Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Makrifat Tentang Tujuh Adam

Makrifat Tentang Tujuh Adam

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018



BAB 60

Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin, kitaran dan bilangan mereka (fi ma‘rifati bayaan al-Sab‘ah al-Adamiyyiin wa al-Adwaar wa al-‘adad)

Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebelum kita ada tujuh Adam (sab‘ah awaadim) dan tujuh pusingan (sab‘ah adwaar) yang telah berlalu dan kami adalah pada pusingan yang kelapan daripada Adam kelapan. Dan setiap zuriat Adam dibangkitkan: Kemudian hisab, pahala dan balasan. Maka pada perhimpunan yang lebih besar (al-Jam‘ al-Akbar) Muhammad s.a.w akan datang. Apabila seruan datang pada pusingan yang akhir, maka pahala ahli pusingan itu menjadi tiga golongan.

Golongan yang bercahaya, golongan yang dikembalikan kepada tempat bala (dar al-Balaa’) dan golongan yang menjadi al-Qasysyas. Dan pada pusingan yang kedua golongan ahli balasan menjadi tiga golongan: Golongan yang dibakar, golongan yang dikembalikan kepada tempat bala dan golongan pada pusingan yang ketiga menjadi maskhun. Jika ia menjadi naskhun, maka ia adalah daripada ahli pahala dan jika ia daripada maskhun, maka ia adalah daripada ahli balasan. Kemudian maskhun dan naskhun akan berada pada perhimpunan yang lebih besar dan pusingan yang terakhir, wa s-Salam.


BAB 61

Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin (fi ma‘rifati sab‘ah al-Adamiyyiin)

Al-Sadiq a.s telah berkata: Kiamat telah berlaku kepada mereka dan mereka telah menjadi ahli pahala (ahl al-Thawaab) menurut kedudukan mereka: Dan ahli balasan (ahl al-‘Iqaab) menurut kedudukan mereka pula pada empat pusingan; azab, kehinaan, neraka Sa‘ir yang pedih dan api neraka yang membakar (al-Hariq). Manakala ahli pahala dan ahli balasan menerima kadar pahala atau balasan mereka masing-masing, maka mereka keluar daripadanya sebagaimana firman Allah: “Mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya, mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah sebagai pembalasan yang setimpal”[1]

Sejajar dengan amalan mereka yang jahat dan berita tentang pusingan (al-Daur) sebagaimana firman-Nya: “Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah”[2] Dan neraka adalah jawapan yang paling cepat kepada dua tempat tersebut sebagaimana firman-Nya: “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki”[3] Manakala ahli balasan dikeluarkan, maka mereka menjadi tiga golongan. Satu golongan dikembalikan kepada tempat yang paling terseksa, mereka kekal padanya. Satu golongan dikembalikan ke tempat bala.

Dan satu golongan dikembalikan kepada qasysyaasy yang berpindah di dalam bentuk ulat sebagaimana firman-Nya: “Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar”[4] Iaitu belitlah dia dengan bermacam-macam kesusahan di dalam tujuh puluh rupa. Dan Dia berfirman: “Maka dengan serta merta mereka hidup kembali dipermukaan bumi”[5] Sementara ulat berjaga malam tanpa tidur dan berkahwin sehingga tidak ada makhluk yang tidak mempunyai anak dan telur sepertinya.

Kemudian Allah berfirman: “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya”[6] iaitu ulat yang tidak ada zuriat dan tidak ada makhluk yang lebih jahat daripadanya. Apabila berlaku hari Kiamat iaitu hari Muhammad, maka bertaburanlah qal-Qasysyaas. Kemudian ahli pahala keluar pada empat pusingan, maka mereka menjadi tiga golongan. Satu golongan dikembalikan kepada pahala yang paling baik (afdhal) iaitu kepada syurga Firdaus iaitu syurga yang kekal. Satu golongan dikembalikan kepada tempat pembersihan (dar al-Tasfiah).

Dan satu golongan di hujung kuku burung (hawaasil al-Tair), dan di perut ikan (butun al-Samak), kemudian ditukar bentuknya sebanyak tujuh puluh kali, maka ia bertaburan pada hari perkumpulan yang lebih besar. Dan al-Qasysyaas terbahagi kepada tujuh jenis: Burung, ikan, binatang berkaki empat yang haram dimakan (bahiimah), binatang buas (al-Sibaa‘), binatang yang merayap (hawaam), batu dan tumbuh-tumbuhan.
Tujuh puluh jenis ikan dan binatang (bahaaim) daratan dan ternakan dan tujuh puluh jenis binatang buas daratan dan ternakan sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 38 “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu”.

Binatang ternakan yang paling bersih adalah yang paling baik dagingnya dan susunya. Dan burung yang paling bersih adalah yang mempunyai tembolok (tekak), Ikan yang paling bersih adalah ikan yang baik dagingnya dan mempunyai sisik. Justeru ikan yang mempunyai sisik adalah naskhun sementara ikan yang tidak mempunyai sisik adalahmaskhun. Jika ia daripada Qasysyaas yang dilahirkan melalui rahim, maka ia mempuyai taring dan jika ia ditetaskan daripada telor, maka ia mempunyai ekor.

Dan apa yang dilahirkan melalui rahim disusukan dan apa yang ditetaskan melalui telor, maka ia mematuk: Apa yang asalnya adalah naskhun maka memakannya adalah baik. Dan apa yang asalnya maskhun, maka memakannya adalah haram seperti binatang-binatang buas, burung-burung liar, hama-hama adalah maskhun telah bertukar kepada permata yang berasal daripadanya: Permata-permata besar, yakut, jed adalah naskhun. Sementara besi, tembaga dan timah hitam adalah maskhun: Iaitu apa yang telah diceritakan oleh Allah di dalam kitab-Nya: “Dan tidak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”[7]

Dan Dia berfirman: “Katakanlah: “Jadilah kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu”. Maka mereka akan bertanya: “Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?” Katakanlah: “Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama. Lalu mereka akan menggelenggelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: Bilakah itu akan terjadi?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat”[8] Dan Dia berfirman: “Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?”[9] Dan firman-Nya: “Masing-masingnya telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya”[10] Keterangan ini adalah tentang pusingan-pusingan.

Wassalam.


Referensi:

[1] Surah al-Nabaa’ (78): 23-26
[2] Surah al-Qasas (28): 88
[3] Surah Huud (11):108
[4] Surah al-Haaqqah (69): 32-33
[5] Surah al-Naazi‘aat (79): 14
[6] Surah al-Tiin (95): 5
[7] Surah al-Israa’ (17): 44
[8] Surah al-Israa’ (17): 50-51
[9] Surah al-Nahl (16): 48
[10] Surah al-Nuur (24): 41

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: