Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kitab Al-Haft Al-Syarif (Bagian 2)

Kitab Al-Haft Al-Syarif (Bagian 2)

Written By Unknown on Jumat, 23 Februari 2018 | Februari 23, 2018


BAB 2

☼Makrifat tentang bayang-banyang, bentuk-bentuk kabur dan roh-roh serta bagaimana Dia telah mendidik mereka dan memperkenalkan diri-Nya kepada mereka (fi ma‘rifati ‘ilal al-Azillah wa al- Asybaah wa al-Arwaah wa kaifa addaba-hum wa ‘arrafa-hum bi-nafsi-hi)☼

Abu Abdillah a.s telah berkata: Kemudian Dia telah menciptakan pada setiap langit itu sebuah syurga dan pada setiap syurga itu mata air (‘ainan) yang bernama Salsabil sebagaimana firman-Nya: “Sebuah mata air syurga yang bernama salsabil”[19] Iaitu tujuh syurga dan tujuh mata air. Sesungguhnya setiap langit menanggung penghuninya dan menjadikannya tempat yang sesuai bagi mereka kerana Allah telah menciptakan amalan mereka dari air mata yang tujuh bertempat di syurga dan ia diciptakan dari ilmu penghuninya.

Kemudian Allah telah menenggelamkan bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang kabur pada mata-mata air. Kemudian Dia telah menjadikan setiap langit satu cahaya pada mata airnya, lalu ia bertukar menjadi roh pada badan-badan. Dan al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya dinamalan Azillah (bayang-bayang) kerana ia sentiasa pada bayangan cahaya Allah. Adapun ia dinamakan al-Asybaah (bayang-bayang yang kabur) kerana ia adalah zat Allah. Dinamakan al-Arwaah kerana ia berihat kepada makrifah Allah.

Dinamakan al-Samaa’ (langit) kerana Allah telah menamakannya daripada [hasil] amalan mereka dan mengangkatnya (tinggi) pula. Kemudian Allah telah menciptakan tujuh hari dan pada setiap langit satu hari. Kemudian Allah telah memfardukan ke atas setiap langit jenis tasbih dan tahlilnya. Dia telah menjadikan setiap langit itu satu pintu (baban) dan menjadikan hijab-hijab (al-Hujub) sebagai wasilah (jalan) kepada setiap penghuni langit. Kemudian Dia bertasbih kepada diri-Nya, maka merekapun bertasbih kepadaNya.

Dia telah memuji diriNya (majjada nafsa-hu), maka mereka pun memujiNya. Dia bertahlil kepada diri-Nya, maka merekapun bertahlil kepadaNya. Dia terus mendidik mereka sedemikian untuk menjadikanNya hujjah ke atas mereka. Kemudian Dia telah menciptakan badan-badan untuk roh-roh daripada cahaya-Nya dan menjadikan setiap cahaya di langit menurut kadarnya. Semuanya merupakan roh yang bercahaya (ruh nuraniyyah) dan badan daripada cahaya (badanan min nur).

Apabila Dia menaikkan [kedudukan] satu badan ke langit, maka Dia memakaikannya (badan yang utama itu) hijab (tabir) daripada cahaya (hijaban min nuur). Justeru apabila Allah telah turun ke langit, maka Dia memakai hijab langit itu dan hijab-Nya adalah daripada cahaya. Lantaran itu, Dia telah memakaikan badan-badan roh itu dengan cahaya.

Sesungguhnya Dia telah terserlah (zahara) untuk makhluk-Nya dengan keadaan ini bagi mendidik mereka supaya memahami apa yang difirmankanNya. Kerana sesuatu itu tidak dapat difahami tentangnya melainkan oleh “orang” yang di dalam bentuknya dan jenisnya[20]. Kemudian Maulaaya al-Sadiq a.s telah membaca firman-Nya: “Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah”[21]

Dia terus mendidik mereka sebagaimana aku telah menerangkannya kepada anda. Dia terus bercakap kepada mereka bagaimana Dia telah menciptakan mereka, bagaimana Dia telah memulakan kejadian mereka dan asal-usul mereka. Manakala mereka telah mengetahuinya, Dia mulai menceritakan kepada setiap penghuni langit bagaimana Dia menciptakan badan-badan yang gelap (zulmaniyyah) iaitu badan-badan yang berjisim (al-Jismaniyyah) dan bagaimana Dia telah menciptakan iblis-iblis (al-Abaalisah).

Was-Salam.


Referensi:

[19] Surah al-Insan (76): 18

[20] Dia telah mengutus nabi dan rasul dari jenis manusia untuk manusia.

[21] Surah al-Baqarah (2): 138

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: