkata kepada anak-anaknya: “Pergilah kamu, maka carilah berita mengenai Yusuf dan saudara-saudaranya”.


Takwil Firman Allah Surah Al-Maa’idah (5):71 “Mereka menjadi buta dan pekak”.

239. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dariapada al-Husain bin Sa‘id daripada Muhammad bin al-Hasiin daripada Khalid bin Yazid al-Qummi daripada sebahagian daripada sahabatnya daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah (5):71 “Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi suatu bencanapun”, beliau a.s berkata: Ketika Nabi s.a.w berada di hadapan mereka, maka “Mereka menjadi buta dan pekak”. Ketika Rasulullah s.a.w mati “kemudian Allah menerima taubat mereka”. Ketika Amir al-Mukminin a.s berdiri, maka beliau a.s berkata: “mereka menjadi buta dan pekak” serta merta.


Makna Firman Allah Surah Al-Maa’idah (5): 78 “Telah dilaknat golongan kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam”

240. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada ibn Mahbub daripada ibn Ri’ab daripada Abu ‘Ubaidah al-Haza’ daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah (5): 78 “Telah dilaknat golongan kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam”, beliau a.s berkata: Babi di atas lisan Daud dan kera di atas lisan Isa bin Maryam a.s.


Bacaan Firman Allah Surah Al-An‘aam (6): 33 “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”

241. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib daripada Imran bin Mitham, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seorang lelaki telah membaca ke atas Amir al-Mukminin a.s Surah al-An‘aam (6): 33 “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”, maka beliau a.s berkata: Ya, demi Allah, mereka telah mendustakannya dengan sebenarnya, tetapi ianya diringankan bacaan “La yakdhibuna-ka”, mereka tidak datang dengan kebatilan yang mana mereka mendustakan hak anda dengannya.


Kisah Ibn Abi Sarah, Suratnya Dan Penghalalan Darahnya.

242. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya daripada ibn Maskan daripada Abu Basir daripada Abu Ja‘far atau Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 93 “dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau berkata: Telah diwahyukan kepadaku”, pada hal tidak diwahyukan sesuatupun kepadanya”, beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Ibn Abi Sarah yang mana Uthman telah melantiknya sebagai gabenor di Mesir.

Dan dia adalah di kalangan orang dihalalkan darahnya oleh Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan Makkah. Dia pernah menulis untuk Rasulullah s.a.w apabila Allah menurunkan ayat “ Inna llaha ‘azizun hakiimun” Surah al-Nisaa’ (4): 56, dia menulis “Inna llaha ‘aliimun hakiim”, Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tinggallah, kerana Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana. Ibn Abi Sarah telah berkata kepada golongan munafik bahawa aku akan berkata daripada diriku sendiri seperti apa yang dikatakan (wahyu) oleh Muhammad (s.a.w), lantaran itu, beliau (s.a.w) tidak akan dapat menguasaiku. Lantas Allah menurunkan ayat ini mengenainya.


Takwil Firman Allah Surah Al-Baqarah (2) 193 “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah”

243. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ibn Abi ‘Umair daripada Umar bin Adhinah daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2) 193 “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah”, maka beliau a.s berkata: Ayat ini belum ada takwil lagi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mempermudahkan (rakhkhasa) untuk mereka kerana keperluannya dan keperluan para sahabatnya. Sekiranya takwilnya ada, baginda s.a.w tidak akan menerima daripada mereka, tetapi mereka berperang sehingga keesaan Allah dipercayai dan sehingga syirik tiada lagi.


Al-‘Abbas Dan ‘Aqil Pada Hari Badr.

244. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ibn Abi ‘Umair, daripada Mu‘awiyah ibn ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anfaal (8): 70 “Wahai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampunimu”, beliau a.s berkata ayat ini diturunkan mengenai ‘Abbas, ‘Aqil dan Naufal, beliau a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang seorang daripada Bani Hasyim dibunuh.

Justeru mereka ditawan, maka beliau a.s mengutus Ali a.s, maka baginda s.a.w bersabda: Lihat siapakah di sini daripada Bani Hasyim. Kemudian Ali a.s melalui ‘Aqil bin Abu Talib, maka beliau a.s mengelakkan diri daripadanya. Maka ‘Aqil berkata kepadanya: Wahai anak lelaki ibu Ali, demi Allah, sesungguhnya anda telah melihat tempatku. Lantas Ali a.s kembali kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Abu al-Fadhl (‘Aqil) adalah di tangan polan, ini ‘Aqil di tangan polan, ini Naufal bin al-Harith di tangan polan, maka Rasulullah s.a.w berdiri sehingga berakhir kepada ‘Aqil, maka baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Abu Yazid, Abu Jahal dibunuh, maka dia berkata: Jika begitu, kamu tidak akan bertengkar di Tihamah.

Maka baginda s.a.w bersabda: Sekiranya kamu dapat menundukkan mereka, jika tidak, maka hendaklah kamu tolong menolong di kalangan kamu. Lalu baginda s.a.w di bawa kepada al-‘Abbas, maka baginda s.a.w bersabda: Tebuslah diri anda dan tebuslah anak saudara anda. Lantas al-‘Abbas berkata: Wahai Muhammad, anda meninggalkan aku meminta Quraisy melakukannya? Maka baginda s.a.w bersabda: Berilah apa yang anda telah tinggalkan di sisi Umm al-Fadhl dan anda telah berkata kepadanya: Jika sesuatu menimpaku, maka belanjalah hartaku untuk anak-anak anda dan diri anda. Maka al-‘Abbas berkata kepadanya: Siapakah yang telah memberitahu anda perkara ini?

Maka baginda s.a.w bersabda: Jibrail a.s telah mendatangiku dengannya dari sisi Allah. Maka al-‘Abbas berkata: Tidak diketahui perkara ini melainkan aku dan aku naik saksi bahawa anda adalah Rasulullah. Lalu semua orang tawanan musyrikin kembali melainkan al- ‘Abbas, ‘Aqil dan Nuafal. Lantaran itu, ayat 70 di dalam Surah al-Anfaal (8) diturunkan kepada mereka “Wahai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampunimu”.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 19 “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam…?”

245. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Safwan bin Yahya daripada Ibn Maskan daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far atau Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Taubah (9): 19 “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan golongan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat? Beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan pada Hamzah, Ali, Ja‘far, al-‘Abbas dan Syaibah. Sesungguhnya mereka telah bermegah dengan memberi minuman dan pengurusan masjid, lalu Allah menurunkan ayat “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan golongan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat? Ali, Hamzah dan Ja‘far selawat Allah ke atas mereka yang telah beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan berjuang pada jalan Allah, maka mereka tidaklah sama di sisi Allah [dengan golongan lain].


Mengenai Firman Allah Surah Al-Zumar (39): 8 “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya”

246. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim daripada ‘Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 8 “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepadanya”, beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Abu al-Fusail (Abu Bakr) bahawa Rasulullah s.a.w di sisinya adalah seorang tukang sihir. Apabila dia ditimpa kemudaratan, iaitu kesakitan, dia memohon kepada Tuhannya.

Iaitu bertaubat kepada-Nya daripada kata-katanya pada Rasulullah s.a.w apa yang dia katakan kepadanya “Kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya (iaitu kesihatan), maka lupalah dia kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) sebelum itu”. Iaitu dia lupa bertaubat kepada Allah mengenai apa yang dia katakan kepada Rasulullah bahawa baginda s.a.w adalah seorang tukang sihir [60](yaqulu fi Rasulillah inna-hu saahirun).

Justeru Allah berfirman “Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka” Surah al-Zumar (39): 8. Iaitu pemerintahan anda ke atas orang ramai (imratu-ka ‘ala al-Naasi) adalah tanpa hak daripada Allah a.w dan daripada Rasul-Nya (s.a.w). Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Kemudian Dia telah menyambungkan firman-Nya kepada Ali a.s menceritakan halnya dan kelebihannya di sisi Allah, maka Dia berfirman di dalam Surah yang sama, ayat 9 “(Apakah kamu, wahai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama golongan yang mengetahui (bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah) dengan golongan yang tidak mengetahui? (bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya beliau s.a.w adalah seorang tukang sihir dan pembohong). Sesungguhynya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Inilah takwilnya, wahai Ammar.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Talaaq (65):2 “Dhawaa ‘adlin min-kum”

247. Ali bin Ibrahim, daripada ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman berkata: Aku telah membaca di sisi Abu Abdullah a.s “Dhawaa ‘adlin min-kum” (dua orang saksi yang adil daripada kamu) Surah al-Talaaq (65):2, maka beliau a.s berkata: “ dhu ‘adlin min-kum” (seorang saksi yang adil daripada kamu). Ini adalah di antara kesilapan penulis-penulis.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Maa’idah (5):101 “La tas’aluu ‘an asyyaa’ (lam tubda la-kum) in tubda la-kum tasu’-kum)

248. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada seorang lelaki daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah (5):101 “La tas’aluu ‘an asyyaa’ (lam tubda la-kum) in tubda la-kum tasu’-kum) ertinya: Janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) (hal-hal yang tidak diterangkan kepada kamu). Jika ia diterangkan kepada kamu, nescaya akan menyusahkan kamu”


Mengenai Firman Allah Surah Al-An‘aam (6):115 “Wa tammat kalimatu rabbi-ka”

249. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Baraqi, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan daripada Muhammad bin Marwan berkata: Abu Abdullah a.s telah membaca Surah al-An‘aam (6): 115 “Wa tammat kalimatu rabbi-ka (al-Husna) sidqan wa ‘adlan”. Ertinya: “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat (yang elok) yang benar dan adil”, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami membacanya “wa tammat kalimatu rabbi-ka sidqan wa ‘adalan”, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya padanya perkataan “al-Husna”[61].


Takwil Firman Allah Surah Al-Israa’ (17): 4 “Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab ini: Sesungguhnya bahawa kamu akan membuat kerosakan di bumi ini dua kali”

250. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan Ibn Syamun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Asamm, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Israa’ (17): 4 “Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab ini: Sesungguhnya bahawa kamu akan membuat kerosakan di bumi ini dua kali”, beliau a.s berkata: Pembunuhan Ali bin Abu Talib a.s dan tikaman kepada al-Hasan a.s.

“Dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”, beliau a.s berkata: Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s. “Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan pertama dari kedua (kejahatan) itu (apabila datang pertolongan ke atas darah al-Husain, “Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermahrajalela di kampung-kampung” (kaum yang akan dibangkitkan oleh Allah sebelum keluarnya al-Qaim a.s. Justeru mereka tidak akan meninggalkan seorang musuh keluarga Muhammad melainkan membunuhnya “dan itulah ketetapan yang yang pasti terlaksana”. Iaitu keluarnya al-Qaim a.s. “Kemudian kami berikan kepada kamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali”, iaitu keluarnya al-Husain a.s dan tujuh puluh orang sahabatnya.

Mereka memakai topi besi berwarna emas dan setiap topi besi mempunyai dua muka. Mereka mendatangi orang ramai, memberitahu mereka bahawa al-Husain telah keluar sehingga golongan mukmin tidak mengesyakinya; beliau a.s bukanlah Dajjal dan bukanlah syaitan. Sementara al-Hujjah[62] berada di hadapan mereka. Apabila makrifat tetap pada hati mukminin bahawa beliau adalah al-Husain, maka maut akan mendatangi al-Hujjah, maka orang yang akan memandinya, mengapannya dan meletakkannya di lubang kuburnya adalah al-Husain bin Ali a.s. Wasi selepas wasi.


Pengusiran Abu Dhar Ke Rabdhah Oleh Uthman.

251. Sahl, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Hafs al-Tamimi berkata: Abu Bakr al-Khasy‘ami telah memberitahuku, berkata: Manakala Uthman mengusir Abu Dhar ke al-Rabzah, Amir al-Mukminin, ‘Aqil, al-Hasan, al-Husain a.s dan ‘Ammar bin Yasir r.a telah mengucap perpisahan kepadanya. Ketika perpisahan, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Dhar, sesungguhnya anda telah dimarahi kerana Allah, maka berharaplah kepada-Nya. Sesungguhnya mereka telah takut kepada anda kerana dunia mereka sedangkan anda takut kepada mereka kerana agama anda. Lantaran itu, mereka telah memindahkan anda daripada kebinasaan dan menguji anda dengan bala. Demi Allah, jika langit-langit dan bumi tidak menghasilkan sesuatu ke atas seorang hamba, kemudian dia bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan jalan keluar untuknya. Tidak akan menemani anda melainkan kebenaran dan tidak akan menakutkan anda oleh kebatilan.

Kemudian ‘Aqil berkata: Anda mengetahui bahawa kami mencintai anda dan kami mengetahui bahawa sesungguhnya anda mencintai kami. Sesungguhnya anda telah mempertahankan kami daripada apa yang telah dihilangkan oleh orang ramai melainkan sedikit di kalangan mereka, maka pahala anda adalah di atas Allah. Justeru anda diusir, maka pahala anda adalah di atas Allah, bertakwalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa doa anda untuk menjauhkan bala adalah suatu kesedihan dan lambatnya afiat adalah daripada putus asa. Justeru tinggallah putus asa dan kesedihan. Cukuplah Allah sebaik-baik wakil. Kemudian al-Hasan a.s berkata: Wahai pak cik, sesungguhnya kaum [63]telah melakukan kepada anda apa yang anda lihat. Sesungguhnya Allah adalah pada kedudukan yang tinggi. Justeru tinggallah daripada anda ingatan kepada dunia dengan mengingati perpisahannya, kepenatan yang berlaku kepada anda adalah untuk kesenangan selepasnya dan bersabarlah sehingga anda berjumpa dengan Nabi anda dan baginda s.a.w meredai anda.

Kemudian al-Husain a.s berkata: Wahai pakcik, sesungguhnya Allah berkuasa mengubah apa yang anda sedang lihat sekarang, meskipun Dia setiap hari di dalam kesibukan. Sesungguhnya kaum telah menghalang anda akan dunia mereka dan anda telah menghalang mereka akan agama anda. Apa yang mereka telah menghalang anda tidak memberi erti apa-apa kepada anda. Sementara mereka pula tidak memerlukan apa yang anda menghalang mereka. Justeru hendaklah anda bersabar, kerana kebaikan adalah pada kesabaran dan kesabaran adalah daripada kehormatan. Tinggallah kesedihan, kerana kesedihan tidak boleh memberi apa-apa kepada anda.

Kemudian Ammar pula bercakap, maka beliau berkata: Wahai Abu Dhar, Allah akan menakutkan sesiapa yang menakutkan anda. Sesungguhnya, demi Allah, apakah yang telah menghalang manusia dari berkata benar selain kecenderungan mereka kepada dunia dan mencintainya. Sesungguhnya ketaatan adalah bersama jemaah[64] dan kekuasaan adalah bagi orang yang menang. Sesungguhnya kaum telah menyeru orang ramai kepada dunia mereka, maka mereka menyahuti seruan mereka kepadanya dan memberi agama mereka kepada mereka. Justeru mereka telah rugi di dunia dan akhirat. Itu adalah kerugian yang besar.

Kemudian Abu Dhar berkata: ‘Alaikum al-Salam wa rahmatu llahi wa barakatuh, dengan nama bapaku dan ibuku, muka-muka ini apabila aku melihat kamu, aku mengingati Rasulullah (s.a.w) dengan kamu. Aku tidak bersedih dengan Madinah sebagai tempat tinggal selain daripada kamu[65]. Sesungguhnya telah menjadi keberatan kepada Uthman mengenai kehadiranku di Madinah sebagaimana ia menjadi keberatan kepada Mu‘awiyah mengenai kehadiranku di Syam. Aku mahu Uthman mengusirku di Kufah, tetapi beliau khuatir bahawa aku akan merosakkan saudaranya dengan menggunakan orang ramai di Kufah, lalu beliau mengusirku ke negeri yang aku lihat tiada teman dan aku tidak mendengar suara. Sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak mahu melainkan Allah sebagai sahabat (saahiban) dan tidak ada bagiku bersama Allah sebarang ketakutan. Allah adalah cukup bagiku, tiada tuhan melainkan Dia, di atas-Nya aku bertawakal dan Dialah Tuhan ‘Arasy Yang Besar. Selawat kepada Muhammad dan keluarganya yang baik.


Laungan Kebenaran Dan Laungan Kebatilan.

252. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal dan al-Hijal semuanya daripada Tha‘labah, daripada Abd al-Rahman bin Muslimah al-Jariri berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Mereka mengeji kami dan membohongi kami (yuwabbikhuunaa wa yukadhdhbuu-naa), kami berkata: Berlaku dua laungan yang kuat (pertengkaran).

Mereka berkata: Bagaimana kebenaran dikenali daripada kebatilan? Abu Abdullah a.s berkata: Apakah jawapan kamu kepada mereka? Aku berkata: Aku tidak memberi apa-apa jawapan kepada mereka. Beliau a.s berkata: Kamu katakan kepada mereka: Kebenaran hanya akan diakui oleh orang yang beriman dengannya sebelumnya bahawa Allah berfirman di dalam Surah Yunus (10): 35 “Katakanlah: “Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran”. Maka apakah golongan yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?”


Dua Orang Yang Menyeru, Seorang Di Awal Pagi Dan Yang Kedua Di Akhir Siang.

253. Daripadanya, daripada Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal dan al-Hijal, daripada Daud bin Farqad berkata: Seorang lelaki daripada al-‘Ajaliyah telah mendengar hadis ini, berkata: Seorang penyeru menyeru sesungguhnya polan anak lelaki polan dan Syi‘ahnya mendapat kemenangan pada awal siang dan pada akhir siang seorang penyeru menyeru bahawa Uthman dan Syi‘ahnya mendapat kemenangan. Maka beliau berkata: Penyeru pada awal siang adalah penyeru pada akhir siang, lantas lelaki itu berkata: Apakah yang membuat kita mengetahui mana satu yang benar daripada kedua-duanya? Maka beliau berkata: Kebenaran hanya akan diakui oleh orang yang membenarkannya sebelum dia menyeru. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Yunus (10): 35 “Katakanlah: “Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran”. Maka apakah golongan yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?”


Akibat Perselisihan.

254. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kamu tidak melihat apa yang kamu sukai sehingga Bani polan berselisih faham di kalangan mereka. Maka apabila mereka berselisih faham, orang ramai akan tamak dan kalimat penyatuan akan berpecah, lalu al-Sufyani akan keluar.


Hadis Mengenai Jeritan.

255. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Najran dan lain-lain, daripada Ismail bin al-Sabah berkata: Aku telah mendengar mengenai Saif bin ‘Umairah berkata: Aku telah berada di sisi Ibn al-Dawaaniq, maka aku telah mendengarnya berkata: Wahai Saif, pasti bahawa seorang penyeru akan menyeru dengan nama seorang lelaki daripada anak lelaki Abu Talib, maka aku berkata: Adakah orang yang meriwayatkannya?

Maka beliau berkata: Demi yang diriku di tangan-Nya, bahawa telingaku telah mendengarnya daripadanya berkata: Pasti ada seorang penyeru yang menyeru dengan nama lelaki: Wahai Amir al-Mukminin (al-Mansur al-Dawaaniq), aku tidak pernah mendengar hadis seperti ini sebelumnya. Maka beliau berkata kepadaku: Wahai Saif, jika ia sedemikian, maka kamilah yang aula menjawabnya atau ia adalah salah seorang daripada anak-anak bapa saudara kami. Maka aku berkata: Anak-anak bapa saudara anda yang mana satu? Beliau berkata: Seorang lelaki daripada anak-anak Fatimah a.s. Kemudian beliau berkata: Wahai Saif, jika aku tidak mendengar Abu Ja‘far Muhammad bin Ali berkata sedemikian, kemudian seluruh penduduk bumi memberitahuku mengenainya, nescaya aku tidak menerimanya daripada mereka, tetapi dia adalah Muhammad bin Ali a.s.


Kisah Abu Al-Dawaaniq Dan Raja Bani Al-‘Abbas.

256. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berada bersama Abu Ja‘far a.s di masjid, tiba-tiba Daud bin Ali, Sulaiman bin Khalid dan Abu Ja‘far Abdullah bin Muhammad Abu al-Dawaaniq datang, lalu mereka duduk di satu sudut masjid. Maka seorang lelaki berkata kepada mereka: Ini adalah Muhammad bin Ali sedang duduk. Maka Daud bin Ali dan Sulaiman bin Khalid terus berdiri kepadanya, tetapi Abu al-Dawaaniq duduk di tempatnya sehingga mereka memberi salam kepada Abu Ja‘far a.s. Maka Abu Ja‘far a.s berkata kepada mereka: Apakah yang menghalang orang yang kuat kamu datang kepadaku, lalu mereka memaafkannya berada di sisinya. Maka Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s berkata: Demi Allah, malam dan siang akan berlalu sehingga timur dan barat dimilikinya.

Kemudian mereka akan menghormatinya dan dia akan menguasai sepenuhnya, Daud bin Ali berkata kepadanya: Pemerintahan kami sebelum pemerintahan kamu? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Daud, sesungguhnya pemerintahan kamu sebelum pemerintahan kami, kekuasaan kamu sebelum kekuasaan kami, Daud berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, adakah baginya masa tertentu? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Daud, demi Allah, Bani Umayyah tidak memiliki satu haripun melainkan kamu memiliki seumpamanya dan tidak setahun melainkan kamu memiliki seumpamanya. Lantaran itu, hendaklah kanak-kanak di kalangan kamu merebutkannya sebagaimana kanak-kanak merebutkan bola sepak.

Maka Daud bin Ali berdiri di sisi Abu Ja‘far a.s dengan gembira, lalu beliau mahu memberitahu Abu al-Dawaaniq mengenainya. Apabila kami semua bangun, maka Abu Ja‘far a.s menyeru Sulaiman bin Khalid dari belakangnya: Wahai Sulaiman bin Khalid, mereka (kaum) masih boleh mempertahankan pemerintahan mereka selama mereka tidak melakukan kepada kami darah yang haram- Beliau a.s memberi isyarat dengan tangannya pada dadanya- Apabila mereka melakukannya sedemikian itu, maka perut bumi adalah lebih baik daripada permukaannya.

Pada masa itu tiada di bumi penolong bagi mereka dan tiada di langit pembantu. Kemudian Sulaiman bin Khalid pergi, lalu beliau memberitahu Abu al-Dawaaniq. Kemudian Abu al Dawaaniq datang kepada Abu Ja‘far a.s, memberi salam kepadanya, kemudian memberitahunya apa yang telah diberitahukan oleh Daud bin Ali dan Sulaiman bin Khalid kepadanya. Maka beliau berkata: Ya, wahai Abu Ja‘far, pemerintahan kamu adalah sebelum pemerintahan kami dan kekuasaan kamu adalah sebelum kekuasaan kami, kekuasaan kamu adalah sukar, tiada kemudahan padanya. Baginya masa yang panjang.

Demi Allah, Bani Umayyah tidak memiliki satu hari melainkan kamu memiliki seumpamanya, dan kanak-kanak kamu akan merebutkannya apatah lagi lelaki kamu sebagaimana kanak-kanak merebutkan bola sepak, adakah anda memahaminya? Kemudian beliau a.s berkata: Kamu sentiasa di dalam pemerintahan selama kamu tidak mengenakan kami darah yang haram. Apabila kamu mengenakan kami darah tersebut, Allah memarahi kamu. Lalu pemerintahan dan kekuasaan kamu akan lenyap. Allah akan menguasai ke atas kamu seorang hamba di kalangan hamba-hamba-Nya yang bermata satu-bukan bermata satu daripada keluarga Abu Sufyan- kesudahan kamu di tangannya dan tangan-tangan para sahabatnya. Kemudian percakapan terputus.


Tinggalkan Perselisihan Faham.

257. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Mufadhdhal bin Mazid, daripada Abu Abdullah as berkata: Aku telah berkata kepadanya pada hari-hari Abdullah bin Ali: Mereka telah berselisih faham di kalangan mereka, maka beliau a.s berkata: Tinggalkan itu daripada anda. Sesungguhnya kejahatan urusan mereka datang apabila terserlah kebaikan mereka.


Gerhana Matahari Dan Gerhana Bulan.

258. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Badr bin Khalil al-Azadi berkata: Aku telah duduk di sisi Abu Ja‘far a.s, maka beliau a.s berkata: Dua gerhana (aayataani) sebelum kedatangan al-Qaim a.s di mana ia tidak pernah berlaku semenjak Adam turun ke bumi: Matahari gerhana pada pertengahan Ramadhan dan bulan gerhana pada akhir Ramadhan. Maka seorang lelaki berkata: Wahai Anak lelaki Rasulullah, matahari gerhana pada akhir bulan Ramadhan dan bulan pada pertengahannya? Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya aku mengetahui apa yang anda katakan, tetapi gerhana matahari dan bulan adalah dua gerhana yang tidak pernah berlaku semenjak Adam a.s turun ke bumi[66].


Kelebihan Syi‘ah.

259. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu ‘Umair, daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam berkata: Aku telah keluar sehingga berada di antara kubur Rasulullah s.a.w dan mimbarnya. Tiba-tiba beliau a.s berada bersama-sama Syi‘ah, lalu memberi salam kepada mereka. Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya, demi Tuhan, aku mengasihi roh-roh kamu, justeru tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Ketahuilah bahawa wilayah kami tidak boleh dicapai melainkan dengan warak dan ijtihad.

Sesiapa di kalangan kamu mengimamkan seseorang, maka hendaklah dia beramal dengan amalannya. Kamu adalah Syi‘ah Allah, kamu adalah penolong-penolong Allah (antum syi‘atu l-Lah wa antum Ansaru l-Lah), kamu adalah orang terdahulu yang pertama di dunia dan orang terdahulu yang terakhir di akhirat ke syurga. Kami telah menjaminkan kamu syurga dengan jaminan Allah dan jaminan Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan, tiada roh memasuki syurga yang lebih banyak daripada roh-roh kamu. Lantaran itu, berlumba-lumbalah bagi mendapatkan kelebihan darjatnya.

Kamu adalah baik (tayyibun) dan perempuan-perempuan kamu adalah baik (tayyibat). Setiap mukminat adalah bidadari (haura’) dan setiap mukmin adalah siddiq. Amir al-Mukminin a.s berkata kepada Qanbar: Wahai Qanbar, bergembiralah, dan beritahulah mengenai kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syi‘ah (maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).

Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada golongan yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an).

Syi‘ah kami bercakap dengan cahaya Allah a.w. Adapun mereka yang menyalahi Syi‘ah bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syi‘ah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya golongan fakir kamu adalah ahli kekayaan dan golongan kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya.


Hampirnya Syi‘ah Dengan ‘Arasy.

260. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan Ibn Syamun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada ‘Umru bin Abi al-Miqdam, daripada Abu Abdullah a.s seumpamannya dan beliau a.s menambah: Sesungguhnya setiap sesuatu ada jauharnya, maka jauhar anak Adam adalah Muhammad s.a.w, kami dan Syi‘ah kami adalah selepas kami. Alangkah beruntungnya Syi‘ah kami, alangkah hampirnya Syi‘ah kami dari ‘Arasy Allah dan Syi‘ah kami adalah makhluk Allah yang paling baik pada hari Kiamat.

Demi Allah, sekiranya orang ramai tidak membesar-besarkan mengenai mereka atau kemegahan memasuki mereka, nescaya para malaikat memberi salam kepada mereka secara lansung. Demi Allah, tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di dalam solatnya dalam keadaan berdiri melainkan baginya setiap huruf seratus kebaikan, tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di dalam solatnya dalam keadaan duduk melainkan baginya setiap huruf lima puluh kebaikan dan tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di luar solatnya melainkan baginya setiap huruf sepuluh kebaikan.

Sesungguhnya orang yang diam (al-Saamit) di kalangan Syi‘ah kami mendapat pahala orang yang membaca al-Qur’an daripada orang yang menyalahinya (man khaalafa-hu). Demi Allah, di atas hamparan kamu tidur, bagi kamu pahala para mujahidin. Kamu, demi Allah, di dalam solat kamu, bagi kamu pahala golongan yang berbaris (al-Saafiin) pada jalan-Nya. Kamu, demi Allah, orang yang difirmankan oleh Allah di dalam Surah al-Hijr (15): 47 “Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan”. Sesungguhnya Syi‘ah kami adalah sahabat yang mempunyai empat mata: Dua mata di kepala dan dua mata di hati. Orang ramai seperti mereka juga, tetapi Allah telah membuka mata hati kamu dan membutakan mata hati mereka.


Pengaduan Abu Ja‘far A.S Kepada Allah.

261. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mansur bin Yunus, daripada ‘Anbasah bin Mus‘ab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku mengadu kepada Allah mengenai kesunyianku, kegemparanku di kalangan ahli Madinah sehingga mereka datang, aku melihat kamu dan merasa senang dengan kamu. Mudah-mudahan taghut ini memberi izin kepadaku untuk mengambil istana di Taif, lalu aku tinggal di dalamnya dan kamu tinggal bersama-samaku. Aku memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini dari pihak kami.


Al-Kumait Membaca Syair Kepada Abu Abdullah A.S.

262. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Al-Kumait telah membaca syair kepada Abu Abdullah a.s, beliau berkata:

Aku ihklas kepada Allah, bagiku hawa nafsuku,

maka ia telah tenggelam dan panahku tidak tepat lagi.

Maka Abu Abdullah a.s berkata: Janganlah anda berkata: “Fa-ma aghraqa naz‘an”, maka katakanlah: “Fa-qad aghraqa naz‘an”) (Maka ia telah tenggelam) “wa-la tatisyu sihaami” (dan panahku tidak tepat lagi).


Hadis Mengenai Farwat Daripada Abu Ja‘far A.S.

263. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abu Daud al-Mustariqq, daripada Sufyan bin Mus‘ab al-‘Abdi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, beliau a.s berkata: Kamu katakan kepada Ummu Farwat supaya dia datang dan mendengar apa yang telah dilakukan kepada datuknya (Muhammad bin Abu Bakr)[67]. Lalu dia datang dan duduk di balik tabir. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Bacalah nasyid kepada kami. Maka aku berkata:

Farwat, hormatku dengan air matamu yang mengalir

Maka dia meraung, kemudian diikuti oleh wanita-wanita lain. Abu Abdullah berkata: Tutup pintu, tutup pintu. Maka ahli Madinah telah berkumpul di pintu. Kemudian Abu Abdullah a.s telah mengutus kepada mereka seorang kanak-kanak kami yang telah pengsan, lalu wanita-wanita telah meraung kesedihan.


Peristiwa Di Al-Khandaq.

264. Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban ibn Uthman, daripada beberapa orang sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w menggali parit (al-Khandaq), maka mereka melalui Kudyah, lalu Rasulullah s.a.w mengambil penyungkil daripada tangan Amir al-Mukminin a.s atau tangan Salman r.a, kemudian baginda s.a.w memukul dengannya satu pukulan, lantas ia terpecah kepada tiga bahagian. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali telah membuka pada pukulan aku ini harta kekayan Kisra dan Qaisar. Maka salah seorang daripada mereka berdua berkata kepada sahabatnya (Abu Bakr dan Umar): Beliau (s.a.w) menjanjikan kita dengan kekayaan Kisra dan Qaisar dan salah seorang daripada kita tidak mampu melepaskan peluang ini[68].


Angin Al-Azib.

265. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah satu angin bernama al-Azib sekiranya dihantar daripadanya sebesar lubang hidung lembu jantan, nescaya ia akan memutar di antara langit dan bumi iaitu selatan.


Doa Minta Hujan.

266. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Raziq Abi al-‘Abbas, daripada Abu Abdullah a.s: Kaum telah datang kepada Rasulullah s.a.w, maka mereka berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya negara kita telah kemarau beberapa tahun berturut-turut. Justeru doalah kepada Allah supaya Dia menghantar hujan kepada kami. Maka Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya diadakan satu mimbar, lalu dikeluarkan mimbar untuknya. Orang ramai berkumpul, lalu Rasulullah s.a.w menaiki mimbar, berdoa dan memerintah orang ramai supaya mengaminkan doanya. Tidak berapa lama selepas itu, Jibrail turun dan berkata: Wahai Muhammad, beritahu kepada orang ramai bahawa sesungguhnya Tuhan anda telah menjanjikan mereka bahawa mereka akan dihujani pada hari tertentu dan masa tertentu.

Lalu orang ramai menunggu pada hari itu dan pada masa itu. Apabila sampai masa itu, maka Allah meniupkan angin, maka angin meniupkan awan dan awan menurunkan hujan dengan banyak sehingga beberapa orang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, serulah Allah untuk kami supaya Dia menahan langit dari hujan. Kami hampir tenggelam. Orang ramai telah berkumpul dan Rasulullah s.a.w berdoa dan memerintahkan mereka supaya mengaminkan doanya. Lantas seorang daripada mereka berkata: Wahai Rasulullah, perkuatkan suara anda, kerana kami tidak dapat mendengarnya, maka baginda s.a.w bersabda: Katakanlah: Allahumma hawaalai-na wa-la‘alai-naa Allahumma subhaa fi butuun al-Audiyah wa fi nabaati al-Syajar haithu yar‘aa ahlu l-Wabar, Allahumma ij‘al-ha rahmatan wa-la taj‘al-ha ‘azaaban).


Peranan Kilat.

267. Ja‘far bin Basyir, daripada Ruzaiq, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tidak berlaku kilat pada kegelapan malam dan siang hari melainkan ia menurunkan hujan[69].


Di Manakah Awan Berada?

268. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn al-‘Azrami secara marfuu’

berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Ditanya mengenai awan (al-Sahaab) di manakah dia? Beliau a.s berkata: Di atas pokok, di atas bukit-bukit pasir dan di pantai. Apabila Allah kehendaki mengirimnya, maka Dia mengirimkan angin, lalu ia memutarnya dan Dia mewakilkan malaikat supaya memukulnya dengan kilat, lalu ia naik. Kemudian beliau a.s membaca Surah Fatir (35):9 “Dan Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka kami halau awan itu ke satu negeri yang mati, lalu kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu”. Al-Ra‘du (guruh) adalah nama malaikat.


Kebenaran Lidah.

269. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Muthanna al-Hanat dan Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang benar lidahnya, maka bersihlah amalanya. Sesiapa yang baik niatnya, maka Allah akan menambahkan rezekinya. Sesiapa yang membuat baik kepada keluarganya, maka Allah akan menambahkan umurnya.


Peranan Mata, Lidah Dan Kemaluan.

270. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi berkata: Bapaku telah memberitahuku, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa berkata: Ja‘far bin Muhammad telah memberitahuku, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah berfirman kepada anak Adam: Jika mata anda menarik anda kepada apa yang diharamkan ke atas anda, maka ia telah menyusahkan anda. Justeru hindarilah ia dan janganlah anda melihat kepadanya. Jika lidah anda menarik anda kepada apa yang diharamkan ke atas anda, maka ia telah menyusahkan anda. Justeru hindarilah ia dan janganlah anda bercakap. Jika kemaluan anda menarik anda kepada apa yang diharamkan ke atas anda, maka ia telah menyusahkan anda. Justeru hindarilah ia dan janganlah anda melakukan perkara haram.


Tiga Orang Tidak Boleh Diharapkan Kebaikannya.

271. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Asbat, daripada Maula kepada Bani Hasyim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiga orang yang tidak boleh diharapkan kebaikannya: Orang yang tidak malu daripada keaiban, orang yang tidak takutkan Allah dengan perkara yang ghaib dan orang yang tidak bertaubat ketika beruban.


Pengertian Al-Syarif, Al-Hasib Dan Al-Karam.

272. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada al-Hijal berkata: Aku telah berkata kepada Jamil bin Darraj bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila syarif (seorang yang mulia) datang kepada kamu, maka mereka memuliakannya. Maka Jamil berkata: Ya, aku berkata kepadanya: Apakah itu al-Syarif? Beliau berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenainya, maka beliau a.s berkata: Al-Syarif adalah orang yang mempunyai harta. Aku berkata Apakah al-Hasib? Beliau berkata: Orang yang melakukan perbuatan yang baik dengan hartanya dan harta orang lain. Aku berkata: Apakah itu al-Karam? Beliau berkata: Takwa.


Kesedihan Wanita, Perpisahan Maut Dan Kefakiran.

273. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Alangkah kuatnya kesedihan wanita, alangkah jauhnya perpisahan maut dan yang paling kuat daripada semuanya adalah kefakiran yang mana ia memuji sahabatnya secara berlebihan, kemudian tidak diberi sesuatu kepadanya.


Hadis Mengenai Ya’juj Dan Ma’juj.

274. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-‘Abbas bin al-‘Ala’, daripada Mujahid, daripada Ibn ‘Abbas berkata: Amir al-Mukminin a.s ditanya mengenai penciptaan (al-Khalq), maka beliau a.s berkata: Allah telah menciptakan seratus dua puluh ribu di daratan, seratus dua puluh ribu di lautan. Dan anak Adam (bani Adam) mempunyai tujuh puluh jenis. Semua manusia adalah anak Adam selain daripada Ya’juj dan Ma’juj.


Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan.

275. Al-Husain bin Muhammad Ali al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Muthanna, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan pertama: Mereka daripada kami dan kami daripada mereka. Golongan kedua: Mereka menyerupai kita manusia dan berpura-pura dengan kita (yatazayyanuuna bi-na). Golongan ketiga: Mereka memakan sebahagian mereka akan sebahagian yang lain.


Pengertian Orang Ramai Menentang Mereka.

276. Daripadanya, daripada al-Mu‘alla daripada al-Wasya’, daripada Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila anda melihat orang papa dan hajat bertambah sementara orang ramai menentang sesama mereka, maka di kala itu, tunggulah urusan Allah a.w. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kepapaan dan hajat aku telah mengetahuinya, maka apakah penentangan orang ramai sesama mereka? Beliau a.s berkata: Seorang lelaki daripada kamu mendatangi saudaranya, lalu dia meminta hajatnya, lalu dia melihat kepadanya bukan dengan mata biasa dan bercakap kepadanya bukan dengan lidah biasa[70].


Rezeki, Akal Dan Bala.

277. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmaf bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Abid bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin al-Husain, daripada bapanya, daripada datuknya berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Setiap rezeki adalah secara kebodohan (humq), setiap larangan (al-Hirmaan) adalah dengan akal dan setiap bala adalah dengan kesabaran.


Apa Yang Allah Telah Berikan Kepadaku Adalah Lebih Baik Daripada Apa Yang Dia Telah Mengambilnya Daripadaku.

278. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid al-‘Attar, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Umar saudara lelaki ‘Azafir, berkata: Seorang lelaki telah membayar kepadaku enam ratus dirham atau tujuh ratus dirham untuk Abu Abdullah a.s, maka ia berada di dalam dompetku. Apabila aku sampai di al-Hafirah, dompetku telah pecah dan hilang apa yang ada di dalamnya. Aku telah bersetuju dengan gabenor Madinah mengenainya, lalu beliau berkata: Andakah yang dompet kehilangan dan hilang barang-barang di dalamnya? Aku berkata: Ya, maka beliau berkata: Apabila kami sampai di Madinah, maka datanglah kepada kami sehingga aku menggantikannya kepada anda.

Apabila aku sampai di Madinah, maka aku berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, beliau a.s berkata: Dompet anda telah pecah dan barang-barang anda telah hilang? Aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Apa yang Allah telah berikan kepada anda itu adalah lebih baik daripada apa yang Dia telah mengambilnya daripada anda (ma a’taa-ka llahu khairun mimma akhaza min-ka). Sesungguhnya unta betina milik Rasulullah s.a.w telah tersesat, maka orang ramai bercakap mengenai untanya; beliau (s.a.w) menceritakan kepada kita mengenai langit, tetapi beliau (s.a.w) tidak menceritakan kepada kita mengenai unta betinanya yang hilang.

Lantas Jibrail a.s turun kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya unta betina anda berada di wadi tertentu…muncungnya terbelit di pokok tertentu…, lalu baginda s.a.w menaiki mimbar, memuji Allah dan bersabda: Wahai manusia, kamu telah bercakap banyak mengenai unta betinaku, sesungguhnya apa yang Allah telah berikan kepadaku adalah lebih baik daripada apa yang Dia telah mengambilnya daripadaku (ma a‘taani llahu khairun mima akhaza minni). Sesungguhnya unta betinaku sedang berada di wadi tertentu…muncungnya terbelit di pokok tertentu…. Lantas orang ramai datang kepadanya, maka mereka mendapatinya sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Anda datanglah berjumpa dengan gabenor Madinah, dia akan menunaikan apa yang dia telah janjikan kepada anda. Sesungguhnya ia adalah suatu perkara yang mana Allah telah menyeru anda kepadanya sedang anda tidak meminta daripadanya.


Tiga Perkara Yang Dibenci Oleh Manusia.

279. Sahl, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid, daripada Yunus, daripada Syu‘aib al-‘Aqarqufi berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s suatu perkara yang diriwayatkan daripada Abu Dhar r.a bahawa beliau berkata: Tiga perkara yang dibenci oleh manusia, tetapi aku mencintainya. Aku mencintai maut, aku mencintai kefakiran dan aku mencintai bala? Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ini tidaklah sebagaimana mereka memahaminya. Sesungguhnya beliau maksudkan dengan maut adalah di dalam ketaatan kepada Allah adalah lebih aku mencintai daripada hidup di dalam kemaksiatan kepada Allah, bala dalam ketaatan kepada Allah adalah lebih aku mencintai daripada kesihatan di dalam kemaksiatan kepada Allah. Kefakiran di dalam ketaatan kepada Allah adalah lebih aku mencintai daripada kekayaan di dalam kemaksiatan kepada Allah.


Aku Melihat Bani Umayyah Menaiki Mimbar-Mimbar [masjid] Dan Turun Darinya.

280. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid, daripada Yunus, daripada Ali bin Isa al-Qamat, daripada bapa saudaranya (‘ammu-hu) berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Jibrail a.s telah turun kepada Rasulullah s.a.w sedang Rasulullah s.a.w di dalam kesedihan, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, kenapa aku melihat anda di dalam kesedihan? Maka baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah melihat semalam satu mimpi. Jibrail a.s berkata: Apakah yang anda telah melihatnya? Baginda s.a.w bersabda: Aku telah melihat Bani Umayyah sedang menaiki mimbar-mimbar [masjid] dan turun darinya.

Jibrail a.s berkata: Demi Yang telah mengutus anda dengan kebenaran sebagai seorang nabi, aku tidak mengetahui sesuatupun mengenai perkara ini. Lalu dia naik ke langit. Kemudian Allah menurunkan Jibrail a.s dengan beberapa ayat al-Qur’an memberi takziah kepadanya mengenai mimpinya. Firman-Nya di dalam Surah al-Syu‘araa’(26): 205-7 “Maka bagaimana pendapatmu jika kami berikan kepada mereka nikmat hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka, nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya”.

Dan Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Qadar (97): 1-5 “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadra itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” sebagai tamparan kepada mereka[71]. Dan Allah telah menjadikan malam al-Qadar untuk Rasul-Nya lebih baik daripada seribu bulan.


Syi‘ah Ali Adalah Orang Yang Membenarkan Kata-Katanya Dengan Amalannya.


290. Dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada Ibrahim bin Abdullah al-Sufi berkata: Musa bin Bakr al-Wasiti berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata kepadaku: Jika aku menilai Syi‘ahku, aku tidak mendapati mereka melainkan pada nama sahaja (lau mayyaz-tu Syii‘atii lam ajid-hum illa waasifatan). Jika aku menguji mereka, nescaya aku tidak mendapati mereka melainkan di dalam keadaan murtad [72](la-ma wajad-tu-hum illa murtaddiin). Jika aku memeriksa mereka dengan teliti, nescaya seorangpun tidak akan terlepas di dalam seribu (lau tamahhas-tu-hum la-ma khalasa min al-Alafi waahidun). Jika aku menapis mereka, nescaya tidak seorangpun daripada mereka tinggal selain daripada apa yang ada padaku, sesungguhnya mereka masih duduk di atas bangku-bangku, mereka berkata: Kami adalah Syi‘ah Ali. Sesungguhnya Syi‘ah Ali adalah orang yang amalannya membenarkan kata-katanya.


Kisah Kecekalan Maryam, Yusuf Dan Ayyub A.S.

291. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad Ibn al-Hasan al-Maithami daripada Abban bin Uthman, daripada Abd al-A‘la maula keluarga Saam berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Dibawa datang seorang wanita cantik pada hari Kiamat yang telah menerima fitnah kerana kecantikannya, maka dia berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah memperelokkan kejadianku sehingga aku telah berjumpa dengan apa yang aku telah jumpa, lalu dibawa Maryam kepadanya dan dikatakan kepadanya: Adakah anda yang lebih cantik atau ini?

Sesungguhnya kami telah memperelokkannya, tetapi beliau tidak menimbulkan fitnah. Dan dibawa datang seorang lelaki yang kacak yang telah mempersonakan kekacakannya dan berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah memperelokkan kejadianku sehingga aku telah berjumpa dengan wanita wanita yang aku telah jumpa. Lalu dibawa datang dengan Yusuf a.s dan dikatakan kepadanya: Anda lebih kacak atau ini? Maka kami telah memperelokkannya, tetapi beliau tidak menimbulkan fitnah. Dan dibawa datang seorang lelaki yang terkena bala disebabkan fitnah, maka beliau berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah menguatkan bala ke atasku sehingga aku difitnahkan. Lalu dibawa datang dengan Ayyub a.s dan dikatakan kepadanya: Adakah bala anda lebih berat atau bala ini? Sesungguhnya Ayyub a.s telah dikenakan bala, tetapi beliau a.s tidak menimbulkan fitnah.


Duduk Di Tempat Tertentu Dan Bercakap Apa Yang Kamu Mahu.

292. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abban bin Uthman, daripada Ismail al-Basri berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu duduk pada tempat tertentu, lalu kamu bercakap apa yang kamu mahu dan kamu melepaskan diri kamu daripada siapa yang kamu mahu dan mewalikan siapa yang kamu mahu? Aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Itulah kehidupan.


Allah Memberi Rahmat Kepada Orang Yang Membuatkan Kami Dicintai Oleh Orang Ramai.

293. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad, daripada Wahib bin Hafs daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Allah memberi rahmat kepada orang yang membuatkan kami dicintai oleh orang ramai (rahima llahu ‘abdan habbaba-naa ilaa al-Naasi) dan tidak membuatkan kami dibenci oleh mereka (wa lam yubghidh-naa ilai-him). Demi Allah, sekiranya mereka meriwayatkan kebaikan percakapan kami, nescaya mereka lebih dimuliakan dan tiada seorangpun yang mampu mengaitkan sesuatu dengan mereka, tetapi seorang daripada mereka mungkin mendengar percakapan (al-Kalimat) tertentu, lalu dia merendah-rendahkannya[73].


Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka berikan, dengan hati yang takut”

294. Wahib daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka berikan, dengan hati yang takut”, maka beliau a.s berkata: Iaitu syafaat mereka dan harapan mereka. Mereka khuatir amalan mereka ditolak jika mereka tidak mentaati Allah dan mengharapkan supaya Dia menerima mereka.


Orang Yang Sesat Ada Pengikutnya.

295. Wahib bin Hafs, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Tiada seorang hamba yang menyeru kepada kesesatan melainkan dia akan mendapati orang yang mengikutnya.


Layanan Yang Sama.

296. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Salt daripada seorang lelaki dari penduduk Balkh berkata: Aku telah berada bersama al-Ridha a.s di dalam perjalanannya ke Khurasan, maka beliau a.s pada suatu hari telah menyeru satu hidangan untuknya. Lalu beliau a.s mengumpulkan mawaalinya daripada Sudan dan lain-lain untuk makan bersamanya pada satu hidangan, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, bagaimana jika anda mengasingkan satu hidangan untuk mereka? Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah adalah Satu, ibu adalah satu, bapa adalah satu dan balasan adalah dengan amalan.


Tabiat Jisim.

297. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan berkata: Tabiat jisim adalah empat: Di antaranya udara yang mana jiwa tidak akan hidup melainkan dengannya. Nafasnya mengeluarkan penyakit dan kotoran dari badan. Bumi yang melahirkan kekeringan dan kepanasan. Makanan yang mana melahirkan darah. Kemudian ia mengalir ke tali perut, lalu mengisarnya sehingga ia menjadi lembut. Kemudian menapisnya dan membersihkan darah, memendapkan hampas dan air, kemudian melahirkan air liur.


Pengertian Jazaaka llahu khairan.

298. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Yazid al-Naufali daripada al-Husain bin A‘yan saudara Malik bin A‘yan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai kata-kata seorang lelaki kepada seorang lelaki: Jazaaka llahu khairan, apakah yang dimaksudkan dengannya?

Maka Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya khairan adalah nama sungai di syurga yang keluar dari al-Kauthar dan al-Kauthar pula keluar dari tiang ‘Arasy. Di atasnya tempat tinggal para wasi dan Syi‘ah mereka. Dan di atas dua tebing sungainya bidadari-bidadari yang sentiasa bertambah. Setiap kali seorang bidadari dipetik, maka bilangannya akan bertambah. Firman Allah di dalam Surah al-Rahmaan (55); 70 “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik”. Justeru jika seorang lelaki berkata kepada sahabatnya: Jazaaka llahu khairan, maka apa yang dimaksudkannya adalah tempat-tempat tinggal yang disediakan oleh Allah kepada golongan yang menjadi pilihan-Nya.


Satu Sungai Dua Tebingnya Adalah Bidadari-Bidadari.

299. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya di syurga ada satu sungai yang mana dua tebingnya adalah bidadari-bidadari yang sentiasa bertambah. Apabila mukmin melalui salah seorang daripada mereka dan dia mengagumkannya, maka dia memetiknya, lantas Allah menambahkan bilangannya.


Hadis Mengenai Kubah-Kubah (Bumbung)

300. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja‘far as telah berkata kepadaku: Pada suatu malam aku berada di sisinya, beliau a.s telah melihat kepada langit, lalu berkata: Wahai Abu Hamzah, ini adalah kubah bapa kita Adam a.s dan sesungguhnya Allah a.w telah menyempurnakan tiga puluh sembilan kubah padanya makhluk yang tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata.


Kubah Adam A.S

301. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada ‘Ajalan Abu Salih berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka dia berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, inikah kubah Adam a.s? Beliau a.s berkata: Ya, bagi Allah kubah-kubah yang banyak. Sesungguhnya di sebalik maghrib (barat) kamu ini terdapat tiga puluh sembilan maghrib, bumi putih dipenuhi makhluk yang mana mereka mengambil daripada cahayanya. Mereka tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata, mereka tidak mengetahui sama ada Adam telah diciptakan ataupun tidak, tetapi mereka melepaskan diri mereka (yubri’uun) daripada polan (Abu Bakr) dan polan (Umar).


Pelepasan Diri Daripada Takbur.

302. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abu Hammad, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang membaiki kasutnya, mengangkat kainnya dan membawa barang-barangnya, maka dia telah melepaskan dirinya daripada takbur.


Pelepasan Diri Daripada Kata-Kata Sahabat Abu Al-Khattab Oleh Abu Abdullah A.S.

303. Daripadanya, daripada Salih, daripada Muhammad bin Auramah, daripada Ibn Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku dan al-Qasim adalah rakan kongsi, Najm bin Hatim dan Salih bin Sahl di Madinah, lalu kami berdialog mengenai ketuhanan (al-Rabubiyyah). Sebahagian kami berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah yang kamu lakukan dengan ini, kami adalah hampir kepadanya[74], tiada di kalangan kami taqiyyah, marilah kita pergi kepadanya. Demi Allah, kami belum sampai di pintu, beliau a.s telah keluar kepada kami tanpa kasut dan kain di atas bahunya. Setiap rambut di kepalanya berdiri sambil berkata: Tidak, tidak, wahai Mufadhdhal, wahai Qasim, wahai Najm, tidak, tidak, “ Maha Suci Allah, malah mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya” Surah al-Anbiyaa’ (21): 26-7.


Pembantu Iblis Bernama Tamrih.

304. Daripadanya, daripada Salih, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bagi Iblis pembantu bernama Tamrih. Apabila datang waktu malam, maka dia memenuhi [ruang] di antara timur dan barat.


Mengenai Cicak Dan Pertukaran Bentuk.

305. Daripadanya, daripada Salih, daripada al-Wasya’, daripada Kiram, daripada Abdullah bin Talhah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai cicak (al-Wazagh), maka beliau a.s berkata: Kotor, pertukaran bentuk telah berlaku (rijsun wa huawa maskhun). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (hadas). Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya bapaku telah duduk di dalam bilik bersamanya seorang lelaki yang sedang bercakap kepadanya, tiba-tiba seekor cicak menjelir lidahnya, maka bapaku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apa yang dikatakan oleh cicak itu? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya. Beliau a.s berkata: Cicak berkata: Demi Allah, jika kamu menyebut Uthman dengan cacian, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga dia pergi dari sini.

Bapaku berkata: Tidak mati seorangpun daripada Bani Umayyah melainkan ditukar bentuknya kepada cicak (laisa yamuutu min Bani Umayyati mayyitun illa musikha wazghan). Sesungguhnya Abd al-Malik bin Marwan di saat kematiannya ditukar kepada seekor cicak (musikha wazghan). Aku dan anaknya berada di sisinya. Manakala mereka kehilangannya, maka ia menjadi isu yang besar kepada mereka, mereka tidak mengetahui apa yang mereka akan melakukannya. Kemudian mereka bersetuju mengambil batang kurma, lalu mereka membuatnya seperti bentuk seorang lelaki. Mereka telah melakukannya. Mereka memakaikan batang kurma itu dengan baju besi. Kemudian mereka melipatkannya pada kapannya. Tiada seorangpun yang melihatnya melainkan aku dan anak lelakinya.


Muhammad (s.a.w) Sebagai Rahmat Dan Al-Qaim A.S Sebagai Membalas Dendam.

306. Daripadanya, daripada Salih, daripada Muhammad bin Abdullah bin Mihran, daripada Abd al-Malik bin Basyir, daripada ‘Uthaim bin Sulaiman, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang daripada kamu mengangan-angankan al-Qaim, maka hendaklah dia mengangan-angankannya di dalam sihat afiat. Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad (s.a.w) sebagai rahmat dan akan mengutus al-Qaim sebagai membalas dendam (nuqmat).


Al-Hasan Dan Al-Husain Menyerupai Musa Bin Imran A.S.

307. Daripadanya, daripada Salih, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Abd al-Malik bin Basyir, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Al-Hasan a.s adalah orang yang paling menyerupai Musa bin Imran di antara kepalanya dan pusatnya. Dan sesungguhnya al-Husain a.s adalah orang yang paling menyerupai Musa bin Imran di antara pusatnya dan kakinya.


Ukuran Adam A.S.

308. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muqatil bin Sulaiman berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s berapakah panjang Adam a.s ketika beliau turun ke bumi dan berapakah pula panjang Hawa’? Beliau a.s berkata: Kami telah mendapati di dalam kitab Ali bin Abu Talib a.s bahawa Allah manakala menurunkan Adam dan isterinya Hawa’ a.s ke bumi, maka dua kakinya di bukit al-Safa dan kepalanya di ufuk langit. Adam a.s telah mengadu kepada Allah mengenai kepanasan matahari yang mengenanya. Lalu Allah memberitahu Jabrail a.s bahawa Adam telah mengadu mengenai kepanasan matahari yang mengenainya. Lantas dia mengelipkan matanya dengan satu kelipan, maka panjangnya menjadi tujuh puluh hasta dengan ukuran lengannya. Dan dia mengelipkan Hawa’ dengan satu kelipan, maka panjangnya menjadi tiga puluh lima hasta dengan ukuran lengannya.


Mengenai Seorang Lelaki Yang Bapanya Ditawan Pada Masa Jahiliyah.

309. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub, daripada al-Harith bin al-Mughirah barkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai seorang lelaki yang mana bapanya telah ditawan pada masa Jahiliyah, tetapi dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku kepada bapanya pada masa Jahiliyah melainkan selepas dia dilahirkan sebagai seorang hamba di dalam Islam dan dimerdekakan? Abu Abdullah a.s berkata: Hendaklah dia dinasabkan kepada bapa-bapanya yang menjadi hamba di dalam Islam. Kemudian dia dihitung daripada kabilah yang mana bapanya ditawan padanya jika bapanya terkenal pada mereka; dia mewarisi mereka atau mereka mewarisinya.


Tiga Sifat Untuk Mukmin.

310. Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub, daripada Abd al-Mu’min al-Ansari, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi mukmin tiga sifat: Kemuliaan di dunia dan akhirat, keuntungan di dunia dan di akhirat dan kehebatan pada dada golongan yang zalim.


Tiga Kemegahan Mukmin.

311. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Tiga kemegahan mukmin dan perhiasannya di dunia dan di akhirat: Solat pada akhir malam, putus harapannya terhadap apa yang dimiliki oleh orang ramai dan mewalikan Imam daripada keluarga Muhammad (s.a.w). Dan tiga makhluk yang paling jahat yang mana mereka diuji dengan makhluk yang paling baik: Abu Sufyan adalah seorang di kalangan mereka; dia telah memerangi Rasulullah s.a.w dan memusuhinya, Mu‘awiyah telah memerangi Ali a.s dan memusuhinya dan Yazid bin Mu‘awiyah l‘ana-hu llahu; telah memerangi al-Husain bin Ali dan memusuhinya sehingga dia membunuhnya.


Tiada Kemuliaan Bagi Quraisy Dan Arab Melainkan Dengan Tawaduk.

312. Ibn Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Tiada kemuliaan bagi Quraisy dan Arab melainkan dengan tawaduk, tiada kemuliaan melainkan dengan takwa, tiada amalan melainkan dengan niat, tiada ibadat melainkan dengan kefahaman. Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang mengikut Imam, tetapi tidak mengikuti amalannya.


Hadis Mengenai Yazid Bin Mu‘awiyah Laknatullah Dan Ali Bin Al-Husain A.S.

313. Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub, daripada Barid bin Mu‘awiyah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Yazid bin Mu‘awiyah telah memasuki Madinah di dalam perjalanannya ke haji. Lalu dia mengutus kepada seorang lelaki Quraisy, lalu dia mendatanginya. Maka Yazid berkata kepadanya: Adakah anda mengakui bahawa anda adalah hamba kepadaku; jika aku mahu, aku menjual anda dan jika aku mahu aku menjadikan anda hambaku.

Maka lelaki itu berkata kepadanya: Demi Allah, wahai Yazid, anda bukanlah lebih mulia daripadaku pada Quraisy dari segi keturunan, bapa anda bukanlah lebih baik daripada bapaku pada masa Jahiliyah dan Islam, anda bukanlah lebih baik daripadaku dari segi agama dan anda tiada yang lebih baik daripadaku, bagaimana aku mengakui anda apa yang anda minta? Maka Yazid berkata kepadanya: Jika anda tidak mengakuiku, nescaya aku membunuh anda. Maka lelaki itu berkata kepadanya: Pembunuhanku tidaklah lebih besar dari pembunuhan al-Husain bin Ali a.s; anak lelaki Rasulullah s.a.w. Kemudian Yazid memerintahkan supaya lelaki itu dibunuh, lalu dia dibunuh.

Kemudian dia mengutus kepada Ali bin al-Husain a.s dan berkata kepadanya sebagaimana kata-katanya kepada lelaki Quraisy tadi. Maka Ali bin al-Husain a.s berkata kepadanya: Adakah anda berpendapat jika aku tidak mengakui anda bahawa anda akan membunuhku sebagaimana anda telah membunuh seorang lelaki kelmarin? Maka Yazid la‘ana-hu llahu berkata: Ya, maka Ali bin al-Husain a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengakui anda sebagai seorang hamba yang dipaksa, maka jika anda mahu, maka anda tahanlah dan jika anda mahu, maka anda juallah. Yazid la‘ana-hu llahu telah berkata kepadanya: Adalah lebih baik bagi anda bahawa aku menjaga darah anda, kerana ia tidak akan mengurangkan anda dari kemuliaan anda.


Nasibi Dan Zaidi Adalah Sama.

314. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Ali bin Muhammad bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Salim bin Abu Salmah, daripada Muhammad bin Sa‘id daripada Ghazwan berkata: Abdullah bin al-Mughirah telah memberitahuku berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Sesungguhnya bagiku dua orang jiran, seorang daripadanya nasibi dan seorang lagi adalah zaidi, aku pasti akan bergaul dengan mereka, maka siapakah yang aku akan bergaul? Maka beliau a.s berkata: Mereka berdua adalah sama (humaa sayyaan), sesiapa yang telah membohongi satu ayat daripada Kitab Allah, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam di belakangnya dan dialah pembohong kepada semua al-Qur’an, para nabi dan para rasul. Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya nasibi ini menetang anda (nasaba la-ka) dan zaidi ini menentang kami (nasaba la-na).


Catatan Kaki:

[60] Bukan seorang nabi.

[61] Perkataan al-Husna tidak tercatat di dalam mashaf Uthman.

[62] Imam al-Mahdi a.s.

[63] Uthman dan para sahabatnya.

[64] Jemaah ahli takwa bukan jemaah ahli kebatilan.

[65] Kesedihannya kerana meninggalkan keluarga Rasulullah s.a.w.

[66] Walaubagaimanapun al-Badaa’ boleh berlaku.

[67] Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr.

[68] Abu Bakr dan Umar telah merampas peluang ini.

[69] Di tempat tertentu.

[70] Menghinanya.

[71] Musuh-musuh Ahlu l-Bait a.s.

[72] Tanpa amalan.

[73] Dakwah kepada orang ramai dengan bijaksana.

[74] Abu Abdullah a.s.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: