Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Faidah Mencintai Ahlul Bait Rasulullah S.a.w

Faidah Mencintai Ahlul Bait Rasulullah S.a.w

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


(i) Menghapuskan dosa:

(a) Rasulullah (s.a.w bersabda: Mencintai kami Ahlu l-Bait menghilangkan dosa dan menggandakan kebaikan.[1]

(b) Imam Ja‘far al-Sadiq as berkata: Sesungguhnya mencintai kami Ahlu l-Bait akan meluruhkan dosa daripada hamba-hamba sebagaimana angin yang kencang meluruhkan daun-daun”.[2]


(ii) Menenangkan hati:

(a) Imam Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w manakala turun ayat surah al-Ra‘d (13): 28 “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” bersabda: Itu adalah bagi mereka yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan mencintai Ahlu Baiti (keluargaku) dengan sebenar, bukan pembohong dan mencintai mukiminin yang hadir dan ghaib, ingat dengan mengingati Allah mereka berkasih sayang”.[3]

(b) Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Adakah anda tahu kepada siapakah ayat ini (13: 28)diturunkan? Dia berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, baginda bersabda: kepada mereka yang membenarkan aku dan beriman denganku, mencintai anda dan ‘itrah anda selepas anda, menyerahkan urusannya kepada anda dan kepada para imam selepas anda”.[4]


(iii) Hikmah:

Imam Ja‘afar al-Sadiq a.s berkata: Siapa yang mencintai Ahlu l-Bait dan membenarkan cinta kepada kami di hatinya, maka akan mengalirlah mata air hikmah di lidahnya, lalu iman diperbaharui di hatinya”.[5]


(iv) Pelengkap agama:

a) Rasulullah s.a.w bersabda: Mencintai Ahlu l-Baitku dan zuriatku adalah pelengkap agama”.[6]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Kelebihan keluargaku dan Ahlu l-Baitku seperti kelebihan air ke atas setiap sesuatu. Dengan air akan kekal dan hidup semua sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Anbiya’ (21):30 “dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak beriman? Dan mencintai Ahlu l-Baitku dan keluargaku akan menyempurnakan agama.[7]


(v) Syafaat Ahlu l-Bait a.s:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda: Syafaatku kepada umatku bagi mereka yang mencintai Ahlu l-Baitku, dan merekalah Syiahku”.[8]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Amalkan kasih sayang kepada kami Ahlu l-Bait, kerana siapa yang bertemu dengan Allah pada hari Kiamat di dalam keadaan dia mencintai kami, akan memasuki syurga dengan syafaat kami”.[9]

c) Imam Ali a.s berkata: ...bagi kami syafaat kami dan bagi mereka yang mencintai kami ada syafaat untuk mereka. Justeru berlumbalah untuk berjumpa dengan kami di kolam (haudh). Sesungguhnya kami menghalang musuh-musuh kami darinya dan kami menuang air kepada kekasih kami dan para wali kami”.[10]


(vi) Cahaya pada hari Kiamat:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang paling berseri mukanya pada hari Kiamat adalah orang yang paling mencintai keluarga Muhammad.[11]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Tuhan, seorang hamba tidak mencintai Ahlu l-Baitku melainkan Allah memberinya cahaya sehingga dia datang kepadaku di Haudh dan tidak membenci Ahlu l-Baitku oleh seorang hamba melainkan Dia menyekatnya darinya pada hari Kiamat”.[12]


(v) Aman pada hari Kiamat:

(a) Rasulullah s.a.wbersabda: Siapa yang mencintai kami Ahlu l-Bait, Allah akan menghimpunkannya di dalam keadaan aman pada hari Kiamat”.[13]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Cinta kepadaku dan cinta kepada Ahlu l-Baitku bermanfaat pada 7 tempat yang besar: Ketika wafat, ketika di dalam kubur, ketika dibangkit, ketika (diberikan) Kitab, ketika dihisab, ketika di timbangan (mizan) dan ketika dititian.[14]


vi) Cekal di atas Titian:

(a) Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang paling cekal di atas titian adalah orang yang paling mencintaiku dan Ahlu l-Baitku”.[15]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang paling cekal di atas titian adalah orang yang paling mencintai Ahlu l-Baitku”.[16]

(c) Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang yang mencintai kami Ahlu l-Bait, lalu tergelincir kakinya, maka kakinya akan menetapkannya kembali sehingga Allah menyelamatkannya pada hari Kiamat”.[17]


(vii) Di kumpulkan bersama Ahlu l-Bait a.s:

(a) Imam Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Hasan dan Husain dan bersabda: Siapa yang mencintaiku dan mencintai dua lelaki ini dan ibu bapa mereka berdua, maka dia akan bersamaku pada hari Kiamat.[18]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mencintai kami Ahlu l-Bait kerana Allah akan dikumpulkan bersama kami dan dimasukkan bersama kami di syurga.[19]

(c) Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mencintai kami, dia akan bersama kami pada hari Kiamat dan jika seorang mencintai satu batu, nescaya Allah akan mengupulkannya bersamanya”[20]


(viii) Syurga:

(a) Huzaifah berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w memegang tangan Husain bin Ali dan bersabda: Wahai manusia, datuk Husain adalah lebih mulia di sisi Allah daripada datuk Yusuf bin Ya‘qub. Sesungguhnya Husain di syurga, bapanya di syurga, ibunya di syurga, saudaranya di syurga, pencinta mereka di syurga dan pencinta kepada pencinta mereka di syurga”.[21]

(b) Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, siapa yang mencintai anak lelaki anda, maka dia mencintai anda. Siapa yang mencintai anda, maka dia mencintai aku. Siapa yang mencintai aku, maka dia mencintai Allah. Siapa yang mencintai Allah, maka dia akan dimasukkan syurga. Siapa yang membenci mereka, maka dia membenci anda. Siapa yang membenci anda, maka dia membenci aku. Siapa yang membenci aku, maka dia membenci Allah. Dan siapa yang membenci Allah, maka hak ke atas Allah memasukkannya ke neraka”.[22]

(c) Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mencintai kami dengan hatinya dan membantu kami dengan tangannya dan lidahnya, maka aku dan dia di tempat yang tinggi (‘illiyyin). Siapa yang mencintai kami dengan hatinya dan membantu kami dengan lidahnya serta menahan tangannya, maka dia adalah pada peringkat yang berikutnya. Siapa yang mencintai kami dengan hatinya dan menegah daripada kami lidahnya dan tangannya, maka dia adalah pada peringkat yang berikutnya”.[23]


(viii) Kebaikan dunia dan akhirat:

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mahu bertawakal kepada Allah, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baitku. Siapa yang mahu selamat daripada azab kubur, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baktiku. Siapa yang mahu hikmah, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baitku. Siapa yang mahu memasuki syurga tanpa hisab, maka hendaklah dia mencintai Ahlu l-Baitku. Demi Tuhan, tidak ada seorang pun yang mencintai mereka melainkan dia dapat keuntungan di dunia dan di akhirat”[24] 


Lantaran itu Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah mengikut jalur keluarga Rasulullah s.a.w seramai 13 orang yang disucikan; iaitu Fatimah, Ali dan anak cucu mereka 12 para Imam as di mana mereka tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w. Mereka percaya kemaksuman Rasulullah (s.aw) sepenuhnya (100%).


Referensi:

[1] Irsyad Al-Qulub, 253.

[2] Thawab Al-‘Amal, i, 223.

[3] Kanz Al-‘Ummal, ii,442, Al-Durr Al-Manthur, iv,642.

[4] Tafsir Furat Al-Kufi, 207.

[5] Al-Mahasin, i ,134.

[6] Amali Al-Saduq, i,161.

[7] Al-Ikhtisas,37.

[8] Tarikh Baghdad, ii,146.

[9] Al-Mu‘jam Al-Ausath,ii, 360.

[10] Syawahid Al-Tanzil,ii,310.

[11] Syawahid Al-Tanzil, ll,310.

[12] Syawahid Al-Tanzil, ii, 310.

[13] ‘Uyun Akhbar Al-Ridha, ii, 85.

[14] Jami ‘ Al-Akhbar, 513.

[15] Jami‘ Al-Ahadith Li-i-Qummi, 331.

[16] Fadha’il Syi‘ah, iii, 48.

[17] Al-Sawa‘iq Al-Muhriqah, 187.

[18] Sunan Al-Turmudhi, v, 641/37733, Musnad Ibn Hanbal, i,168.

[19] Kifayah Al-Athar,35, Muqatil Al-Talibin, 86.

[20] Amali Al-Saduq, 174.

[21] Maqtal Al-Husain oleh Al-Khawarizmi,i, 67.

[22] Durar Al-Ahadith Al-Nbawiyyah, 51.

[23] Ihqaq Al-Haqai’q, ix, 484)

[24] Maqtal Al-Husain,i,59, Fara’id Al-Samthin, ii, 299.

(AB-Perlak/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: